Rupanya 2 Cara Ni Bantu Kurangkan Mata Pedih Berair Kupas Bawang Mudah Sangat


Bawang antara bahan utama diperlukan dalam penyediaannya makanan. Namun ia antara tugasan yang paling ‘menyedihkan’ kerana mesti akan ada adegan pedih mata sehingga keluar air mata dan tiba-tiba hidung berhingus.
Bila sampai ke bahagian nak kupas atau potong bawang merah kecil atau bawang besar, seboleh-bolehnya nak cepat siapkan berbanding bawang putih kan? Ada macam-macam petua yang dikongsikan sebelum ini.

Bagaimanapun, Dr Mazliana Mazlan turut memberikan info yang sangat bagus mengenai kenapa mata akan pedih seolah-olah menangis tiap kali kupas bawang dan kebaikannya yang kita tak tahu untuk kesihatan. Berikut perkongsiannya.
Rendam dulu bawang dalam air sejuk sebelum kupas, supaya tak menangis marambu air mata sambil proses bawang.
Saya tak suka betul kupas bawang, sebab mesti akan menangis tak tahan dengan pedih bawang tu. 3 biji bawang besar pun tak mampu.

Selalu suami lah jadi mangsa kena kupas bawang macam dalam gambar tu. Terutama bila saya nak buat pes kena kupas banyak bawang. Konon dia macho lah mata boleh tahan tak nangis.
Bila bawang dikupas dan dipotong, enzim allinase akan terbebas. Akan berlaku proses pertukaran bahan kimia semulajadi dan akhirnya menghasilkan allicin. Allicin ni lah punca yang buat mata kita berair masa kupas bawang.
Allicin akan bertebaran di udara masa kita membawang, dan kemudian terkena ke lapisan mata. Maka berair lah mata kita, teresak-esak sambil sapu dengan lengan baju gitu. Sedih ingat apa tak tahu masa kupas bawang.

Tips nak kurangkan mata berair masa kupas bawang
Cara nak elakkan mata berair, adalah dengan rencatkan aktiviti enzim allinase. Suhu optimum untuk enzim ni bertindakbalas adalah 40 darjah. Jadi, kita sejukkan dulu bebawang pada suhu lebih rendah, supaya kuranglah tangisan kita masa membawang nanti.
Antara cara yang ada: 
1) Samada rendam dulu bawang dalam air sejuk.
2) Atau masukkan bawang dalam peti sejuk 20 minit sebelum kupas. Mesti kurang dah tangisan korang masa kupas bawang nanti. Tapi kena cepat-cepat jugak kupas, sebab nanti dah capai suhu bilik, enzim tadi akan aktif semula.
Allicin ni bukan tak bagus tau. Walau dia buat kita nangis masa kupas bawang, tapi ada jugak manfaat allicin pada kesihatan.
Allicin ada kesan anti inflamasi, dan bagus untuk jantung, juga dapat seimbangkan tekanan darah.

Best kan real food. Setiap makanan segar tu, mesti ada manfaat pada tubuh badan kita dan anak-anak walaupun sedikit.
Kita cuba sama-sama ok, amalkan real food sebanyak mungkin dalam sehari.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
The post Rupanya 2 Cara Ni Bantu Kurangkan Mata Pedih & Berair Kupas Bawang. Mudah Sangat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rupanya-2-cara-ni-bantu-kurangkan-mata-pedih-berair-kupas-bawang-mudah-sangat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Tanpa Sedar Cepat Sangat Marah Anak Cara Ini Bantu Perbetulkan Silap Kita

Ibu Tanpa Sedar Cepat Sangat Marah Anak Cara Ini Bantu Perbetulkan Silap Kita

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 594 hits
Bila jadi mak ni kuat sangat kita marah tanpa kita sedar kan Bila dah lepaskan kemarahan barulah menyesal Malam malam masa anak tidur kucup dahi anak sambil minta maaf dekat mereka Tapi akan datang tetap buat lagi kan Selalu kita idamkan es...
Sampai Beratur Panjang Nak Tukar Kad Atm Rupanya Ada Cara Mudah Tukar Secara Online Je

Sampai Beratur Panjang Nak Tukar Kad Atm Rupanya Ada Cara Mudah Tukar Secara Online Je

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 378 hits
Tular di media sosial foto orang ramai yang beratur panjang di beberapa cawangan bank semata mata ingin menukar kad ATM mereka yang tamat tempoh
Cara Buat Apam Nasi Klasik Resipi Mudah Dijamin Menjadi

Cara Buat Apam Nasi Klasik Resipi Mudah Dijamin Menjadi

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 464 hits
Lebihan nasi semalam selain enak dibuat nasi goreng ia juga sedap dibuat Apam Apom Nasi yang gebu dan sedap Cara penyediaannya juga sangat mudah Andai dimakan bersama kelapa parut waduh enaknya Ada peminat Apom Nasi gebu ni Jom cuba resipi ...
Nasi Ala 3bd Ayam Kicap Pedas Tak Perlu Lauk Lain Resipi Superb Sangat Mudah Disediakan

Nasi Ala 3bd Ayam Kicap Pedas Tak Perlu Lauk Lain Resipi Superb Sangat Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 377 hits
Tak perlu lauk lain bila anda nikmati nasi dengan lauk ayam kicap pedas dan ulam ulaman Boleh buat bertambah tambah nasi Jom buat resipi nasi dan lauk ayam kicap pedas sendiri di rumah RESIPI NASI ALA 3 BUDAK GEMUK AYAM KICAP PEDAS Ayam 2 t...
Mudah Sangat Nak Buat Sambal Ikan Pauh Muda Guna 5 Bahan Je

Mudah Sangat Nak Buat Sambal Ikan Pauh Muda Guna 5 Bahan Je

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 356 hits
Sambal ikan pauh muda buat makan dengan nasi panas panas Ramai tak yang suka dengan menu macam ni untuk makan tengahari Betul betul pecah air liur orang cakap dengan resipi daripada Baharin Zakaria ni kan Cara nak buat pun mudah sangat guna...
Cara Edit Gambar Guna Picsart Mudah Dan Senang

Cara Edit Gambar Guna Picsart Mudah Dan Senang

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 615 hits
hai assalammualaikumCara Edit Gambar Guna Picsart Mudah Dan Senang Ramai suka edit gambar kan dari warna gelap boleh jadi cerah Lepas tu edit gambar boleh tambah pokok tambah laut tambah apa apa yang nak ditambah Boleh crop background letak...
Cara Mudah Nak Buat Karipap Telur Gergasi Di Rumah

Cara Mudah Nak Buat Karipap Telur Gergasi Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 510 hits
Ada yang teringin nak makan karipap telur gergasi Kebetulan pula di rumah memang sudah ada roti canai frozen brand kawan lazat Resipi yang sangat mudah Karipap telur atau karipap giant guna kulit paratha Yang ni memang saiz standard sekepin...
Cara Mudah Jimat Masa Untuk Buang Biji Cili Kering

Cara Mudah Jimat Masa Untuk Buang Biji Cili Kering

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 405 hits
Cili kering yang dikisar sendiri antara bahan penting yang perlu ada di dapur Tapi apa yang lecehnya bila nak kena buang biji cili kering Namun dengan kaedah yang dikongsi Ziela Mazlan ini sangat mudah dan menjimatkan masa CARA BUANG BIJI C...
Cara Buat Sambal Lengkuas Yang Mudah Ringkas

Cara Buat Sambal Lengkuas Yang Mudah Ringkas

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 270 hits
Kebanyakan orang Kedah mesti tahu sambal lengkuas kan Biasanya sambal lengkuas ni digunakan untuk buat nasi ulam Namun menurut pemilik yang berkongsi resipi ini Jona MJ lebih suka makan dengan nasi kosong atau ratah begitu saja pun sedap Re...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti