Rupa Rupanya Gunung Jerai Sumber Batu Permata Asli


SELAMA ini pencinta batu-batu permata barangkali hanya mengenali batuan mineral itu yang diimport dari negara-negara luar seperti Myanmar, Brazil, Columbia atau mungkin Sri Lanka.

Barangkali ramai yang tidak tahu kedua-dua bentuk cincin ini yang bertakhta batu permata ini adalah dari Gunung Jerai. Penghasilan yang teliti menjadikan barangan perhiasan ini kelihatan mewah dan elegan. Kerana ketaksuban terhadap batu-batu permata dari negara-negara berkenaan menyebabkan ada dalam kalangan kita yang sanggup melabur beribu-ribu atau mungkin berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata untuk membeli rekaan yang diminati.
Namun begitu, tahukah anda bahawa Malaysia juga tidak ketinggalan memiliki khazanah berharga yang kalau pun tidak sama, mungkin menghampiri dengan apa yang ada di negara-negara pengeluar mineral itu.

Bermula dengan batu Raw Quartz Rutile yang akhirnya dinamakan sebagai Kecubung Langkasuka
Di Gunung Jerai, Kedah, tersimpan batu-batu permata yang kini sedang giat diterokai oleh penduduk tempatan.
Dalam kunjungan Astro AWANI ke kaki gunung peranginan itu baru-baru ini, kelihatan sekumpulan sahabat yang sedang giat melakukan pencarian.
Ketika disapa, mereka memaklumkan sedang mencari batu-batu permata yang mempunyai nilai yang sangat tinggi.
Berdasarkan perbualan dengan mereka, Astro AWANI dimaklumkan, dari mata kasar, batu-batu permata berkenaan mungkin kelihatan sangat biasa atau tidak berharga.
Realitinya, sepengetahuan mereka, batu-batu yang ada di kaki Gunung Jerai mempunyai nilai dan harga yang setara dengan hasil mineral dari negara luar.
Bagi Muhammad Zarith Mohd Razlan, berdasarkan kajiannya, antara batuan mineral bertaraf permata yang tersembunyi di Negeri Jelapang Padi itu ialah Quartz (clear quartz, ros, smoky, phantom serta rutile), Garnet (almandine merah), Tourmaline (hitam), Stony Iron, Hematite, Agate (carnelian) dan Fluorite.
Berusia 21 tahun, Muhammad Zarith mewarisi ilmu batuan mineral daripada ibunya, Aniza Saadudin atau mesra dipanggil ‘Cekja’ yang juga seorang usahawan batu permata di Kedah.
Katanya, dia mengambil kesempatan masa yang ada sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mendalami ilmu batu permata dengan bimbingan ibunya.
“Seperti yang kita dapat tengok sekarang batu Quartz dari Gunung Jerai mempunyai nilai… pada saya sangatlah berbaloi untuk saya untuk mendalamkan lagi ilmu permata,” katanya.

Aktiviti mencari batu permata di kaki Gunung Jerai semakin mendapat perhatian
Rakannya, Muhd Arif Zahin, 21 tahun, juga sependapat dengan Muhammad Zarith yang mahu memanfaatkan masa lapang yang ada dengan mendalami ilmu batu permata.
“Benda ini (ilmu batu permata) sangat bermanfaat sebab tidak ramai golongan muda yang nak ambil tahu mengenai batu permata ini sedangkan ini adalah kekayaan negeri Kedah,” kata pelajar kursus maritim perkapalan ini lagi.
Seorang lagi teman mereka, Ahmad Haziq Uwais yang juga penuntut jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik berkata, Kedah menyimpan banyak sumber mineral semulajadi yang wajar dimanfaatkan.
Katanya, selain di Gunung Jerai, sekitar pesisir-pesisir pantai di negeri itu juga menyimpan sumber mineral yang bernilai tinggi.
Astro AWANI difahamkan, batu-batu permata yang dikutip di kaki gunung berkenaan akan dibawa ke galeri untuk dinilai sebelum diproses menjadi barangan kemas seperti batu cincin, loket dan gelang.
Selepas siap diproses, kesemua barangan kemas itu akan dipamerkan untuk jualan.

Koleksi Raw Garnet Alamandine sangat menawan dan mewah mudah membuatkan ramai yang jatuh hati
Sementara itu, Aniza yang juga pemiliki Galeri Puncak Permata Rezeki berkata, selama ini dia mendapat bimbingan dan Kerjasama dari Jabatan Mineral dan Geosains Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta Persekutuan bagi mengkaji kualiti batuan mineral.
Katanya, dengan keunikan batu-batu permata tempatan, adalah sewajarnya untuk seluruh rakyat Malaysia menghargainya.
Menurut Aniza, sesuatu yang merugikan sekiranya rakyat tempatan sendiri tidak mengetahui keunikan batu permata tempatan sedangkan orang luar amat menghargainya.
“Dunia telah mengiktiraf batuan kita, tapi kita tidak menghargainya amatlah merugikan kerana batuan kita sangat bernilai dari zaman British lagi.
“(Sumber) mineral kita telah dinilai (oleh orang asing) dan menjadi satu tarikan kepada negara-negara lain untuk ke Malaysia.
“Inilah bukti bahawa batuan kita terbaik dan eloklah kita jaga dengan sebaik mungkin kerana ia juga memakmurkan ekonomi kita,” kata Aniza yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam perniagaan batu permata ini.

Batu Clear Quartz bakal dinamakan Jeraimonite apabila sudah di facet menjadi potongan bersegi
Sementara itu, mengulas mengenai aktiviti pencari batu permata di kaki Gunung Jerai, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/ Perlis dan Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan atau kelulusan dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri bagi tujuan itu.
Bagaimanapun, dalam masa sama, katanya, aktiviti pencarian batu permata atau mineral bagi tujuan perdagangan atau komersial, lesen lain di bawah Enakmen Mineral Negeri boleh dipertimbangkan seperti lesen mendulang atau lesen melombong individu.

The post Rupa-rupanya Gunung Jerai sumber batu permata asli appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/24/rupa-rupanya-gunung-jerai-sumber-batu-permata-asli/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rupa-rupanya-gunung-jerai-sumber-batu-permata-asli

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpd 494 Penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Akan Disaring

Pkpd 494 Penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Akan Disaring

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 212 hits
Oleh ASLIZA MUSA Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail bertanya khabar kepada Abas Bah Kecil penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang Tapah yang dikenakan PKPD di kawasan tersebut hari ini Foto ZULFACHRI ZU...
Penemuan Batu Nisan Ini Jadi Heboh Gara Gara Berbentuk Alat Sulit

Penemuan Batu Nisan Ini Jadi Heboh Gara Gara Berbentuk Alat Sulit

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 274 hits
Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu Kebiasaannya batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan tarikh lahir dan tarikh kematian Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantung kepada kebuda...
Bukitselambau Frontliner Cedera Parah Langgar Batu Sekatan Jalanraya

Bukitselambau Frontliner Cedera Parah Langgar Batu Sekatan Jalanraya

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 309 hits
Seorang petugas barisan hadapan berusia 43 tahun cedera parah di bahagian lutut selepas terlanggar tembok batu pembahagi jalan di Jambatan Kuala Lesong Bukit Selambau pada Sabtu Dalam kejadian kira kira jam 6 30 pagi itu mangsa yang bertuga...
Exco Alam Sekitar Nafi Dakwaan Ngo Bahawa Air Terjun Tanjung Batu Musnah Akibat Aktiviti Kuari

Exco Alam Sekitar Nafi Dakwaan Ngo Bahawa Air Terjun Tanjung Batu Musnah Akibat Aktiviti Kuari

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 342 hits
Mesyuarat penyelarasan dan pemantauan berlangsung pada 21 Januari 2021 berkaitan isu kemusnahan alam sekitar dikatakan akibat aktiviti perusahaan kuari di hutan simpan Segari Melintang Mesyuarat ini melibatkan Ybhg Dato Mohamed Zin Bin Yuso...
Quiet Thaipusam Chariot Procession To Batu Caves Allowed

Quiet Thaipusam Chariot Procession To Batu Caves Allowed

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 240 hits
The chariot of Lord Muruga will be allowed to proceed to Batu Caves on Jan 27 PETALING JAYA The Thaipusam chariot procession from Kuala Lumpur to Batu Caves will be allowed to proceed on Jan 27 and the return journey on Jan 29 said Federal ...
Kesan Makan Ais Batu Sehingga Ketagih

Kesan Makan Ais Batu Sehingga Ketagih

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 456 hits
Kesan makan ais batu sehingga ketagih Dalam 5 orang anak saya ni anak nombor 2 memang suka kunyah ais Kunyah ais macam makan keropok Setiap hari dari pagi sampai ke patang Tak sah kalau tak kunyah ais Dialah yang bekukan dan dia juga yang p...
Kepala Batu Dua Lelaki Pakai Gelang Pink Antara Dikompaun

Kepala Batu Dua Lelaki Pakai Gelang Pink Antara Dikompaun

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 394 hits
Dua lelaki antara lima individu pemakai gelang pink dikenakan kompaun kerana ingkar prosedur standard operasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 13 Jan lepas Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata indivi...
Perarakan Pedati Thaipusam Ke Batu Caves Dibenarkan Dengan Syarat Kata Annuar Musa

Perarakan Pedati Thaipusam Ke Batu Caves Dibenarkan Dengan Syarat Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 254 hits
MKN meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan ke Batu Caves sempena Thaipusam Foto ReutersKUALA LUMPUR 24 Jan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara meluluskan perarakan pedati...
Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan Ini Yang Kena Elak

Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan Ini Yang Kena Elak

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 392 hits
Penyakit batu karang tidak boleh di ambil ringan apatah lagi mengambil makanan yang boleh memudaratkan ataupun penyebab terjadinya pembentukan batu karang dalam tubuh Batu karang biasanya terbentuk di ginjal tetapi ia juga boleh jatuh beral...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Resepi Phad Pet Ayam Thai Pedas Sedap Dan Mudah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Um Pitstop

Lirik Lagu Kerana Ego Khai Bahar

Gula Itu Racun

Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya