Rupanya Mengikut Undang Undang Ambulans Perlu Mematuhi Lampu Isyarat


Oleh : Hasif Hasan

HAK LALUAN
 
Pada kali ini saya ingin menulis mengenai hak ambulans ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah.



Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulans yang berada di belakang kita atau tidak.

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.

Jika sebahagian dari kita turut merasakan bahawa undang undang yang sedia ada tidak munasabah, saya juga boleh bersetuju dengan pendapat tuan puan sekelian.

Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan yang berkaitan dengan perkara ini.

Tulisan ini dapat dilihat dari sudut negatif dan postif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda parlimen.

Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca antaranya;

-Tak kan ambulans membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah.

-Berapa banyak lampu isyarat kena berhenti.

-Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejap tapi lama.

-Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dalam ambulans , apa perasaan kita 

-Kalau diri sendiri nazak di dalam ambulans , baru tahu susahnya jika ambulans lambat sampai ke hospital.

-Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pada hukum akal.

Persoalannya ialah adakah boleh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk.

Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dengan ambulans telah berlaku.

Mengikut undang undang, sesebuah ambulans perlu berhenti di lampu isyarat merah.

Setelah diteliti sememangnya ada arahan daripada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulans jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara ini iaitu;

-tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan untuk menyalakan lampu kecemasan.

-Pemandu ambulans juga tidak boleh melanggar lampu isyarat merah dan tertakluk pada undang-undang lampu isyarat.

Ianya bukan untuk menidakkan keperluan pesakit di dalam ambulans tetapi untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku yang lebih membahayakan nyawa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kereta yang berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Pendek kata, mereka hidup dalam 'dunia ' mereka. Mereka tidak sedar kewujudan ambulans pada masa tersebut. Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau untuk bergerak. Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dengan mana mana undang negara.

Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulans maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan. 

Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.

Secara tiba tiba muncul ambulans dan merempuh kenderaan terbabit. 

Siapa yang perlu dipersalahkan? Mereka atau pemandu ambulans ?

Begitu juga apabila ambulans berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba tiba berlanggar atau terlanggar dengan kenderaan di hadapan yang bergerak kerana lampu hijau di laluan beliau.
Soalannya siapa yang patut dipersalahkan?

Tambahan pula jika kemalangan itu mengakibatkan kematian kepada pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bagi 'mengikuti' arahan pemandu ambulans berkenaan, jawapannya tidak boleh.

Bagaimana pula jika pengguna lain yang berada di persimpangan yang akan mengambil peluang 'menumpang' terutama jika ambulans hanya berada di sebelah mereka sahaja dan bukan di laluan ambulans atau di belakang mereka itu dan seterusnya berlaku kemalangan.

Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Perlu difikirkan juga bahawa ambulans membawa pesakit yang kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yang dituju untuk mendapat rawatan dan boleh 'mati' akibat kemalangan yang tidak perlu dan dapat dielakkan, jika pemandu ambulans boleh bersabar untuk menunggu lampu bertukar hijau namun tindakan pemandu ambulans melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, pesakit dan penguna jalanraya yang lain.

Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulans mengiringi pesakit dengan kebenaran pegawai perubatan dengan mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dalam perjalanan maka waris pesakit tidak boleh menuntut apa apa gantirugi dari Kementerian.

Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit yang dalam ambulans 'mungkin mati dan mungkin hidup' apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dengan pemandu kenderaan yang 'sihat sejahtera' dan normal, maka kematian mereka adalah pada logik akal adalah sia sia kerana mereka 'mampu' hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dalam kemalangan ini.

Langkah terbaik jika pemandu ambulans 'masih dan mahu' melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu menghimpit dan bergerak kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulans bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bagi melanggar lampu merah bersama ambulans tersebut.

Sebagai tambahan, pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulans untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan atau berada di dalam keadaan stabil terlebih dahulu.
Ini bermaksud pesakit masih boleh menunggu lampu isyarat bertukar 'hijau' sebelum meneruskan perjalanan ke hospital yang dirujuk.

Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera.

Sekian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/02/rupanya-mengikut-undang-undang-ambulans.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langgar Lampu Isyarat Adakah Ambulans Bersalah Peguam Ini Tampil Beri Penjelasan

Langgar Lampu Isyarat Adakah Ambulans Bersalah Peguam Ini Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 768 hits
Kemalangan yang berlaku di Kuching melibatkan sebuah kenderan jenis SUV dan Ambulans sangat mengejutkan kita tengahari tadi Kejadian yang berlaku jam 9 45 pagi itu sangat menyedihkan tambahan pula pesakit yang berada di atas ambulans terseb...
Gaji Minimum Mengikut Sektor Dibenar Bawah Undang Undang Kata Menteri

Gaji Minimum Mengikut Sektor Dibenar Bawah Undang Undang Kata Menteri

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 297 hits
Gaji minimum mengikut sektor dibenar bawah undang undang kata menteri nbsp
Kenapa Lampu Isyarat Di Jepun Berwarna Biru

Kenapa Lampu Isyarat Di Jepun Berwarna Biru

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 344 hits
Kebiasaannya semua negara akan menggunakan tiga warna pada lampu isyarat iaitu merah kuning dan hijau tetapi di Jepun lain pula warnanya kerana di negara matahari terbit itu warna merah bermaksud berhenti kuning bermaksud sedia untuk berhen...
Video Gara Gara Kejar Lampu Hijau Suv Rempuh Ambulans Bawa Wanita Hamil

Video Gara Gara Kejar Lampu Hijau Suv Rempuh Ambulans Bawa Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 626 hits
Gara Gara Kejar Lampu Hijau SUV Rempuh Ambulans Bawa Wanita Hamil Semalam telah tular rakaman litar tertutup apabila sebuah kenderaan SUV bertindak memecut laju di lampu isyarat sehingga melanggar sebuah ambulans yang sedang membawa wanita ...
Kpu Pertimbangkan Undang Tokoh Masyarakat Jadi Penanya Di Debat Capres

Kpu Pertimbangkan Undang Tokoh Masyarakat Jadi Penanya Di Debat Capres

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 165 hits
Komisi Pemilihan Umum terus memutakhirkan format debat capres Hal ini dilakukan agar pesan disampaikan para kandidat dapat sesuai dengan harapan masyarakat
Aku Nda Mau Gaduh Bang Aku Masih Budak Samseng Tampar Dan Sepak Remaja Undang Kemarahan Netizen

Aku Nda Mau Gaduh Bang Aku Masih Budak Samseng Tampar Dan Sepak Remaja Undang Kemarahan Netizen

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 570 hits
Aku nda mau gaduh bang aku masih budak Samseng tampar dan sepak remaja undang kemarahan netizenViral di media sosial video seorang lelaki menampar dan menyepak muka remaja yang didakwanya mahu bergaduh dengan si perakam video dalam kejadian...
Selangor Gesa Kerajaan Gubal Undang Undang Lindungi Pekerja Estet

Selangor Gesa Kerajaan Gubal Undang Undang Lindungi Pekerja Estet

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 266 hits
V Ganabatirau berkata sudah tiba masanya Parlimen merangka undang undang untuk melindungi hak pekerja ladang PETALING JAYA Seorang exco Selangor berkata kerajaan negeri komited untuk menggesa kerajaan menggubal undang undang bagi melindungi...
Video Menitik Air Mata Sayu Hati Dengar Nyanyian Anak Syurga Ini Undang Sebak

Video Menitik Air Mata Sayu Hati Dengar Nyanyian Anak Syurga Ini Undang Sebak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 643 hits
VIDEO Menitik Air Mata Sayu Hati Dengar Nyanyian Anak Syurga Ini Undang Sebak Difahamkan anak syurga ini tinggal di Feda Air Tawar 2 dan baru berusia 7 tahun Menurut Puteri Irdina Farisya anak syurga ini adalah adik saudaranya Dia membesar ...
Bpn Prabowo Usulkan Kpu Tak Undang Menteri Kabinet Jokowi Di Debat Capres

Bpn Prabowo Usulkan Kpu Tak Undang Menteri Kabinet Jokowi Di Debat Capres

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 278 hits
Direktur Materi dan Debat Badan Pemenangan Nasional Prabowo Sandi Sudirman Said setuju dengan usulan Bawaslu yang meminta jumlah penonton debat dikurangi
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik