Rumusan


 
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah bersukan dan cabaran yang dihadapi untuk memajukan sukan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini ialah olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan squasy.

Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan bersukan ini harus bermula dari bangku sekolah lagi khususnya dari peringkat remaja. Ibu bapa turut bertanggungjawab dalam usaha membentuk peribadi anak yang bersukan sejak dari peringkat awal lagi. Ibu bapa juga perlu mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan cara membeli peralatan sukan yang diminati anak, memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.

Banyak faedah yang diperoleh remaja sekiranya mereka aktif bersukan. Faedah bersukan yang utama ialah dapat mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sukan juga penting bagi melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Dengan kegiatan bersukan, remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan menarik.

Kegiatan bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan atau keluarga pada setiap pagi, petang atau hujung minggu. Dengan mengisi masa lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap kesihatan diri, malah mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bukan itu sahaja, remaja juga dapat menghindari masalah sosial yang kian meruncing belakangan ini. Seterusnya, kegiatan bersukan penting untuk menyemai semangat permuafakatan dan kesukanan dalam kalangan remaja yang berbeza latar belakang.

Dewasa ini kita dapat menyaksikan banyak orang yang telah menceburi bidang sukan pilihan mereka untuk dijadiakan platform membina kerjaya. Sukan bukan sekadar riadah sematamata kerana sukan juga merupakan bidang yang mampu menjana pulangan yang lumayan. Hal ini dapat dicapai sekiranya sukan diceburi secara serius. Sebenarnya sukan merupakan saluran paling berkesan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Dalam acara sukan, atlet yang terdiri daripada pelbagai kaum bekerjasama untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan kepada pasukan, negeri atau negara yang diwakilinya.

Walaupun terdapat segelintir remaja yang tidak meminati sukan dan tidak melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum, usaha untuk menarik minat golongan ini haruslah kekal berterusan, bak kata pepatah, “genggam bara api biar sampai jadi arang”. Jadikanlah kegiatan bersukan itu sebahagian daripada kehidupan kita.

 

Soalan Pemahaman : Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata peringkat awalberdasarkan petikan .                                     [2 markah] (ii) Pengarang menyatakan beberapa usaha ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti sukan. Nyatakan usaha-usaha tersebut.                                                                                        [3 markah] (iii) Andaikan anda sebagai atlet sukan sekolah dan bergiat aktif dalam sukan bola sepak, bagaimanakah caranya untuk anda meningkatkan lagi kebolehan anda dalam bidang sukan tersebut. Kemukakan pendapat anda.                                                                                                                               [4 markah]

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://muinmohsein.blogspot.com/2020/10/rumusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumusan Perutusan Khas Pm Abah Akan Mula Merotan

Rumusan Perutusan Khas Pm Abah Akan Mula Merotan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 310 hits
Pastinya ramai ternanti nanti dengan perutusan khas PM mengenai situasi semasa Covid 19 di negara kita Ramai ternyata kecewa dengan perutusan tersebut yang ternyata hanyalah nasihat kepada rakyat mengenai sop membendung gejala Covid 19 yang...
Rumusan

Rumusan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 382 hits
Baca petikan berikut dengon teliti kemudian buat rumusan tentang manfaat manfaat ekonomi digital dan kekangan kekangannya Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Belakangan ini kerajaan amat menekankan satu lagi caba...
Samsung Wallet Cashback Get Rm5 This Merdeka

Biodata Qistina Rania Pelakon Cantik Dari Kelantan

Kebaikan Memasukkan Bawang Putih Dalam Nasi

Building Products That Retain Users

Make Over Bedroom Barang Barang Dah Sampai

Ideas Baked Beef Chili Relleno Recipe

Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti Buli Azalina


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Pemuda Umno Pahang Jangan Jadi Penonton Bisu

Ronaldo Jadi Tumpuan Aksi Separuh Akhir Piala Super Saudi Di Hong Kong

Dua Malam Layan Tiga Lelaki Dalam Hotel

Pembangkang Tunggang Teruk Kes Zara Terpaling Tahu Hingga Fitnah Orang Lain

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap