Makan Di Hua Mui Kopitiam Yang Berwajah Baru


 Assalamualaikum WBT 


PAGI tadi, sampai dekat simpang keluar menghala ke arah Gelang Patah, gerimis mula mengundang. Ramai penunggang motosikal berhenti di kiri jalan untuk menyarung baju dan seluar hujan. Gerimis tadi mula bertukar lebat. Masuk sahaja Jalan Tampoi, beberapa kawasan rendah sudah digenangi air. Ini maknanya Tampoi dah hujan lebih awal. Sampai pejabat Sk terpaksa buka payung, sebab memang lebat hujan, sampai sekarang pun masih hujan walaupun tak selebat tadi.


Doa Ketika Hujan
Daripada Aisyah R.A berkata, adapun Rasulullah ketika melihat hujan :
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya: “Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” (Riwayat al-Bukhari, 1032)
Dalam setiap titisan hujan ada rahmat yang menyucikan bumi. Namun, jangan lupa untuk memohon perlindungan daripada musibah dan bahaya yang mungkin datang bersama.
Jadikan doa ini sebagai perisai agar hujan membawa kebaikan, bukan kemudaratan. (sumber)




Jumaat lepas, Sk dan PI ke Hua Mui Kopitiam yang berwajah baharu di Eko Botanik Iskandar Puteri. Lama dah nampak Hua Mui ni melalui proses renovasi selepas mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM. Sekarang ni di JB, kopitiam halal tumbuh bagai cendawan lepas hujan, jadi dah ada banyak pilihan kopitiam halal. 





Gambar-gambar YDP Agong menghiasi beberapa bahagian dinding restoran


Sistem pesanan dibuat dengan cara mengimbas kod QR yang sedia diletak atas meja. Walaupun begitu, buku menu tetap diberi kepada pelanggan. Pesanan dihantar ke meja oleh staf dan bayaran dibuat selepas makan. Sekiranya menu lambat dicapai dalam sistem, boleh gunakan wifi kopitiam




Mesti la pesan Roti Bakar. Sedap roti bakar, kami makan seorang separuh. Nampak butter dia tebal dan penuh dari hujung ke hujung roti



Tapi, rupanya Tipah tertipu



Nampak tak? Butter tu dekat tepi aje, tengah tak ada, huhuhu. Tapi agaknya kalau letak penuh-penuh, muak pulak




Teh Ais Cincau untuk PI. SK teguk sikit, pahit rasa teh tu dan susunya pun tak terasa manis sangat. Sesuailah untuk warga veteran, hehe. Macam tak pernah aje PI pesan minuman begini sebelum ni. Sk minum Ais Kosong



Sk sebenarnya macam tak lapar sangat sebab petang tu Sk ada makan Pisang Keju dan Roti Sardin sekeping yang Sk tapau dari gerai goreng pisang depan Restoran 7 Beradik tu. Tapi, tamak jugak nak makan, PI pulak hasut suruh ambil Chicken Chop, nanti share dia kata



PI makan Mi Hailam. Ada pilihan jenis mi dan tambahan bahan dalam mi hailam, contohnya nak lebih fish cake, sayur, nak tambah sosej atau sebagainya. Ni PI ambil yang biasa, dia letak isi ayam. PI kata rasa mi hailam dia macam di Restoran Al-Anisah. Maknanya, ia menepati selera PI. Oh, Restoran Al-Anisah di Taman Nusa Sentral tu dah pindah ke Medan Selera Gelang Patah tau. Tak pergi lagi kami sejak dia buka kat sana sebab tutup awal



Gambar atas tu menggunakan mode food photo, yang ni gambar mode original. Chicken Chop di Hua Mui ni ada dua pilihan masakan iaitu yang salut tepung dan deep fried. Satu lagi pilihan, yang dipanggang. Sk pilih Ayam Panggang tapi rupa dia tak macam dipanggang pulak. Boleh tengok rupa yang dipanggang dalam post di bawah:
MAKAN HAINANESE CHICKEN CHOP RESTORAN HUA MUI


Sk tengok, laju betul PI makan mi hailam, padahal tadi kata nak share makan Chicken Chop. Kenyanglah nanti nak tolong makankan Chicken Chop Sk. Chicken Chop ni lambat sampai eh. Tak pasti kenapa lambat, biasa tak perlu menunggu lama




Angkat ayam tu, tengok dia letak mashed potato atau dia hempap mashed potato dengan ayam. Ayam tu pulak, Sk minta yang grill tapi macam ada salutan tepung. Sk dan PI pelik jugak, bila makan, ada rasa panggang, tapi macam ada rasa salut tepung goreng jugak. Apa ni? Adakah agaknya ayam untuk grill dah habis, lalu dia ambil ayam yang dah goreng salut tepung ke?? Lepas tu panggang??? Tapi tu la, kami ni kadang cakap belakang aje, malas nak komplen depan. Nanti kalau mintak tukar baru, risau lain ceritanya. Kalau mintak cancel, risau dituduh nak mengelak bayar pulak, jadi bedal ajelah. Teringat pulak sebelum ni pernah datang Hua Mui makan nasi goreng dapat yang sejuk. Lepas tu lama tak datang Hua Mui. Hurmmm... adakah kami akan datang lagi selepas ini??




Total RM54.90, bayar di kaunter


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/makan-di-hua-mui-kopitiam-yang-berwajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Pagi Di Restoran Hua Mui Cawangan Taman Universiti Skudai

Sarapan Pagi Di Restoran Hua Mui Cawangan Taman Universiti Skudai

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 221 hits
Hari Isnin lepas Mama Yan naik pejabat sekejap Ada benda nak urus Lagipun MY nak ke Klinik Theesan Taman Universiti Lepas pergi klinik Suami MY bawa pergi sarapan di Restoran Hua Mui yang baru dibuka di Taman Universiti Skudai Restoran Hua ...
4 Tahun Bercinta Baru Tahu Teman Lelaki Sebenarnya Wanita

4 Tahun Bercinta Baru Tahu Teman Lelaki Sebenarnya Wanita

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 187 hits
KOSMOMilla mendedahkan kisahnya yang ditipu seorang wanita berpenampilan lelaki TikTokJAKARTA Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila mendapat tahu bahawa kekasihnya sebenarnya bukan lelaki hanya selepas empat tahun mereka menjalin hub...
Syarikat Jepun Lancar Kapasitor Baru Sokong Ev Dan Peranti Premium

Syarikat Jepun Lancar Kapasitor Baru Sokong Ev Dan Peranti Premium

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 236 hits
Murata Manufacturing Co Ltd sebuah syarikat Jepun yang merupakan peneraju dalam reka bentuk pembuatan dan penjualan komponen elektronik berasaskan seramik telah melancarkan kapasitor seramik berlapis pertama di dunia dengan spesifikasi 15nF
Selepas Klip Baru Keluar Pas Tanya Sekarang Siapa Patut Letak Jawatan

Selepas Klip Baru Keluar Pas Tanya Sekarang Siapa Patut Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 152 hits
Malaysiakini nbsp Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan siapa yang akan meletak jawatan berhubung kontroversi pengeluaran surat sokongan kepada kontraktor yang membida projek pembinaan sebuah hospital Ahli Parlimen Pasir Ma...
Hiburan Rumah Baru Di Bandar Bukit Raja 3 Yang Ni Tengah Jadi Bualan Ramai

Hiburan Rumah Baru Di Bandar Bukit Raja 3 Yang Ni Tengah Jadi Bualan Ramai

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 148 hits
Kalau korang tengah cari rumah baru tapi masih nak duduk berdekatan dengan Shah Alam ini berita baik untuk korang Projek Bandar Bukit Raja 3 dekat Klang ni memang tengah jadi bualan sebab lokasinya strategik betul betul bersebelahan Shah Al...
Hiburan Video Rafidah Ibrahim Dan Suami Digari Polis Di Kampung Sungai Baru Jeritan Pekik Jadi Tumpuan Netizen

Hiburan Video Rafidah Ibrahim Dan Suami Digari Polis Di Kampung Sungai Baru Jeritan Pekik Jadi Tumpuan Netizen

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 240 hits
Pagi tadi tular sebuah video di TikTok dimuat naik oleh Anuar Ngah yang memaparkan detik tegang di Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur apabila selebriti dan aktivis Rafidah Ibrahim bersama suaminya dilihat ditahan polis Dalam rakaman berdurasi...
Baru Faham Ini Sebab Kenapa Kita Tak Suka Dengar Rakaman Suara Sendiri

Baru Faham Ini Sebab Kenapa Kita Tak Suka Dengar Rakaman Suara Sendiri

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 133 hits
Baru Faham Ini Sebab Kenapa Kita Tak Suka Dengar Rakaman Suara Sendiri Suara manusia merupakan salah satu aspek unik yang membezakan setiap individu Ia sahaja mencerminkan identiti seseorang malah memainkan peranan penting dalam komunikasi ...
Pembukaan Disember Menyambut Hari Isnin Dengan Semangat Baru

Pembukaan Disember Menyambut Hari Isnin Dengan Semangat Baru

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 174 hits
Baiklah bulan Disember bermula dengan hari Isnin bagi kita Saya ingin bertanya secara jujur adakah rekod MC pada hari Isnin itu kelihatan baik atau apakah doktor dan HR sudah mula perhatikan
Impian Jadi Pramugari Diperlekeh Ernie Zakri Hanya Bergurau Jumpa Depan Depan Baru Tahu Saya Cantik

Impian Jadi Pramugari Diperlekeh Ernie Zakri Hanya Bergurau Jumpa Depan Depan Baru Tahu Saya Cantik

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 146 hits
Penyanyi Ernie Zakri tidak mahu mengambil hati atas tindakan sebilangan pihak yang cuba memperlekehkan impiannya untuk menjadi seorang pramugari Memetik laporan HibGlam pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri 33 berkata impian itu sudah terli...
Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis