Rupanya Ini Sebab Selalu Ada Sale Waktu Tengah Malam


Rupanya Ini Sebab Selalu Ada “Sale” Waktu Tengah Malam
Dalam era serba moden hari ini, membeli-belah atas talian sudah menjadi satu tabiat yang sukar dipisahkan daripada kehidupan seharian. Dengan hanya beberapa sentuhan di skrin, kita mampu memilih dan membeli pelbagai barangan tanpa perlu keluar dari rumah.
Lebih menarik, pilihan barangan yang ditawarkan di atas talian juga kadang-kadang lebih murah berbanding harga di pasaran.
Dari pilihan pakaian, perhiasan diri, sehinggalah barangan keperluan harian seperti barang basah, semuanya mampu dibeli hanya dengan satu klik sahaja.
Bukan itu sahaja, ungkapan seperti sale, discount, free shipping seolah-olah satu panggilan yang sukar ditolak oleh pengguna. Malah, bagi individu yang pantang nampak sale pasti akan laju membeli barangan tersebut.
Kadang-kadang aktiviti pembelian di atas talian ini juga lebih mudah kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Namun, pernahkah anda perasan, kebiasaannya, jualan murah atau sale yang dilakukan oleh sesetengah aplikasi perdagangan elektronik ini sering berlaku pada lewat malam. Apakah sebabnya?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.
Ramai buka aplikasi membeli-belah dalam talian sebelum tidur Mungkin ramai yang sangka aktiviti window shopping yang mereka lakukan sebelum tidur ini merupakan sesuatu yang tidak membawa sebarang mudarat.
Betul la kan, apa agaknya yang akan terjadi jika kita tengok-tengok barang online sekejap sebelum tidur?
Tahukah anda, ada peningkatan yang ketara dalam jumlah pembeli yang gemar shopping online pada waktu tengah malam hingga 6 pagi?
Malah, menurut data yang sama, bilangan pembelian pada waktu tengah malam telah meningkat sebanyak 23% berbanding pada tahun 2017.
Kini, 1 daripada 15 pembelian di platform beli-belah atas talian dilakukan selepas puku 12 tengah malam.
Malah, wanita merupakan penyumbang utama dalam aktiviti shopping tengah malam. Hampir 66% pembelian dilakukan oleh kaum Hawa.
Tetapi, ia bukanlah satu-satunya kajian yang menunjukkan trend yang luar biasa ini. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Barclaycard pula mendapati ramai pembeli yang bertindak menekan butang ‘beli sekarang’ pada pukul 10.18 malam.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah banyak jualan murah dilakukan pada pukul 12 tengah malam!
BACA: Kajian Dedah Bunyi ‘Ini’ Lebih Berkesan Dari White Noise Untuk Tidur Lena Saya cuma beli barang online je, takkan itu pun salah? Sebenarnya, tidak salah jika suka shopping online. Tetapi, adakah anda sedar impaknya terhadap pola tidur jika kerap melakukan aktiviti yang sama setiap malam?
Persoalannya bukan pada bagaimana anda membeli-belah, tetapi lebih kepada BILA anda ingin membeli barang secara atas talian.
Tahukah anda, aktiviti scrolling pada waktu malam mempunyai kesan yang negatif terhadap kesihatan anda?
Tidur merupakan aktivti yang amat penting untuk mental, fizikal dan emosi manusia.
Individu yang tidak cukup tidur sukar untuk fokus ketika melakukan tugasan setiap hari. Malah, mereka juga tidak dapat membuat keputusan yang tepat disebabkan jumlah tidur yang tidak mencukupi.
Malah, cahaya biru atau blue light yang dipancarkan oleh skrin telefon bimbit sebenarnya mengehadkan pengeluaran melatonin iaitu hormon yang mengawal kitaran tidur.
Jika anda mempunyai masalah tidur, online shopping pada waktu malam hanya akan membuatkan keadaan jadi makin teruk.
Oleh sebab itu, cuba kurangkan masa anda di hadapan skrin. Sebanyak manapun telefon bimbit anda ‘menggoda’, jangan sesekali buka telefon bimbit pada waktu tengah malam.
Bukan sahaja anda akan dapat tidur dengan lebih lena, malah simpanan anda juga tidak akan dibelanjakan untuk membeli barang-barang yang tidak diperlukan.
BACA: Kajian Dedah Minuman ‘Ini’ Dapat Tingkatkan Tekanan Darah Lebih Cepat Daripada Garam Lebih berisiko untuk banyak berbelanja semasa membeli-belah Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Eachnight terhadap 1,000 responden di Amerika Syarikat, mereka mendapati pembelian pada waktu tengah malam juga akan menyebabkan ramai pelanggan berbelanja lebih.
Dapatan mereka juga mendapati pembelian pada waktu tengah malam juga akan menyebabkan ramai pelanggan berbelanja lebih.
Dapatan mereka juga menunjukkan ramai yang membuka platform beli-belah atas talian untuk membeli baju, kasut, barang kemas dan jam tangan hingga mencecah harga $165 (RM668) semalam!
Tambah lagi, mereka mendapati golongan milenial lebih berisiko untuk berbelanja dan beli barang berbanding gen X dan baby boomers.
Ada sebabnya mengapa ramai yang tiba-tiba akan berbelanja lebih apabila membeli-belah pada waktu malam. Apabila kita semakin penat, lebih mudah untuk kita ‘terperangkap’ dan membuat keputusan tanpa berfikir panjang.
Malah, ada juga yang sanggup berhutang dan melakukan pembelian menggunakan kad kredit ketika membeli-belah.
Oleh sebab itu, jika anda ingin melakukan pembelian yang besar, elakkan daripada melakukannya pada waktu tengah malam ya!
Kegembiraan serta-merta semasa beli barang Ada satu bentuk ‘kegembiraan’ yang datang ketika kita membeli-belah secara atas talian. Malah, kegembiraan inilah yang akan membuatkan anda kembali membuka aplikasi online yang sama berkali-kali.
Kegembiraan yang turut dikenali dengan nama Instant gratification ini mungkin merupakan satu lagi punca yang mendorong ramai individu untuk membuka aplikasi shopping pada waktu malam.
Apabila badan sudah penat, otak kita akan menjadi mangsa mudah untuk semua aplikasi membeli-belah dalam talian ini.
Tidur yang tidak cukup akan membuatkan kita menginginkan sesuatu yang positif atau menggembirakan tanpa memikirkan kesan negatif yang bakal berlaku.
Oleh sebab itu, ramai individu yang bertindak beli barang kemas yang mahal serta baju yang berjenama pada waktu malam.
Ramai yang terpengaruh dengan kegembiraan serta-merta ini pada waktu malam, dan ramai juga yang bangun tidur dengan rasa menyesal!
Malah, jualan murah yang dilakukan pada waktu tengah malam juga bertujuan untuk mengeksploitasi pengguna ketika minda mereka berada di dalam keadaan yang paling mudah untuk dipengaruhi.
Cuba tanya diri anda, perlukah anda beli set pinggan-mangkuk berharga RM300 itu sekarang? Eh, tapi tengah sale, sekarang harganya RM200 sahaja!
Jangan lakukan pembelian secara semberono! Rasanya, di dalam almari ada lagi pinggan-mangkuk yang tidak pernah berusik.
Jangan membeli-belah pada waktu malam! Memang menyeronokkan jika kita menghabiskan waktu malam dengan aktiviti window shopping secara maya.
Melihat barang-barang yang dijual boleh buatkan kita rasa gembira, lebih-lebih lagi jika ia dijual dengan harga yang murah.
Namun, sebelum beli barang, beringatlah ya! Jangan sesekali berbelanja lebih daripada kemampuan.
Pastikan anda membuat sebarang pembelian yang besar pada waktu siang supaya anda boleh melakukan pilihan dengan lebih bijak!
BACA: Kajian Dedah Buah Ini Bantu Tidur Lebih Lena, Tingkatkan Tenaga Dengan Cepat Sumber: Hello Doktor
The post Rupanya Ini Sebab Selalu Ada “Sale” Waktu Tengah Malam appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/24/rupanya-ini-sebab-selalu-ada-sale-waktu-tengah-malam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbandingan Waktu India Dan Malaysia Pada 9 00 Malam

Perbandingan Waktu India Dan Malaysia Pada 9 00 Malam

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 157 hits
Berita Pertandingan India akan berdepan Malaysia pada jam 9 00 malam Tonton perlawanan ini secara langsung di platform Youtube dan Facebook FAM mulai 8 50 malam hari ini Sokonglah pasukan FAM eRIMAU dan ikuti perkembangan mereka dalam FIFAe...
Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 199 hits
BERMAIN BADMINTON WAKTU MALAM BOLEH DAPAT SERANGAN JANTUNG Ramai yang bertanya mengenai dakwaan yang mengaitkan bermain badminton pada waktu malam dengan serangan jantung terutamanya apabila kes kematian mengejut selepas bersukan tular di m...
Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 131 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan telah memenuhi undangan ke Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia atas jemputan Pengerusi Semerah Padi Guru Besar Paduka Tok Ayah Khalifah Utama Mohamed Murad Kassim Majli...
Malam Berinai Di Hotel

Malam Berinai Di Hotel

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 111 hits
nbsp Malam Berinai Di Hotel Pembukaan cerita majlis perkahwinan adik ipar bongsu nieyl dengan malam berinai Malam berinai di buat pada hari jumaat malam sabtu Girls semua pergi ke Cyberview Resort untuk join berinai Gambar dekat atas ni tur...
Majlis Makan Malam Bertukar Cemas Dewan Hotel Terbakar

Majlis Makan Malam Bertukar Cemas Dewan Hotel Terbakar

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 78 hits
Farhana YaacobTangkap layar video tularMELAKA Lebih 1 000 kakitangan syarikat pembersihan yang sedang menghadiri majlis makan malam berdepan detik cemas apabila dewan hotel di Bukit Katil tiba tiba terbakar Dalam kejadian kira kira jam 8 ma...
Kilang Plastik Di Puncak Alam Terbakar Tengah Hari Tadi

Kilang Plastik Di Puncak Alam Terbakar Tengah Hari Tadi

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 165 hits
Kilang Plastik Di Puncak Alam Terbakar Tengah Hari Tadi Sebuah kilang plastik terbakar dalam satu kejadian kebakaran di Taman Industri Alam Jaya Puncak Alam tengah hari tadi Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penye...
Makan Tengah Hari Di Al Barakah Fusion Restaurant

Makan Tengah Hari Di Al Barakah Fusion Restaurant

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 147 hits
Minggu lepas MY dan suami bawa anak anak keluar makan Sekali pergi hantar barang si abang Dia nak blazer la kasut kilat la Nak jamuan akhir tahun kena pakai suit atau blazer Kena la hantarkan pakaian dia Alang alang tu bawalah outing sekali...
Euro Stabil Pada Tengah Penyesuaian Pasaran

Euro Stabil Pada Tengah Penyesuaian Pasaran

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 67 hits
Pasaran membeli khabar angin dan menjual fakta sementara gambaran yang semakin buruk untuk ekonomi Jerman bertindak sebagai pemangkin untuk penarikan EUR USD Selain itu situasi di Ukraine masih belum dapat diselesaikan Angka pekerjaan AS se...
Malam Kota Buku 2025 Pkb Perkukuh Ekosistem Buku Negara Himpun 1 000 Pemain Industri

Malam Kota Buku 2025 Pkb Perkukuh Ekosistem Buku Negara Himpun 1 000 Pemain Industri

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 110 hits
Cyberjaya 19 Disember 2025 Perbadanan Kota Buku hari ini menghimpunkan kira kira 1 000 pemain industri perbukuan dari seluruh negara menerusi penganjuran Malam Kota Buku 2025 sebuah majlis penghargaan yang memperkukuh ekosistem buku negara ...
Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Pengalaman Ringkas Aku Beli Kripto

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Lirik Lagu Take Me Home Amir Masdi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk