Rumusan


 Baca petikan berikut dengon teliti, kemudian buat rumusan tentang manfaat-manfaat ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
 
         Belakangan ini, kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekonomi yang sedang pesat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonorni digital. Ekonomi bentuk baharu ini yang diumurnkan sendiri oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada berbentuk konvensional dengan menjual produk-produk mereka di premis-premis perniagaan kepada premis perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada melalui laman sesawang, blog mahupun laman sosial yang lain telah menjadi trend baharu perniagaan yang dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah.

 
         Ledakan teknologi lnternet sejak pertengahan tahun 1990-an telah mengubah tingkah laku manusia termasuklah dalam urusan jual beli. Melalui pendekatan ekonomi digital, urusan. jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah turut dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana sesiapa sahaja boleh berusan juat beli tanpa perlu pergi ke prermis-premis perniagaan untuk membeli produk yang dikehendaki. Pengenalan konsep e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport  barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh sebab kerajaan menyedari kepentingan ekonomi digital ini, keraiaan telah melancarkan inisiatif ekonomi digital melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22 Mac 2017.

 
        Kombinasi antara alam maya dengan alam nyata mampu mencetuskan ledakan ekonomi yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu ditingkatkan lagi, dan pada masa yang sama para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya rnelalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu, pendekatan baharu seperti ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa ini yang lebih cenderung untuk menjalankan sebarang urusan termasuklah jual beli secara  maya. Melalui ekonomi digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia yang melibatkan pertumbuhan eksport barangan sebanyak RM 112 bilion merjelang tahun 2025.

 
Sebelum ini, pelbagai masalah telah menyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan teknologi yang rendah, kekurangan modal dan pembiayaan, serta masalah lokasi. Hal ini meniadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disumbangkan oleh PKS.  Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi ,digital, KDNK Malaysia melalui PKS pada masa & iradapan bolelr ditingkatkan kepada 80 peratus. Hal ini berlaku demikian kerana PKS j uga boleh memasuki pintu gerbang perniagaan global sehingga dapat merancakkan lagi sektor berkenaan. Keadaan ini seterusnya telah membuktikan bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar. Kemajuan dalam industri PKS sedikit sebanyak dapat menangani migrasi penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka turut mampu menjalankan perniagaan di desa dan kampung tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar.

 
 
 
 
 
 
 
 
PENDAHULUAN RUMUSAN:- ( 2 MARKAH)

Pendahuluan

AYAT PENDAHULUAN

MARKAH

P1

Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / Kelebihan- kelebihan / faedah-faedah ekonomi digital kepada negara kita / Malaysia.

2 M

P2

Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / kelebihan- kelebihan / faedah-faedah ekonorni digital dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

2 M

P3

Rumuan membincangkan kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan /

kelebihan-kelebihan / faedah-faedah ekonomi digital dan kekangan-kekangannya.

2 M

P4

Petikan / Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / kelebihan-kelebihan / faedah-faedah ekonomi digital.

1 M

P5

Petikan mernbincangkan kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / kelebihan-kelebihan / faedah-faedah ekonomi digital dan kekangan-kekangannya.

1 M

P6

Petikan / Rumusan membincangkan manfaat-manfaat ekonomi digital.

1 M

 
ISI TERSURAT- MANFAAT-MANFAAT EKONOMI DIGITAL  ( 12 MARKAH)

BIL

ISI

MARKAH

1

Enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia

2 M

2

Dapat menjanakan pendapatan tarnbahan kepada mana-rnana pihak termasuklah suri rumah.

2 M

3

urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah

2 M

4

Dapat rnenjimatkan masa para pembeli

2 M

5

Memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan

2 M

6

Para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya melalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut

2 M

7

Ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa ini

2 M

8

Dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia

2 M

9

KDNK Malaysia melalui PKS pada masa hadapan boleh ditingkatkan kepada 80 peratus.

2 M

10

Ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar

2 M

 
 
  Namun begitu terdapat kekangan-kekangan ekonomi digital apabila masyarakat sendiri tidak faham kebaikan ekonomi digital dan bank sendiri tidak mahu memberi pinjaman kepada golongan belia yang berminat untuk menyerta ekonomi digital.

 
KAEDAH MENULIS PENUTUP RUMUSAN:-

Kata Kesimpulan

Ayat Cadangan/ Pihak terlibat

Kata hubung

Ayat harapan

 
Konklusinya,




kita hendaklan memanfaatkan ekonomi digital  ( 1markah

 
agar / supaya




ekonomi negara kita seiring dengan negara maju.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://muinmohsein.blogspot.com/2020/10/rumusan_7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumusan Perutusan Khas Pm Abah Akan Mula Merotan

Rumusan Perutusan Khas Pm Abah Akan Mula Merotan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 283 hits
Pastinya ramai ternanti nanti dengan perutusan khas PM mengenai situasi semasa Covid 19 di negara kita Ramai ternyata kecewa dengan perutusan tersebut yang ternyata hanyalah nasihat kepada rakyat mengenai sop membendung gejala Covid 19 yang...
Rumusan

Rumusan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 276 hits
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah bersukan dan cabaran yang dihadapi untuk memajukan sukan negara Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Sukan ialah segala kegiatan yang meme...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine