Rupanya Ini Teknik Artis Cantikkan Gigi Iaitu Dengan Proses Veneer Gigi


Cantikkan Gigi Anda Dengan Proses Veneer Gigi | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Dulu Sha takut sangat nak buat rawatan gigi, tetapi walau macam mana pun tetap kena jaga kebersihan gigi bukan? Tapi Sha tidak ada pengetahuan banyak tentang rawatan gigi yang ada, ingatkan hanya ada perkhidmatan tampal dan cabut gigi sahaja selama ini. Rupanya msih ada beberapa perkhidmatan lain di klinik gigi.

Zaman sekarang tidak pelik bila melihat perubahan pada gigi seseorang. Contoh paling mudah dilihat adalah golongan artis yang semakin cantik apabila membuat rawatan gigi. Rupa-rupanya gigi bukan sahaja boleh diputihkan tetapi boleh dipulihkan strukturnya supaya lebih nampak kemas. Proses ini dinamakan proses Veneer gigi.




Proses Veneer Gigi
Korang pernah dengar tak tentang proses veneer gigi? Selepas membuat sedikit bacaan dan hasil perkongsian di beberapa laman sosial yang sah, Sha dapati rawatan ini sangat menarik. Jika korang nak cuba dapatkan rawatan ini korang boleh dapatkan di klinik swasta. Di sini Sha nak kongsikan satu klinik yang menyediakan rawatan veneer gigi iaitu di Klinik Gigi Stellar yang terletak di Kota Damansara dan Setia Alam.

Apakah maksud veneer gigi? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), veneer gigi ialah cengkerang ultra nipis atau lapisan nipis yang diperbuat daripada bahan berasaskan resin berwarna gigi yang dilekat pada permukaan hadapan gigi asal kita untuk memulihkan wajah, struktur dan fungsi gigi. Lapisan baru ini diperbuat daripada dua jenis bahan iaitu resin komposit dan porselin.


Siapa Sesuai Untuk Buat Veneer Gigi?Mesti korang nak tahu sama ada korang sesuai atau tidak untuk membuat rawatan veneer atau tidak. Korang jangan risau Sha akan kongsi dengan korang jenis-jenis veneer yang ada dan di mana korang boleh buat veneer gigi.
Veneer boleh digunakan untuk membetulkan pelbagai masalah gigi kosmetik dan pemulihan bagi korang yang memerlukan perkhidmatan di bawah :

Menaik taraf warna gigi kepada lebih putih dan bentuk gigi lebih sempurnaMenutup kotoran gigi kekal yang tidak boleh ditanggalkan melalui pemutihan gigi profesionalMemulihkan bentuk dan estetika gigi jongang, patah, sumbing atau bengkokMembetulkan kesesakan gigi ringan sebagai alternatif kepada braces gigiMenutup gigi jarang


Contoh sebelum dan selepas rawatan veneerGigi yang jarang dan tidak sekata terus nampak lebih kemas dan tersusun selepas pemulihan menggunakan rawatan veneer. Tapi korang juga perlu tahu bahawa terdapat tiga jenis veneer gigi di klinik gigi.


Jenis-Jenis Veneer Gigi

Untuk pengetahuan korang, terdapat tiga jenis veneer gigi iaitu veneer komposit, componeer, veneer porselin dan setiap satunya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Jom kita tengok satu persatu jenis veneer gigi yang ada sebelum ke klinik gigi veneer.


Rawatan composite veneer diperbuat daripada resin polimer berwarna gigi. Prosedur untuk veneer komposit adalah mudah dan biasanya boleh dijalankan dalam satu sesi. Veneer komposit juga dikenali sebagai pemulihan langsung kerana ia diletakkan terus pada gigi yang disediakan di bahagian kerusi pergigian.


Komponir adalah cangkerang enamel komposit nano-hibrid pasang siap berpolimer yang menggabungkan kelebihan pemulihan komposit langsung dengan kelebihan veneer pasang siap. Ia lebih kuat dan mempunyai kemasan yang lebih baik berbanding veneer komposit. Ini juga boleh dilakukan dalam sekali sesi rawatan.


Veneer porselin ialah sejenis lapisan seramik gred perubatan yang meliputi permukaan hadapan gigi asli. Veneer porselin dibuat khusus untuk setiap pesakit untuk memastikan kesesuaian yang sempurna. Bahan yang canggih membuatkan ia kelihatan sangat mirip dengan enamel gigi asli. Oleh kerana penampilannya yang seperti asli dan semula jadi, veneer porselin adalah antara prosedur pergigian kosmetik yang paling popular dan bereputasi.


Prosedur untuk dapatkan veneer gigi

Sebelum korang mengambil keputusan untuk menjalani rawatan composite veneer atau jenis lain korang perlu tahu prosedur yang korang akan lalui terlebih dahulu. Jom kita lihat apa prosedur yang perlu dilalui.




Pemeriksaan klinikalPada sesi pertama, doktor gigi korang akan melakukan pemeriksaan klinikal yang menyeluruh terhadap gigi anda dan menilai sama ada anda adalah calon yang sesuai untuk mendapatkan veneer.


Penyediaan gigiSeterusnya, doktor gigi korang akan mengeluarkan lapisan nipis enamel luar gigi yang perlu dilapisi. Ini mewujudkan ruang untuk melekat veneer pada gigi yang telah disediakan. Proses ini dikenali sebagai penyediaan gigi. Jangan risau, penyediaan gigi tidak akan menjadikan gigi anda sensitif, kerana hanya lapisan enamel nipis dikeluarkan. Juga, dalam kebanyakan kes, doktor tidak perlu memberikan anestesia tempatan.


Tampalan veneerSelepas penyediaan gigi, doktor gigi korang akan menyapu resin komposit pada gigi yang disediakan dalam kenaikan yang kecil. Setiap kenaikan akan dibentuk dengan sewajarnya dan dikeraskan menggunakan cahaya khas sehingga keseluruhan struktur dan estetika gigi telah dipulihkan. Warna veneer dipadankan tepat dengan gigi asli bersebelahan supaya gigi berveneer serasi dengan sempurna dan hampir tidak dapat dibezakan.


Kemasan dan penggilapanSelepas veneer dibentuk dengan betul, doktor gigi korang akan menggunakan instrumen khas untuk menggilap veneer tersebut. Tujuannya adalah untuk meningkatkan estetika dan mencegah pembentukan plak dan mendapan karang gigi yang boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi dan penyakit gusi.
Untuk lebih jelas korang boleh tengok video dibawah :
View this post on Instagram A post shared by Klinik Gigi | Braces | Veneer (@stellardental_my)



Kelebihan Dan Kekurangan VeneerSetiap rawatan yang kita dapatkan di klinik atas pelbagai penyakit pasti ada kelebihan dan keburukan yang kita perlu pertimbangan. Jadi korang layak untuk tahu, seperti setiap pemulihan atau prostesis gigi lain, veneer juga mempunyai kebaikan dan keburukan mereka sendiri:


Kelebihan veneer gigi✅Ketahanan
Veneer dibuat dalam keadaan terkawal. Oleh itu, ia lebih tahan lama daripada tampal gigi terikat langsung.
✅Estetika unggul berbanding dengan tampalan komposit langsung, veneer mempunyai estetik yang unggul. Itulah sebabnya ramai artis lebih suka veneer untuk menaik taraf senyuman mereka.
✅Veneer lebih tahan noda daripada pemulihan komposit konvensional.
✅Boleh dibaiki – kecacatan struktur kecil pada veneer, seperti serpihan atau retak boleh dipulihkan.
✅Hasil cepat
✅Tak perlu jumpa doktor banyak kali.
✅Boleh pilih warna yang kita mahukan. 
✅Nak lebih putih dari gigi asal kita pun boleh.
✅Tiada maintenance diperlukan.


Kekurangan veneer gigi✅Tidak boleh diputihkan
Jika veneer korang terkesan, ia tidak boleh diputihkan melalui pemutihan gigi profesional. Ini kerana permukaan veneer komposit berbeza dengan gigi asli. Akibatnya, agen peluntur yang digunakan dalam pemutihan gigi tidak berkesan pada mereka. Oleh itu, satu-satunya pilihan untuk memulihkan estetika veneer berwarna ialah membaiki atau menggantikannya dengan yang baru.
✅Kos lebih tinggi
Rawatan ini cenderung lebih mahal daripada tampalan gigi. Walau bagaimanapun, veneer komposit dan componeer tidaklah semahal veneer porselin.


Pengalaman pakai veneer gigi

Tidak sah jika sebelum membeli barang atau membayar sesuatu perkhidmatan mestilah kita akan meneliti pengalaman orang yang pernah mendapatkan barang dan perkhidmatan terbabit. Begitu juga dengan perkhidmatan rawatan veneer gigi ini. Maklumlah kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri kita sendiri kan.
Suka disini Sha nak kongsi dengan korang satu perkongsian seorang yang takut untuk buat rawatan tetapi sekarang beliau boleh tersenyum yakin.





Wah, berbeza betul gigi beliau sebelum dan selepas bukan? Beliau memang berpuas hati dengan layanan doktor yang ada di Klinik Gigi Stellar dan juga hasil daripada rawatan veneer yang beliau dapat. Pada asalnya nak pakai braces tapi dengan konsultan yang betul, beliau bertukar kepada veneer.


Sha faham perasaan bila nak jumpa doktor gigi, kadang-kadang malu nak tunjuk gigi pada doktor jika gigi kita tak cantik sangat. Tapi bila kita jumpa doktor yang mesra dengan pesakit, terus rasa takut itu hilang dan serahkan sahaja gigi korang pada doktor.


Kos rawatan veneer gigi

Mesti ramai yang berminat nak buat rawatan veneer ini kan? Biasanya kita dengar pakai braces gigi sahaja kalau nak cantikkan gigi, tapi kali ini kita ada alternatif yang lebih selesa kerana tiada maintanance diperlukan. Jika korang ingin dapatkan rawatan veneer di Stellar Dental Kota Damansara dan Setia Alam, inilah harga veneer gigi mereka.

Veneer komposit: RM350 satu batang gigi
Komponir: RM650 satu batang gigi
Veneer porselin: RM1600 satu batang gigi

Jadi korang sudah boleh membuat bajet untuk memulihkan kembali gigi dan senyuman korang. Pasti lebih yakin dan manis!


KesimpulanTidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan termasuklah masalah gigi korang. Jangan biarkan gigi korang membuatkan korang berasa kurang yakin! Veneer gigi adalah penyelesaian terbaik untuk membaiki gigi yang rosak, bernoda, patah atau sumbing. Berminat untuk dapatkan veneer? Bolehlah tetapkan temujanji korang dengan pihak Klinik Gigi Stellar.
Semoga maklumat ini dapat membantu korang yang sedang mencari klinik gigi di sekitar Kota Damansara dan Setia Alam.


Untuk Tempahan Temujanji, korang boleh ke laman rasmi Klinik Gigi Stellar :
LAMAN WEB KLINIK GIGI STELLAR
FACEBOOK RASMI KLINIK GIGI STELLAR
INSTAGRAM RASMI STELLAR
NO.TELEFON KLINIK GIGI STELLAR
011 3996 4469


LOKASI KLINIK GIGI STELLAR
KLINIK GIGI STELLAR DI SETIA ALAM



KLINIK GIGI STELLAR DI KOTA DAMANSARA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2023/03/rawatan-veneer-gigi-di-klinik-gigi-stellar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Artis Digugat Cerai Pasangan Saat Sedang Sakit Ada Yang Akhirnya Rujuk Lagi

7 Artis Digugat Cerai Pasangan Saat Sedang Sakit Ada Yang Akhirnya Rujuk Lagi

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 183 hits
Ada yang sedang sakit radang otot parah stroke hingga kanker bukannya dapat dukungan dari pasangan tapi palah digugat cerai
7 Artis Yang Mengidap Sindrom Tourette Mulai Dari David Beckham Hingga Terbaru Lewis Capaldi

7 Artis Yang Mengidap Sindrom Tourette Mulai Dari David Beckham Hingga Terbaru Lewis Capaldi

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 158 hits
Beberapa dari mereka baru mengidap sindrom ini saat dewasa tapi ada juga yang sudah mengalami sindrom tourette sejak umur 11 tahun
Artis Lelaki Popular Era 80 An Nikah Lagi Satu

Artis Lelaki Popular Era 80 An Nikah Lagi Satu

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 135 hits
Hangat diperkatakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80 an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia
Digelar Meriah Ini Potret Deretan Artis Yang Datang Di Ulang Tahun Ameena

Digelar Meriah Ini Potret Deretan Artis Yang Datang Di Ulang Tahun Ameena

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 156 hits
Pasangan Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah menggelar acara ulang tahun untuk Ameena Pesta perayaan ulang tahun Ameena ke 1 tahun ini digelar meriah Banyak artis Tanah air yang hadir di acara ulang tahun Ameena Para artis datang dengan ga...
Senarai Konsert Sepanjang Tahun 2023 Artis Antarabangsa Di Malaysia

Senarai Konsert Sepanjang Tahun 2023 Artis Antarabangsa Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 446 hits
Senarai Konsert Untuk Tahun 2023Sepertinya ramai lagi artis dan penyanyi baik dalam dan luar negara akan mengadakan siri jelajah konsert mereka di Malaysia Pasti ramai yang teruja untuk ketahu semua senarai konsert yang bakal s di disini Ja...
Bila Sebut Nama Saya Saja Orang Kata Artis Sendu Saya Sedih Keena Sedih Dilabel Artis Sendu Sedangkan Dia Punyai Bakat

Bila Sebut Nama Saya Saja Orang Kata Artis Sendu Saya Sedih Keena Sedih Dilabel Artis Sendu Sedangkan Dia Punyai Bakat

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 97 hits
Seorang penyanyi dan pelakon wanita bernama Keena Wahab meluahkan rasa terkilannya apabila dia dilabelkan sebagai artis sendu sedangkan dia mempunyai bakat untuk bernyanyi dan berlakon nbsp Bekas peserta Mentor 2009 yang juga protege kepada...
Ahli Parlimen Pas Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima

Ahli Parlimen Pas Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 283 hits
KUANTAN Ahli Parlimen PAS Kuantan Wan Razali Wan Nor tampil memohon maaf secara terbuka susulan kenyataannya terhadap penyanyi sensasi Baby Shima berhubung pembabitannya dalam program Hari Bandaraya Mesra komuniti di Sungai Isap Damai Kuant...
Artis Cantik Indonesia Blasteran Italia

Artis Cantik Indonesia Blasteran Italia

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 227 hits
Tampang indo memang laris manis di dunia hiburan Tanah Air Karena itulah tak sedikit artis Indonesia saat ini yang memiliki darah Eropa Misalnya Celine Evangelista dan Angela Gilsha
6 Potret Ayu Ting Ting Disebut Mirip Artis Korea Netizen Jennie Blackpink

6 Potret Ayu Ting Ting Disebut Mirip Artis Korea Netizen Jennie Blackpink

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 140 hits
Tak hanya memiliki suara merdu penampilan Ayu Ting Ting seolah selalu mencuri perhatian Terbaru penampilan Ayu Ting Ting menuai banyak pujian Potretnya disebut mirip artis Korea Ada yang menyebut penampilannya bak Jennie Blackpink Ini potre...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord