Rutin Mingguan Kami Suami Isteri
Assalamualaikum..
Hai,dah beberapa hari tak update blog.Rindu pula tau.Heee~ Busy dengan anak-anak dan keluarga tersayang.Tetapi itu bukanlah pematah semangat untuk tidak berblogging.Okay,entri harini nak cerita mengenai rutin mingguan kami suami isteri.Heee, sudah semestinya bab beauty lahh..
Pertama sekali nak bagitau,clay mask ni antara yang sesuai pada kulit Ina (kulit kombinasi) tetapi untuk pengetahuan korang,Clay Mask by Innisfree ni adalah sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
Ia tidak pedihkan kulit,kulit muka korang berjerawat sekalipun takkan sesekali memedihkan kulit.
Clay mask ni pun tidak berbau.Tiada campuran perfume..sebab sesetengah ada menggunakan perfume kan? Yang nii,memang original mud.Ahaks! Syok jer bila tepek pada muka tau.Sejuk pula,macam tepek bedak sejuk.Tapi hasilnya memang luarbiasa.
Hasil Penggunaan Clay Mask by Innisfree
Kulit Ina memang terasa cerah lah sedikit selepas penggunaan.Kulit pun lembut,blackhead,whitehead pun licin.Dah angkut keluar la tu.
Menarik dan Tertarik mengenai ClayMask bY iNNISFREE
Selepas 1 minit menggunakan Clay mask ni,korang jangan basuh muka lagi tau.Sebaliknya,korang cuba sental-sental halus sahaja clay mask yang telah kering tu.Dan rasai sendiri,selepas penggunaan Clay mask ni tau.Memang in love lahh...
View this post on Instagram
Aktiviti malam niihhh.. Clay mask #innisfreekorea . . Muka redha suamiku😆😍 . . #ehbelogakudotcom #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #beautyproduct #kbeauty #beautybloggermalaysia #bloggermalaysia #potdA post shared by 🇲🇾 Lifestyle Blogger (@azlina6861) on Nov 23, 2018 at 6:19am PST
Gambar kat atas tu adalah kami suami isteri dalam proses menggunakan Clay Mask by Innisfree.Ermm,tak sangka pula si suami tu nak pula bergambar.Ahaks! Jika tak,memang agak payah lahh nak selfie pun.Tetapi bab macam ni,suami redha tadah muka.Ekekeke
Mesti dia suka ni. Sebab apa yang Ina perasankan,muka suami pun sudah nampak berseri sedikit.Jika tidak,nampak berminyak.Blackhead pula meriah atas hidng,macam buah strawberry.Hahahaha...,geram tau blackhead suami tu.
Selain itu,rutin buang kulit mati dan merawat blackhead ni bukanlah setiap hari Ina buat.Memadai lah seminggu dua kali sahaja.
Mengenai produk ini,sangat rekomen.Selain merawat masalah pori terbuka,buang blackhead/whitehead, ia juga bertindak dalam mencerahkan kulit muka.Ehehehe.. Selalulnya,jika ada nak kemana keesokan harinya..Ina akan ber Clay mask dulu malam sebelumnya.Ehehehe.
Okaylah,untuk harga Clay Mask by Innisfree ni adalah RM 45.00 .Dengan berat 100ml.. Dapatkan produk ini di althea .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ehbelogaku.com/2018/12/rutin-mingguan-kami-suami-isteri.html