Rupanya Ini Tanda Punca Sakit Gastrik Angin Bahaya Kalau Tak Pantang
Kebiasaanya sebut sahaja tentang sakit perut pasti kita akan fikir itu merupakan sakit perut biasa dan bukan gastrik. Individu yang mengalami masalah gastritis akan rasa sakit menyucuk pada perut. Hal ini kerana gastrik menyebabkan lapisan perut menjadi merah dan bengkak atas pelbagai sebab. Keadaan tersebut boleh bertambah baik mahupun bertambah buruk selepas makan atau muntah.
Justeru itu, terdapat beberapa tanda dan punca yang anda boleh rujuk bagi menentukan sakit perut tersebut berpunca dari gastrik atau sekadar sakit perut biasa. Senang nak tahu selepas ini.
TANDA-TANDA SAKIT PERUT GASTRIK ANGIN
Bagi individu yang mengalami sakit perut gastrik, mereka akan mengalami rasa ketidakselesaan pada bahagian atas perut dan tepat di bawah tulang dada. Selain itu, tanda sakit gastrik angin yang akan dialami seperti:
Pening dan muntah
Perut kembung
Senak
Sensasi terbakar antara waktu makan atau pada waktu malam
Tersedu yang teruk
Hilang selera makan
Muntah darah atau keluar cecair kehitaman
Najis hitam
*Bagi kes gastrik teruk, kebanyakan mereka akan sakit dada, sesak nafas, lemah atau sukar menelan makanan atau minuman dan demam panas. Dapatkan rawatan segera jika keadaan ini berlaku!
PUNCA TANDA SAKIT GASTRIK ANGIN
Ketika mengalami gastrik, lapisan perut akan terjejas dan tidak dapat melindungi perut daripada asid. Hal ini juga akan merosakkan sel perut yang menyebabkan ulser dan pendarahan.
Antara punca gastritis adalah:
Kerap makan makanan pedas sehingga mengganggu lapisan perut
Jangkitan bakteria hidup, Helicobacter pylori (H.pylori) pada lapisan lendir perut. Tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan ulser dan barah perut
Refluks hempedu – Jus pencernaan, dikenali sebagai hempedu berpatah balik ke perut daripada saluran hempedu yang menghubungkan hati dan pundi hempedu
Pengambilan alkohol dan dadah terlarang secara berlebihan
Tabiat merokok
Pengambilan ubat antiradang non-steroid (NSAID) secara kerap seperti aspirin, ibuprofen atau ubat tahan sakit lain
Tekanan daripada kecederaan teruk, penyakit kritikal, tertelan racun secara sengaja atau tidak dan pembedahan utama
Tindak balas autoimun apabila sistem imun menyerang sel dan tisu badan sendiri (lapisan perut)
Anemia pernisius – Bentuk anemia yang berlaku ketika perut tidak dapat mencerna vitamin B12 dan menyebabkan kerengsaan lapisan perut, salah satu kesan gastrik
Individu berusia lebih berisiko mengalami gastritis kerana lapisan perut cenderung menipis seiring pertambahan usia dan lebih mudah mengalami jangkitan H.pylori atau gangguan autoimun
Masalah kesihatan lain seperti HIV/AIDS, penyakit Crohn dan jangkitan parasit
PANTANG LARANG PENYAKIT GASTRIK
Walau bagaimanapun, seseorang individu boleh mengurangkan risiko mengalami gastrik dengan:
Mengamalkan tahap penjagaan kebersihan tangan yang baik
Makan makanan yang dimasak sepenuhnya
Mengelakkan ubat-ubatan yang boleh merengsakan perut
Menghindari tabiat merokok dan elak mengambil minuman beralkohol
Sumber: Hello Doktor via siraplimau.com
The post Rupanya Ini Tanda & Punca Sakit Gastrik Angin, Bahaya Kalau Tak Pantang! appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.islamituindah.my/rupanya-ini-tanda-punca-sakit-gastrik-angin-bahaya-kalau-tak-pantang/