Rusia Ukraine Dalam Ekspo Pertahanan Belum Ada Keputusan
GEORGE TOWN: Putrajaya belum memutuskan sama ada akan membenarkan peserta dari Rusia dan Ukraine mengambil bahagian dalam ekspo pertahanan dan keselamatan di Kuala Lumpur, pada hujung bulan ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein.
Menurutnya, keputusan itu bergantung kepada dasar rasmi kerajaan berhubung situasi di dua negara berkenaan.
“Kami masih mempertimbangkannya kerana saya mahu melihat pendirian rasmi kita berkaitan hubungan diplomatik, memandangkan konflik yang sedang berlaku.
“Saya pasti Wisma Putra memantau pendirian negara jiran sama ada Singapura atau negara ASEAN lain. Kita sudah tahu pendirian Eropah dan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) mengenainya,” katanya.
Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, konflik itu adalah situasi yang masih baharu dan memerlukan pemantauan, namun kementeriannya akan akur dengan dasar rasmi diputuskan kerajaan.
Hishammuddin berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai kemungkinan sekatan terhadap dua negara itu dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia, bulan ini.
Syarikat pertahanan Rusia dan Ukraine mengambil bahagian secara aktif dalam acara itu sejak 1998.
Acara itu dihoskan, disokong dan dianjurkan bersama Kementerian Pertahanan. Edisi ke-17 acara berkenaan dijadualkan dari 28 hingga 31 Mac ini di Kuala Lumpur, selepas ditangguhkan dari Mac 2020.
Sementara itu, Hishammuddin turut menyuarakan rasa simpati terhadap mereka yang terkesan akibat perkembangan terbaru di Ukraine.
Malah, katanya beliau sendiri kehilangan nenek tirinya Siti Amirah Kusuma dalam nahas pesawat MH17 pada Julai 2014 akibat konflik berpanjangan di rantau berkenaan. Pesawat itu ditembak jatuh akibat peluru berpandu pemberontak disokong Rusia, di timur Ukraine.
Baca Artikel Menarik:
PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
Leissner sogok suami Zeti
Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
Saya tak ada kroni – Mahathir
Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
Zul Yahya bodohkan KJ (Video)
#PRNJohor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP
The post Rusia, Ukraine dalam ekspo pertahanan, belum ada keputusan appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/01/rusia-ukraine-dalam-ekspo-pertahanan-belum-ada-keputusan/