Awasi Postur Anak Elak Tulang Belakang Membengkok Beg Sekolah Berat Punca Skoliosis



Awasi Postur Anak Elak Tulang Belakang Membengkok, Beg Sekolah Berat Punca Skoliosis?
TIDAK lama lagi, sesi persekolahan akan bermula selepas hampir dua tahun pelajar menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Antara perkara yang sering menjadi isu buat pelajar-pelajar sekolah di negara ini adalah masalah beg sekolah berat yang sering dikaitkan dengan penyakit skoliosis, iaitu kelengkungan pada tulang belakang yang lazimnya dikesan dalam kalangan remaja.
Menurut Pakar Bedah Ortopedik, Tulang Belakang & Trauma, Hospital Orthopaedic ALTY, Dr Lim Sze Wei, di Malaysia, kajian mendapati skoliosis dialami oleh dua hingga tiga peratus populasi, iaitu kira-kira 600,000 hingga 900,000 penduduk.

Skoliosis menyebabkan tulang belakang menjadi bengkok.
Apa yang lebih merisaukan adalah, kondisi ini biasanya dihidapi oleh golongan remaja yang berumur antara 10 hingga 17 tahun, di mana lonjakan dalam kadar tumbesaran mereka berlaku.
“Lengkungan yang terjadi lazimnya berbentuk C atau S dan ukuran melebihi 10 darjah seperti yang dilihat pada imbasan sinar X dikategorikan sebagai skoliosis.
“Antara komplikasi yang mungkin berpunca daripada skoliosis ialah kesakitan kronik, kesukaran untuk bernafas dan kekurangan upaya untuk melakukan senaman,” katanya.
Apa kaitan beg sekolah berat dan skoliosis? Jelas Dr Lim, kajian dan laporan perubatan tidak menemui sebarang kaitan antara skoliosis dan beg sekolah yang berat. Ia juga tidak dapat menyokong idea yang menyebut bahawa beg berat mampu mengubah struktur tulang belakang kanak-kanak yang sedang membesar.
“Namun, jika beg digalas dengan cara salah atau untuk jangka waktu panjang, ia boleh menjurus kepada komplikasi tulang belakang yang lain seperti sakit belakang, postur bermasalah, kelemahan pada otot, serta keletihan,” ujarnya.

Skoliosis boleh menjadi kronik sekiranya tidak dirawat lebih awal.
Tambah beliau, bukti menunjukkan golongan remaja yang mengalami kesakitan pada bahagian belakang berkemungkinan mengalami sakit belakang kronik apabila mereka sudah dewasa.
Apa sebenarnya punca skoliosis? Dr Lim berkata, skoliosis boleh dialami oleh individu dengan kondisi seperti palsi serebrum atau distrofi otot, namun dalam kebanyakan kes, skoliosis bersifat idiopatik, bermakna tiada sebab jelas yang diketahui.
Sungguhpun begitu, terdapat beberapa faktor risiko yang telah dikenal pasti seperti:
1. Usia – Kebanyakan kes berlaku apabila kadar tumbesaran kanak-kanak melonjak naik pada usia 10 tahun dan ke atas.
2. Jantina – Golongan wanita lebih berisiko untuk menghidap skoliosis berbanding lelaki.
3. Keturunan – Skoliosis boleh diwarisi secara genetik daripada ibu bapa atau sanak saudara yang mempunyai kondisi berkenaan.

Skoliosis boleh menjadi lebih teruk di usia remaja kerana anak-anak melalui fasa tumbesaran yang pantas ketika itu.
“Kebanyakan kes skoliosis adalah tidak serius, namun lengkungan tersebut akan menjadi lebih parah seiring dengan tumbesaran kanak-kanak, dan skoliosis yang dikategorikan sebagai parah mampu melumpuhkan penghidapnya.
“Kes-kes skoliosis dengan punca yang diketahui adalah lebih jarang berbanding kes skoliosis idiopatik. Skoliosis bukan idiopatik lazimnya disebabkan oleh kecacatan pada pembentukan tulang belakang, atau akibat kesan sampingan daripada penyakit lain seperti kondisi neuromuskular, penyakit tisu penghubung dan kondisi genetik,” kata Dr Lim.
Cara mengesan gejala skoliosis Jelas Dr Lim, jika masalah ini dikesan lebih awal, peluang untuk mencegah skoliosis daripada menjadi lebih serius adalah lebih tinggi.
Katanya, ibu bapa boleh melakukan pemeriksaan kendiri di rumah untuk mengesan gejala dan simptom skoliosis pada anak mereka.
“Antara gejala skoliosis yang paling lazim meliputi perbezaan pada ketinggian atau posisi bahu, tulang kipas (shoulder blades), atau pinggul – misalnya, bahu sebelah lebih rendah berbanding bahu yang lagi satu. Kepala yang tidak berkedudukan di tengah berdasarkan anggota badan yang lain juga merupakan satu lagi gejala,” katanya.

Masalah skoliosis boleh dielak jika ibu bapa dapat mengesan gejala awal pada anak mereka.
Selain itu, Dr Lim juga mengesyorkan ibu bapa untuk melakukan ujian ringkas yang dinamakan ‘Adam’s Forward Bend Test’ untuk mengesan lengkungan pada tulang belakang dengan meminta anak mereka tunduk ke hadapan dan mengunjurkan kedua-dua tangan hingga melepasi jurang antara lutut mereka.
Katanya, jika ada yang tidak normal pada bahagian tulang rusuk atau terdapat kecacatan lain pada bahagian belakang, ia mungkin menandakan anak mereka menghidap skoliosis.
Rawatan untuk skoliosis Bagi kes skoliosis yang tidak serius, Dr. Lim berkata, kaedah rawatan tanpa pembedahan seperti senaman dan pendakapan boleh membantu memperlahankan atau menghentikan pembentukan lengkungan daripada terus berlanjutan dan boleh membantu menghilangkan kesakitan yang berpunca daripada kondisi tersebut.
Bagaimanapun, menurutnya kaedah ini tidak dapat memperbaiki lengkungan pada tulang belakang dan pesakit perlu dipantau sepanjang hayat mereka untuk memastikan kondisi tersebut tidak menjadi lebih buruk.
Tambahnya, pembedahan hanya perlu dilakukan jika lengkungannya teruk serta mengganggu kualiti hidup pesakit.

Pakar Bedah Ortopedik, Tulang Belakang & Trauma, ALTY Orthopaedic Hospital, Dr. Lim Sze Wei.
“Di ALTY Orthopaedic Hospital, semasa menentukan pelan rawatan yang terbaik bagi penyakit skoliosis dalam kalangan kanak-kanak, pasukan pakar perubatan kami akan mengambil kira faktor keparahan lengkungan, termasuk di mana lengkungan berkenaan terbentuk pada tulang belakang, serta usia kanak-kanak dan peringkat tumbesaran mereka.
“Jika ibu bapa gagal membuat diagnosis atau pemeriksaan susulan bagi kondisi anak mereka untuk tempoh yang lama, kami mungkin tidak lagi berpeluang untuk memanfaatkan kaedah efektif untuk mencegah skoliosis yang telah berkembang seiring dengan tumbesaran pesakit, dan rawatan bagi komplikasi ini mungkin akan menjadi lebih mencabar,” jelas Dr Lim.
Beliau menyarankan ibu bapa untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan sebaik sahaja mereka mengesan sebarang perubahan pada anak-anak mereka.
Katanya, dengan melakukan pemeriksaan berkala dan mengambil tindakan yang tepat pada masanya, komplikasi seperti skoliosis dapat ditangani dengan lebih baik.-mSTAR
Awasi Postur Anak Elak Tulang Belakang Membengkok, Beg Sekolah Berat Punca Skoliosis?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
AED bantu atasi kematian mengejut Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional Lisa Blackpink leburkan rekod PSY Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki Pasal makan pun boleh bertikam Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH Resepi stew ekor lembu chewy Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi Layari Laman Facebook MYKMU
Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

The post Awasi Postur Anak Elak Tulang Belakang Membengkok, Beg Sekolah Berat Punca Skoliosis? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/18/awasi-postur-anak-elak-tulang-belakang-membengkok-beg-sekolah-berat-punca-skoliosis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Risau Rafael Nangis Rupa Rupanya Mawar Rashid Kongsi Aksi Anak Pergi Ke Sekolah

Hiburan Risau Rafael Nangis Rupa Rupanya Mawar Rashid Kongsi Aksi Anak Pergi Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 259 hits
Pelakon jelita Mawar Rashid berkongsi cerita anak lelakinya Raden Muhammad Rafael gemar pergi ke sekolah biar pun baru hari kedua menjalani sesi persekolahan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaput...
Cara Naikkan Berat Baby Dengan Susu Ibu Mama Ada Anak Susah Naik Berat Boleh Try

Cara Naikkan Berat Baby Dengan Susu Ibu Mama Ada Anak Susah Naik Berat Boleh Try

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 308 hits
Kenapa anak saya kecil walaupun menyusu badan Tengok anak orang lain bukan main bersemangat badan Bukan setakat itu ada juga mulut mulut negatif yang selalu perli lebih baik bagi susu formula je Bagi membantu ibu memperjuangkan susu ibu unt...
Khuatir Risiko Jangkitan Covid 19 Ibu Bapa Masih Tak Yakin Hantar Anak Ke Sekolah

Khuatir Risiko Jangkitan Covid 19 Ibu Bapa Masih Tak Yakin Hantar Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 230 hits
September 7 2021 Menteri Pendidikan Radzi Jidin dilaporkan mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan semula pada 3 Okt PETALING JAYA Masih ada ibu bapa yang meluahkan kebimbangan untuk membenarkan anak mereka meneruskan ...
Elak Takutkan Anak Bila Anak Tiub Belon Banyak Kelebihannya Salah Satu Latihan Untuk Anak Bercakap

Elak Takutkan Anak Bila Anak Tiub Belon Banyak Kelebihannya Salah Satu Latihan Untuk Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 389 hits
Kanak kanak paling tertarik dengan belon Sifat belon yang ringan warna dan pergerakannya yang menarik perhatian mampu membuatkan anak terhibur Pun begitu bila anak memegang belon ini mak ayah janganlah menakutkan anak Nak relaks jom cuci ma...
Makanan Penambah Berat Badan Bayi Yang Anda Harus Berikan Kepada Anak Kecil Anda

Makanan Penambah Berat Badan Bayi Yang Anda Harus Berikan Kepada Anak Kecil Anda

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 439 hits
Bila bawak anak check up ke klinik perkara pertama yang nak ditengok adalah berat badan bayi Paling risau kalau berat bayi tak naik Betul tak Disini CN kongsikan jenis makanan yang boleh menambah berat badan bayi Semoga perkongsian ini berm...
Tak Perlu Berat Senaman Ringan Pun Dah Cukup Ibu Aktif Waktu Hamil Rendahkan Risiko Masalah Paru Paru Anak

Tak Perlu Berat Senaman Ringan Pun Dah Cukup Ibu Aktif Waktu Hamil Rendahkan Risiko Masalah Paru Paru Anak

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 324 hits
Tak perlu senaman yang berat cukup hanya senaman ringkas setiap hari untuk mengekalkan tenaga ibu hamil sepanjang kehamilan Paling penting kecergasan tubuh ini juga buat ibu lebih bersedia untuk proses kelahiran kelak Rupanya bukan hanya ib...
Makin Ramai Anak Makin Susah Nak Kurus Yatt Hamzah Akui Mencabar Nak Turunkan Berat Lepas Bersalin

Makin Ramai Anak Makin Susah Nak Kurus Yatt Hamzah Akui Mencabar Nak Turunkan Berat Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 262 hits
Mengekalkan bentuk badan dengan berat ideal seperti sebelum mengandung pastinya cukup sukar Bagi Yatt Hamzah dia mengakui untuk mengekalkan beratnya selepas bersalin seperti bersalin anak pertama dan kedua jauh bezanya dengan sekarang Kata ...
Sekolah Nak Buka Bising Bawa Anak Cuti Berpusu2 Okey Pula Michael Ang

Sekolah Nak Buka Bising Bawa Anak Cuti Berpusu2 Okey Pula Michael Ang

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 295 hits
Pengarah dan penerbit Michael Ang sememangnya terkenal dengan mulut lantang yang bukan sahaja menyuarakan pandangan mengenai rakan artis bahkan termasuk isu semasa di media sosial
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall