Rundingan Awal Bersama Pemimpin Myanmar Sangat Berjaya Pm Anwar


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan secara maya dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
BANGKOK, 18 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran Myanmar komited untuk melanjutkan gencatan senjata bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan di negara berkenaan pasca gempa bumi yang melanda negara itu pada hujung bulan lalu.
Komitmen itu diberikan kedua-dua pemimpin Myanmar kepada Perdana Menteri dalam dua mesyuarat berasingan di sini pada Khamis.
Terdahulu Anwar mengadakan pertemuan bersemuka bersama Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, petang semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan  dengan Thaksin Shinawatra di Bangkok, Thailand pada 17 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat secara maya dengan pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, Mahn Win Khaing Than, pagi tadi.
“Saya lihat ada kecenderungan (dari pemimpin Myanmar) untuk meneruskan gencatan senjata kerana itu juga prasyarat untuk semua bantuan kemanusiaan tetapi mereka sebut peristiwa letupan itu berlaku, kita berharap ia dapat ditangani dengan baik.
“Apakah ada pertemuan (dengan pemimpin Myanmar)? Kemungkinan besar memang kita akan teruskan perundingan ini,” katanya pada sidang media hari ini selepas mengakhiri lawatan kerja beliau ke sini atas jemputan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan dengan Thaksin Shinawatra di Bangkok, Thailand pada 17 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim.
Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin serta Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau turut menyuarakan kepada kedua-dua pemimpin terbabit bahawa gencatan senjata adalah penting dan bantuan kemanusiaan perlu dibenarkan ke seluruh Myanmar tanpa mengira lokasi atau pendirian politik selari pendirian ASEAN.
Jaminan itu telah diberikan Min Aung Hlaing dan Mahn Win Khaing Than.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincanga secara maya dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 18 April 2025.
 Foto Facebook Anwar Ibrahim.
“Rundingan awal bersama pemimpin SAC dan NUG ini sangat berjaya,” katanya sambil menambah blok gabungan itu bersedia memudahkan usaha terbabit dan berinteraksi dengan pemimpin Myanmar.
Katanya, negara anggota ASEAN telah menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk membina semula Myanmar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan secara berasingan dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 17 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Malaysia sebagai contoh telah menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan penempatan hospital medan.
“Saya akan segera menghubungi rakan-rakan di ASEAN untuk memaklumkan mereka (mengenai perkembangan ini) dan menggalakkan bantuan kemanusiaan disalurkan.
“Selain (ASEAN) memantau dan memastikan komitmen terhadap gencatan senjata serta mengelakkan sebarang provokasi yang tidak perlu, kerana jika tidak, seluruh bantuan kemanusiaan ini akan gagal,” katanya.
Gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu mengorbankan 3,706 orang, dengan 5,017 lagi cedera dan 130 masih hilang setakat Selasa lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/rundingan-awal-bersama-pemimpin-myanmar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Sangat Dihormati Prabowo Ini Isu Dibincangkan Pmx Dan Presiden Indonesia

Anwar Sangat Dihormati Prabowo Ini Isu Dibincangkan Pmx Dan Presiden Indonesia

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 441 hits
HarapandailyApril 7 2025Presiden Indonesia Prabowo Subianto sangat menghormati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dinyatakan Setiausaha Kabinet republik itu Teddy Indra Wijaya Menerusi kenyataan Teddy sempena kunjungan Preside...
Pilihlah Pemimpin Berintegriti Amanah Dan Bawa Suara Rakyat Terbanyak Anwar Ibrahim

Pilihlah Pemimpin Berintegriti Amanah Dan Bawa Suara Rakyat Terbanyak Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 366 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat berjalan dalam suasana kekeluargaan dan beretika tanpa dipengaruhi budaya yang boleh memecahbelahkan perpaduan dalaman parti Menerusi hantaran yan...
Pm Anwar Presiden Prabowo Bincang Isu Tarif As Bantuan Kemanusiaan Kepada Myanmar

Pm Anwar Presiden Prabowo Bincang Isu Tarif As Bantuan Kemanusiaan Kepada Myanmar

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 429 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Kompleks Seri Perdana Putrajaya pada 6 April 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 6 Apr Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden ...
Pm Anwar Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Tun Abdullah

Pm Anwar Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Tun Abdullah

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluangkan masa untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara Anwar tiba di dewan solat utama sekitar pukul 1 tengah ha...
Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 374 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today said any announcement of government allocations must not be made during an election period He clarified that the announcement of development project allocations in Tapah was made before the nomi...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess