Isteri Sanggup Berhenti Kerja Lepas Kahwin Suami Patut Hargai Pengorbanan Mereka


Isteri Sanggup Berhenti Kerja Lepas Kahwin, Suami Patut Hargai Pengorbanan Mereka! Mungkin ramai wanita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas berumah tangga. Tindakan itu memang wajar dipuji. Sebagai suami, tentu anda rasa seronok dengan pengorbanan isteri yang mahu menjadi suri rumah.
Anak-anak dijaga sendiri oleh isteri, boleh juga jimatkan belanja hantar anak ke rumah pengasuh atau nurseri. Malah ada isteri yang turut menghantar dan mengambil anak daripada sekolah setiap hari.
Pendek kata, urusan rumah tangga ditanggung beres! Anda pula boleh ‘request’ apa saja masakan pada isteri. Pasti akan dimasaknya. Terus terang, pasti anda akan rasa lega kan?
Isteri membuat pengorbanan itu demi untuk keharmonian rumah tangga. Bukan satu perkara yang mudah untuk seorang wanita melepaskan kariernya.
Pasti pertimbangan daripada pelbagai sudut telah diambil kira sebelum membuat keputusan itu. Maka, sebagai suami, anda perlu menghargai isteri dan jangan ambil kesempatan di atas pengorbanan isteri itu.
Hargai Isteri Dengan Wang Saku
Apabila tidak bekerja, isteri sudah hilang punca pendapatan. Hanya mengharapkan anda sebagai suami untuk menanggung segala perbelanjaan. Setiap bulan anda akan memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan rumah. Jangan lupa untuk ‘selit’kan juga elaun untuk isteri.
Jumlahnya terpulang kepada kemampuan anda. Kalau mampu RM200 sebulan pun, berilah. Sekurang-kurangnya isteri ada duit untuk digunakan di saat kecemasan.
Ramai suami yang ‘buat-buat lupa’ tentang elaun atau nafkah untuk isteri. Isteri perlu meminta, baru akan diberi. Itu pun dengan macam-macam bebelan. Alasannya, mereka sudah sediakan semua perbelanjaan rumah. Tak boleh begitu ye wahai suami.
Belikan Isteri Hadiah Biar Gembira Hatinya
Sebagai isteri, tiada apa lagi yang lebih penting selain daripada disayangi dan dihargai oleh suami di atas pengorbanan mereka menjaga keluarga.
Bila hujung minggu, bawalah isteri dan anak-anak keluar. Tidaklah asyik terperap di rumah saja. Pasti dia akan rasa gembira.
Takkan anda sanggup biarkan isteri selekeh saja sedangkan anda mampu? Kalau isteri anda kelihatan menarik, anda juga yang tumpang bangga. Itu bermakna anda pandai jaga isteri.
Jangan EGO.. Tolong Isteri Dekat Rumah Tu
Anda juga boleh bantu isteri membuat kerja rumah seperti mencuci pinggan atau menyapu sampah. Tentu isteri akan rasa terharu dengan bantuan itu.
Ia menunjukkan sifat timbang rasa anda pada dirinya. Walau pun penat bekerja, anda masih sanggup membantunya.
Ingat, kalau anda rasa anda sudah penat seharian bekerja, apakah anda rasa isteri tidak penat seharian di rumah?
Malah, ramai wanita yang mengaku, duduk di rumah lagi memenatkan daripada bekerja di pejabat!
Ada juga yang bersikap ego dan tidak mahu langsung membantu isteri menjaga anak-anak atau melakukan kerja rumah ketika hari cuti dengan alasan sudah penat bekerja sepanjang minggu.

Anda pula ambil uruskan anak-anak sendirian.
Baru anda tahu, betapa ‘mudahnya’ tugas isteri di rumah. Silap hari bulan, ramai yang ‘surrender’! Pendek kata, suami kena faham, tugas sebagai suri rumah tangga bukan mudah.
“Terima Kasih Sayang..” Isteri Suka Dengar Kata-kata Ini
Sesekali apa salahnya anda lahirkan rasa terima kasih anda kepada isteri kerana sudi menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga dengan baik sepanjang anda keluar mencari rezeki.
Pasti isteri akan rasa anda menghargai dirinya.
Ada suami yang anggap peranan sebagai suri rumah itu mudah hingga mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar.
Kononnya suami penat keluar bekerja sedangkan tugas isteri mudah saja, hanya duduk di rumah saja jaga anak.
Walau pun isteri seorang suri rumah, tapi mereka juga ‘bekerja’ di rumah malah kerja mereka 24 jam tanpa henti, tanpa gaji.
Sumber: Mingguan Wanita
Ramai Yang TAK TAHU! Berd0sa Besar Suami Beri Nafkah Begini Pada Isteri.

Nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami seperti yang telah ditetapkan oleh Islam. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.
TURUTAN NAFKAH SUAMI
1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).
Turutan nafkah adalah seperti berikut;
Diri sendiri, Isteri, Anak, Bapa, Ibu, Cucu, Datuk, Saudara, Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
ISTERI KAYA DAN BERADA? INI SUAMI PERLU LAKUKAN.
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
The post Isteri Sanggup Berhenti Kerja Lepas Kahwin, Suami Patut Hargai Pengorbanan Mereka! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/isteri-sanggup-berhenti-kerja-lepas-kahwin-suami-patut-hargai-pengorbanan-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Akan Cukup Gembira Apabila Suami Pakai Cincin Yang Diterima Masa Kahwin Dulu

Isteri Akan Cukup Gembira Apabila Suami Pakai Cincin Yang Diterima Masa Kahwin Dulu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 825 hits
Jom baca perkongsian manis daripada seorang suami dan bapa anak dua Bijen Mohd tentang bagaimana hanya dengan sebentuk cincin dapat membahagiakan hati isterinya TAK lama lagi insyaAllah genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri Saya...
Wahai Isteri Cuba Pujuk Suami Anda Berhenti Merokok Dengan 8 Cara Yang Disarankan Doktor Ini

Wahai Isteri Cuba Pujuk Suami Anda Berhenti Merokok Dengan 8 Cara Yang Disarankan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 430 hits
Puas pujuk tetapi suami tetap tak berhenti merokok Yang kaum mak mak mesti makin risau bila dah ada anak kecil dalam rumah Jadi macam mana nak pujuk encik suami supaya berhenti merokok Ok tak susah sebenarnya tetap peranan isteri boleh bagi...
Suami Isteri Sehidup Sem4ti Mereka Pergi Ketika Tidur

Suami Isteri Sehidup Sem4ti Mereka Pergi Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 670 hits
Suami isteri sehidup sem4ti mereka pergi ketika tidur Imam Masjid Jamek Simpang Renggam dekat Kluang dan isterinya mennggal dunia dalam tempoh selang dua jam di rumah mereka di Kampung Simpang Renggam Kluang awal pagi hari ini Pada mulanya ...
Suami Lari Malam Kerana Isteri Kuat Seks

Suami Lari Malam Kerana Isteri Kuat Seks

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 1236 hits
KAHERAH Dek kerana sayangkan isteri dan ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan gadis Mesir seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah kelamin selepas empat hari berkahwin semata mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan n...
Suami Asyik Dengan Handphone Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri

Suami Asyik Dengan Handphone Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 769 hits
Suami Asyik Dengan Handphone Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri Wahai suami yang asyik dengan telefon anda hanya perlu masa 1 minit untuk terlepas momen indah dan istimewa yang tercipta di antara isteri dan anak anak Percayalah an...
Bukankah Isteri Itu Bidadari Penyejuk Hati Kita Seorang Suami

Bukankah Isteri Itu Bidadari Penyejuk Hati Kita Seorang Suami

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 429 hits
Sehingga hari ini soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer 7 pagi keluar rumah balik 7 petang Tengok hp 8malam sampai 2 pagi B...
Peritnya Bersalin Indius 22 Jam Sakit Suami Pun Serik Lihat Isteri Meraung Menjerit Kesakitan

Peritnya Bersalin Indius 22 Jam Sakit Suami Pun Serik Lihat Isteri Meraung Menjerit Kesakitan

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 875 hits
Bersalin secara indius memang diketahui akan mengakibatkan kesakitan yang lebih berbanding kelahiran biasa Seperti yang dikongsikan ini di mana proses bersalin memakan masa selama 22 jam Proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlaina...
Kehadiran Yang Sangat Di Nanti Hampir Setahun Kahwin Abam Bocey Teruja Isteri Hamil 3 Bulan

Kehadiran Yang Sangat Di Nanti Hampir Setahun Kahwin Abam Bocey Teruja Isteri Hamil 3 Bulan

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 372 hits
Isteri kepada pelawak Abam Bocey kini sedang hamil tiga bulan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan 30 berkongsi berita gembira tersebut menerusi mStar Online Saya dah tahu lama tapi kami baru ke klinik untuk buat pe...
Wahai Isteri Amalkan Doa Ini Setiap Hari Supaya Suami Anda Tidak Curang Dan Cari Perempuan Lain

Wahai Isteri Amalkan Doa Ini Setiap Hari Supaya Suami Anda Tidak Curang Dan Cari Perempuan Lain

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 1230 hits
Wahai Isteri Baca Dan Amalkan Doa Ini Setiap Hari Supaya Suami Anda Tidak Curang Dan Cari Perempuan Lain Namun bagi kaum isteri amat menakutkan sekali apabila si suami tidak lagi memberikan kasih sayang seperti waktu awal perkahwinan dulu J...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba