Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027




RUMUSAN 1Bicara Profesional 2: Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027)
Disampaikan oleh YBrs. Puan Hjh Nooraini binti Kamaruddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum (PBPK)
1. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dijenamakan semula kepada Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027), dengan pendekatan yang lebih ringkas dan mudah

2. KP2027 meliputi semua peringkat pendidikan: Prasekolah, Sekolah Rendah, Menengah Rendah, dan Menengah Atas dalam satu pakej kurikulum bersepadu

3. Pelaksanaan KP2027 akan bermula pada tahun 2027 bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1

4. Bagi Prasekolah, pelaksanaan KP2027 akan bermula pada tahun 2026 sebagai persediaan kesinambungan pembelajaran murid ke Tahun 1

5. Kohort murid Prasekolah 2026 akan menjadi kumpulan pertama yang mengikuti KP2027 di Tahun 1

6. Kursus Orientasi Kurikulum untuk guru Prasekolah akan dilaksanakan pada tahun ini

7. Tahap 1 (Tahun 1 dan Tahun 2) akan memberi fokus kepada Literasi, Numerasi, dan Pembentukan Karakter (PK)

8. Pada akhir Tahap 1, akan diadakan Semakan Kemajuan untuk memastikan murid menguasai literasi dan numerasi
 9. Bilangan mata pelajaran di Tahap 1 akan diminimumkan; contohnya, subjek Sains tidak akan diajar di Tahun 1

10. Beberapa mata pelajaran akan memerlukan dua orang guru mengajar secara kolaboratif dalam satu kelas, terutamanya di Tahap 1

11. Guru perlu mengamalkan kolaborasi aktif, yang lebih memudahkan pelaksanaan KP2027 di peringkat awal

12. Pakar psikologi dan perkembangan kanak-kanak menyatakan umur 8–9 tahun ialah tempoh paling sesuai untuk menilai penguasaan literasi dan numerasi

13. Bagi murid yang belum menguasai literasi dan numerasi, guru pemulihan akan memberikan intervensi yang sesuai
 14. Tahap 2 akan menambah sedikit bilangan mata pelajaran, dengan tumpuan kepada aplikasi kemahiran, pengetahuan, nilai, dan PK (Pembentukan Karakter)
 15. Tahap 3 pula akan ditambah lagi bilangan mata pelajaran, dengan fokus kepada kemahiran analisis, inovasi, dan PK
 16. Pentaksiran di Tahap 1 hanya sehingga TP3 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat). Tahap seterusnya TP akan ditingkatkan
 17. Menengah Rendah (Tingkatan 1–3) akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka pelbagai bidang seperti seni dan muzik
 18. Jadual waktu semua mata pelajaran akan distandardkan tanpa keperluan jam minimum, menjadikan semua sekolah menggunakan struktur dan peruntukkan waktu yang sama

19. Mata pelajaran di Tahap 1 ialah BM, BI, MT, PJ, PAI/PM, dan Pembelajaran Bersepadu

20. Pembelajaran Bersepadu (6 waktu seminggu) mengandungi elemen sains, kesihatan, muzik, seni, digital, dan TVET, dengan pendekatan Project-Based Learning (PBL) atau Pembelajaran Bertema

21. Contoh Pembelajaran Bersepadu: Belajar bahagian badan melalui aktiviti menyanyi, melukis, dan lain-lain yang menggabungkan pelbagai elemen pembelajaran

22. Nama Pembelajaran Bersepadu dicadangkan sebagai Alam dan Manusia, dengan modul khas untuk panduan guru

23. Ujian rintis menunjukkan kedua-dua kumpulan guru, dengan atau tanpa modul, dapat melaksanakan aktiviti ini dengan baik apabila guru berkolaborasi

24. Mata pelajaran baru: Bahasa Isyarat Malaysia (pilihan) untuk sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Pendengaran

25. Bahasa Arab Komunikasi ditawarkan di sekolah menengah sebagai pilihan

26. Pembentukan Karakter (PK) diperuntukkan 60 minit seminggu dalam jadual waktu dan diselaraskan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling (B&K)

27. Bagi Prasekolah, PK dilaksanakan sepanjang waktu persekolahan, terutama semasa rutin harian, dalam bentuk amalan, bukan perbincangan

28. Untuk guru, latihan KP2027 akan bermula secara dalam talian (e-learning) bagi memudahkan pemahaman, diikuti dengan sesi bersemuka untuk pengukuhan

29. Kurikulum sedia ada akan terus digunakan sehingga tahun 2031, sementara kohort KP2027 hanya melibatkan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2027

30. Dokumen Penjajaran 3.0 yang telah dipermudahkan diharap menjadi rujukan utama guru berbanding DSKP



RUMUSAN 2CO-TEACHING AKAN MULA DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2027Rumusan video, dipetik dan dikemaskini daripada catatan Facebook Ts. Haslinda Hassan, Unit Pengurusan Penyampaian (DMU) KPM
1. Tahap persekolahan di sekolah rendah disusun semula:
Prasekolah Tahap 1 (Tahun 1-2) Tahap 2 (Tahun 3-4)Tahap 3 (Tahun 5-6)
2. KP2027 Prasekolah akan bermula pada 2026. Kohort Prasekolah inilah yang akan memulakan KP2027 ketika mereka masuk Tahun 1

3. Kurikulum Prasekolah telah dibangunkan bersama-sama dengan Kurikulum Tahun 1 supaya ada kesinambungan dan tidak berlaku jurang (gap) antara keduanya. Hal ini akan menyelesaikan kemelut Prasekolah belajar main, tetiba Tahun 1 sudah kena pandai membaca

4. Input daripada Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak menyatakan bahawa kanak-kanak secara puratanya mencapai kematangan kognitif pada usia 8-9 tahun. Justeru, dalam KP2027, Literasi dan Numerasi hanya akan diuji selepas Tahap 1

5. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dijenamakan kepada Dokumen Kurikulum sahaja yang lebih ringkas. 

6. Satu mata pelajaran baharu iaitu "Alam dan Manusia" (nama yang dicadangkan) yang menggabungkan ELEMEN Sains, Kesihatan, Muzik, Seni, Digital, dan TVET akan diperkenalkan. Sudah tiada mata pelajaran yang banyak, dan diajar berasing-asingan. Hal ini kerana kanak-kanak melihat dunia secara interconnected. Murid-murid tidak mampu mengaitkan pembelajaran kalau diajar berasingan. Pembelajaran Bersepadu ini disusun secara tematik (bertema) dan dilaksanakan secara Project-Based Learning (PBL). Mata pelajaran "Alam dan Manusia" ini akan diajar secara co-teaching.
7. Semua mata pelajaran tidak lagi diberikan Jam Minimum Setahun. Penambahbaikannya ialah penggantian dengan jadual waktu standard yang akan dibekalkan. Semua sekolah akan ada masa persekolahan yang sama. Silibus sama, masa pun patut sama. Mudah jugak untuk nak kira perjawatan nanti

8. Latihan kepada guru iaitu Kursus Orientasi KP2027 akan mula disampaikan mulai tahun ini. Ada dua kaedah; secara dalam talian, kemudian secara bersemuka. Dengan cara ini diharapkan semua guru tidak terlepas latihan, dapat pengukuhan, dan boleh latih guru baru tanpa pencairan

9. Sekolah yang ada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pula akan tawarkan mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Inisiatif ini untuk merealisasikan inklusiviti. Kita mahukan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) boleh berkomunikasi dengan semua warga sekolah mereka; bukan hanya dengan rakan sekelas sahaja. Menarik

10. Pembentukan Karakter bukan mata pelajaran tetapi berbentuk program sahaja. Dilaksanakan hanya 60 minit seminggu dan akan dimasukkan dalam jadual waktu

KP2027 berhasrat membangun KURIKULUM BERASASKAN STANDARD, BERORIENTASIKAN KOMPETENSI. Ini akan dilaksanakan dalam mata pelajaran kurikulum baru ditambah dengan program Pembentukan Karakter ini nanti

11. Yang mungkin kita terlepas pandang ialah pelaksanaan kurikulum sedia ada. KP2027 hanya akan dilaksanakan kepada murid Tahun 1 & Tingkatan 1 2027. Murid yang lain akan meneruskan kurikulum sedia ada sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2031

Jadi, bagaimana dengan kurikulum sedia ada ini

Penyelesaiannya, BPK telah menyediakan Dokumen Penjajaran Kurikulum 3.0 untuk meringkaskan lagi DSKP. Malah, disyorkan sebagai pilihan utama berbanding DSKP sedia ada

[DOWNLOAD] Muat Turun Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027
Muat turun format PDF: https://www.moe.gov.my/kurikulum-persekolahan-2027Muat turun format JPG: https://t.me/CikguHaseni
Pautan Video Penuh Taklimat KP2027
Video di Youtube: https://www.youtube.com/live/bDlK6eph5To?si=oFw9YQfKEGGd4wsx
Streamed live di channel Youtube Institut Aminuddin Baki KPM pada 23 Januari 2025

Sumber:
https://www.moe.gov.my/kurikulum-persekolahan-2027




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikguhijau.com/2025/02/rumusan-kurikulum-persekolahan-2027.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Wait Until 2027 To Give Teachers More Autonomy Govt Told

Don T Wait Until 2027 To Give Teachers More Autonomy Govt Told

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 108 hits
Last year education minister Fadhlina Sidek said that teachers would be granted greater autonomy in rolling out new curriculum by 2027 PETALING JAYA An academic has urged the government to grant teachers greater autonomy in terms of rolling...
Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 139 hits
The truck sector has been expecting and Stellantis finally reveals the true rumors that it is going to launch a mid size pickup under the Ram brand The Ram brand has long had a gap in its lineup which this new model will aim to capture with...
Pembahagian Minggu Persekolahan 2025

Pembahagian Minggu Persekolahan 2025

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 138 hits
Sesi Akademik 2025 26 Pembahagi minggu persekolahan tahun 2025 ini sesuai digunakan dalam Fail RPH Fail Jadual Guru Ganti atau sebarang fail yang menyimpan dokumen harian sepanjang tahun Bahan ini direka khas untuk guru guru yang mengajar d...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi