Rupa Rupanya Linda Minta Maaf Sebab Dah Kalah


Pergaduhan Linda Rafar melawan jururawat dan 100 netizens yang mengecamnya telah berakhir apabila selebriti itu membuat permohonan maaf dan memaafkan semua pihak secara terbuka menerusi satu kenyataan di Instagramnya pada selasa.


Sebelum ini Linda bertindak menularkan gambar jururawat yang menurutnya tidak memberikan layanan yang baik kepada arwah ibunya semasa menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Tindakan Linda itu mendatangkan kenyataan balas apabila kumpulan jururawat mempertikaikan kecaman Linda yang dianggap tidak berasas dan tuduhan yang melampaui batas.

Berikutan itu, Linda pula yang menjadi sasaran kritikan netizens.

Dari ramai-ramai yang mengecamnya, Linda telah memilih untuk menyaman 100 individu yang beliau anggap bersikap kurang ajar, tiada adab dan tidak menggunakan perkataan yang baik.

Berikutan itu, 100 dari netizens yang terlibat, sebahagiannya telah memohon maaf, sebahagiannya mempertahankan komen mereka.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Linda berkata, beliau bersedia memaafkan dan mahu meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam insiden itu.

 
Namun kenyataan maaf yang dibuat oleh Linda itu rupanya mempunyai kisah disebaliknya. Perkara itu diceritakan oleh doktor Rusyainie Ramli menerusi satu hantaran di Facebooknya.
 
Menurut Doktor Rusyainie, Linda sebenarnya meminta maaf kerana telah gagal dalam tuntutannya terhadap jururawat yang bertelingkah dengannya. 


Bukan sahaja perlu meminta secara terbuka malahan perlu membayar sejumlah gantirugi.


Namun Doktor Rusyainie turut menyatakan kekesalan kerana permohonan maaf Linda itu tidak membayangkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh selebriti itu mengikut penyelesaian kes luar mahkamah. 


Linda sebaliknya berterusan bersikap ego katanya.

"Tahniah Delegation of Nurses yang bertindak menjadi pemudahcara untuk 1 jururawat yang difitnah oleh 1 selebriti. Akhirnya ia selesai dengan kemenangan berpihak pada jururawat tu setelah persetujuan luar mahkamah dicapai.

Selebriti tu dengar khabarnya bukan setakat nak kena bayar ganti rugi, tapi yang paling penting, dia mesti membuat permohonan maaf pada jururawat tu.

Sebagai doktor marhaen yang menjadi penyokong kuat DoN, saya melihat ketegasan dan kemampuan pemimpin tertinggi DoN dalam menangani kemelut ni sebagai petanda penting buat komuniti jururawat.
 

Akhirnya, mereka ada satu persatuan yang berdiri kukuh dan berpegang kuat dalam mempertahankan hak dan maruah jururawat. Ini satu signal penting pada mana-mana pihak, jangan cuba dikejutkan gergasi yang sedang tidur. DoN yang mewakili jururawat-jururawat alaf baru adalah satu harapan dan sinaran yang selama ni malap dan kelam. Apa yang DoN lakukan ialah mewakili suara keluhan, tangisan, rintihan dan jeritan jururawat-jururawat yang seakan-akan tenggelam dek birokrasi pihak yang dah kat atas tu. Tahniah DoN sekali lagi.

Yang paling mengagumkan bila jururawat-jururawat dan netizen beramai-ramai menyumbangkan bantuan kewangan sikit seorang untuk membiayai yuran guaman supaya tindakan sivil boleh diambil ke atas selebriti yang tak reti bersyukur tu.

Malangnya bila saya baca permohonan maaf di IG milik selebriti tu, interpretasi saya? Dia masih punya ego melangit. Langsung tak sebut pun spesifik pada jururawat yang difitnahnya! Perkataan jururawat pun tak ada. Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu macam minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti tu bukan permohonan maaf yang dipersetujui oleh pihak plaintif. Yang saya pelik, mengapa dalam BI? Supaya netizen tak baca? Iyalah ramai netizen tak berapa nak mahir BI. Tapi itulah, tatabahasanya pun, hmmm. Zulaikha pun boleh menulis dengan lebih baik.

Saya harap DoN memandang serius cara selebriti ni minta maaf sebab dia seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa sedangkan jelas dan terang dia yang menabur fitnah. Semoga jururawat tu menolaknya juga dan meminta selebriti tu tulis balik permohonan maaf dengan betul. Dah salah, mengaku la ya.

Untuk netizen, ambil iktibar. Sebelum menaip dan memuatnaik status menghentam pihak pengamal perubatan, fikir dulu. Selebriti pun kami tak hairan. Reputasi kami takkan kami biar diperkotakkatikkan," katanya dalam kenyataan itu. - 10 Mei 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/rupa-rupanya-linda-minta-maaf-sebab-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Linda Rafar Kalah Kes Perlu Bayar Ganti Rugi Dan Mohon Maaf Kepada Jururawat

Linda Rafar Kalah Kes Perlu Bayar Ganti Rugi Dan Mohon Maaf Kepada Jururawat

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 546 hits
Isu pertelingkahan antara Linda Rafar dan para jururawat akhirnya selesai dengan kemenangan berpihak kepada jururawat terlibat selepas persetujuan luar mahkamah dibuat Menerusi Facebook seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Raml...
Ohh Kalah Saman Rupanya Tiba2 Tampil Maafkan Netizen Rupanya Linda Rafar Kalah Saman Dengan Jururawat

Ohh Kalah Saman Rupanya Tiba2 Tampil Maafkan Netizen Rupanya Linda Rafar Kalah Saman Dengan Jururawat

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 609 hits
Ohh kalah saman rupanya Tiba2 tampil maafkan netizen rupanya Linda Rafar kalah saman dengan jururawat Sebelum ini gempar mengenai kontroversi pelakon wanita dan juga penyanyi kumpulan Elite Linda Rafar yang ingin menyaman 100 orang netizen ...
Dia Masih Punya Ego Melangit Doktor Tidak Puas Hati Cara Linda Rafar Minta Maaf Kepada Jururawat

Dia Masih Punya Ego Melangit Doktor Tidak Puas Hati Cara Linda Rafar Minta Maaf Kepada Jururawat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 916 hits
Sebentar tadi kami ada mengemaskini mengenai Linda Rafar yang meminta maaf kepada ratusan netizen yang dikatakan memfitnah berikutan kemelut di antara Linda dan jururawat yang merawat ibunya semasa sakit dahulu BACA Rupa rupanya permohonan ...
Hiburan Kes Selesai Cara Baik Tiada Siapa Kalah Atau Menang Linda Rafar

Hiburan Kes Selesai Cara Baik Tiada Siapa Kalah Atau Menang Linda Rafar

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 567 hits
Baru baru ini penyanyi Linda Rafar menerusi akaun Instagramnya memuat naik kenyataan bahawa beliau sudah memaafkan semua netizen yang pernah mengecamnya berikutan kes fitnah jururawat sebelum ini Menurut Linda hatinya tidak tenang selagi ti...
Hiburan Hati Tidak Tenang Linda Rafar Minta Maaf Daripada Netizen

Hiburan Hati Tidak Tenang Linda Rafar Minta Maaf Daripada Netizen

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 320 hits
Tentunya ramai yang masih ingat kes penyanyi Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen yang melemparkan kata kata negatif berunsur kecaman terhadap dirinya berhubung isu fitnah jururawat Linda ketika itu memberitahu apa yang b...
Rupa Rupanya Ada Beza Warna Warna Topi Keselamatan Bagi Pekerja Di Tapak Binaan

Rupa Rupanya Ada Beza Warna Warna Topi Keselamatan Bagi Pekerja Di Tapak Binaan

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 671 hits
Rupa Rupanya Ada Beza Warna Warna Topi Keselamatan Bagi Pekerja Di Tapak Binaan Jika anda perasan ada banyak warna yang berbeza bagi topi keselamatan pekerja pekerja di tapak binaan Ada warna putih kuning hijau merah dan biru Malah bagi ses...
Kes Selesai Luar Mahkamah Linda Rafar Diarah Mohon Maaf

Kes Selesai Luar Mahkamah Linda Rafar Diarah Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 522 hits
Pelakon Linda Rafar bersetuju membuat permohonan maaf terhadap jururawat yang ditularkan Januari lalu selepas kes saman antara dia dan Delegasi Of Nurse diselesaikan di luar mahkamah Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh DON y...
Linda Rafar Tampil Mohon Maaf Selepas Di Dakwa Fitnah Jururawat

Linda Rafar Tampil Mohon Maaf Selepas Di Dakwa Fitnah Jururawat

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 402 hits
Pelakon Linda Rafar akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka dalam isu pertelingkahannya dengan seorang jururawat tidak lama dulu sempena bulan Ramadhan kerana tidak mahu menyimpan dendam terhadap mana mana pihak yang didakwa pernah memf...
Dah Kalah Macam2 Pulak Dakwaan Bung Mana Ahli Umno 9700 Orang Tu

Dah Kalah Macam2 Pulak Dakwaan Bung Mana Ahli Umno 9700 Orang Tu

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 367 hits
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin hari ini mendakwa pembelian undi berlaku dalam pilihan raya kecil Sandakan yang diadakan semalam Ada pengundi yang beritahu saya bahawa ada guna duit Kita sedang menyemak dakwaan berkenaan katanya sepe...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu