Rumah Untuk Si Miskin Tetapi Yang Kaya Pula Kaut Untung


 
V Sanjugtha -August 3, 2022 
Penjualan rumah kos rendah kepada pelabur menunjukkan ketirisan dalam program subsidi kerajaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Rumah kos rendah disubsidi kerajaan sekalipun tidak terlepas daripada cengkaman pihak yang mahu mengambil kesempatan mengaut untung.
Banyak kediaman seumpama itu telah pantas dibeli sehingga dua kali ganda harga asalnya seterusnya mengakibatkan rumah berkenaan langsung tidak lagi mampu dimiliki golongan B40 seperti sepatutnya.
Ini menjadi amalan biasa dalam pasaran sekunder dan lelongan, kata Pengurus Besar PropertyGuru Data Sense Joe Thor.
Beliau menganggarkan sekurang-kurangnya 30% pembeli dalam pasaran subjualan bagi rumah kos rendah dan sederhana sebenarnya adalah pelabur.
Dalam pasaran lelong, kebanyakan pembeli adalah pelabur. Setiap satu daripadanya mungkin memiliki beberapa hartanah kos rendah yang kemudian disewakan dengan kadar tinggi kepada pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin.
Ini seterusnya meletakkan kediaman yang sepatutnya hanya untuk rakyat Malaysia dalam pasaran terbuka.
Data PropertyGuru menunjukkan nilai rumah kos rendah hingga sederhana meningkat 220% hingga 230% kira-kira 35 tahun selepas jualan pertama.
Thor menjelaskan, kediaman ini lazimnya naik nilai harganya disebabkan subsidi yang diberikan kerajaan.
Kerajaan mengenakan moratorium terhadap penjualan kediaman bersubsidi, tetapi ini biasanya hanya untuk tempoh lima atau 10 tahun. Sebaik memasuki pasaran, nilainya pantas melonjak malah adakalanya sehingga 95% bagi rumah berusia 20 tahun.
Ini seterusnya menarik pelabur dengan ada antara mereka sanggup membuat bayaran secara tunai.
Felo Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Shankaran Nambiar, menyifatkannya sebagai “ketirisan” dalam sistem dan berkata, perumahan disubsidi akhirnya akan memanfaatkan golongan kaya, bukannya orang miskin yang lebih memerlukannya.
“Kelompok rumah kos rendah akan berkurangan (jika ini dibiarkan berterusan),” katanya kepada FMT Business.
Tinjauan di sebuah syarikat lelongan hartanah menunjukkan banyak hartanah kos rendah hingga sederhana di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang tersenarai untuk dilelong telahpun dibeli, namun pembelinya tidak memenuhi profil B40.
Data daripada jurulelong mendedahkan pembeli sama ada sudah memiliki beberapa hartanah, atau melibatkan syarikat pelaburan hartanah yang membuat pembelian bagi tujuan menyewa. Ramai daripadanya berpengalaman luas dalam proses lelongan.
Malah kediaman yang tertakluk di bawah moratorium jualan – ada antaranya termasuk dalam skim kediaman kos rendah Rumawip dan Rumah Selangorku – turut dijual.
Dalam jawapan bertulis kepada FMT Business, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Juhari Ahmad berkata, tiada sekatan atau syarat diletakkan untuk penjualan hartanah seperti itu dalam lelongan awam.
“Bagaimanapun, sebagai agensi yang bertanggungjawab memantau harga, khususnya bagi segmen kos rendah, kami mewajibkan pembida yang berjaya supaya mendaftar dan mengisytiharkan bahawa hartanah mereka telah dibeli melalui lelongan awam apabila mahu memindahkan hak milik,” katanya.
Ahli Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Khairudin Abd Hali bagaimanapun memberitahu FMT Business bahawa syarat tertentu perlu dipenuhi di bawah Pendaftaran Hak Milik sebelum pemilikan hartanah yang disenaraikan sebagai “kos rendah” boleh dipindahkan kepada pihak lain.
Bagi memastikan pemindahan berjaya dilakukan, pemilik baharu mesti mematuhi syarat berkaitan, antaranya pendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan, selain pembeli tidak boleh memiliki hartanah lain.
Khairudin yang juga pakar industri dan profesor di Fakulti Alam Bina Universiti Malaya berkata, kerajaan perlu menyemak kelayakan dan dasar melibatkan rumah kos rendah.
Di bawah Bajet 2022, sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan untuk perumahan kos rendah, iaitu peningkatan daripada RM1.2 bilion ditetapkan bagi Bajet 2021.
Thor mendedahkan data dari PropertyGuru menunjukkan hanya satu dalam lima pembeli rumah kos rendah hingga sederhana mampu memiliki kediaman persendirian – dan di kawasan seperti Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat, mereka hanya mampu membeli flat kos rendah.
Ini mencetuskan kebimbangan terhadap nasib golongan yang kediaman mereka dilelong akibat perampasan. Data jurulelong menunjukkan sejumlah besar rumah seperti itu telah dibiayai di bawah skim LPPSA.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/rumah-untuk-si-miskin-tetapi-yang-kaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Nak Hantar Aunty Sesat Balik Rumah Sekali Dia Main Cak Cak Pula Atas Motor Rider Terus Bawa Ke Balai

Niat Nak Hantar Aunty Sesat Balik Rumah Sekali Dia Main Cak Cak Pula Atas Motor Rider Terus Bawa Ke Balai

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 288 hits
RAKYAT Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah serta saling bantu membantu malah tabiat itu dilakukan tanpa mengira kaum dan agama Seperti kisah rider penghantar makanan yang tular baru baru ini yang mana dia sanggup menumpangkan seor...
Kaya Dan Miskin Saling Memerlukan

Kaya Dan Miskin Saling Memerlukan

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 248 hits
Allah menjadikan dalam hidup manusia ada orang yang miskin dan kaya adalah perkara yang biasa kita jumpai di sekitar kita Bahawa setiap perkara yang ditakdirkan oleh Allah SWT di muka bumi ini pastilah ada hikmah di sebaliknya sama ada kita...
Warisan Kaut Untung Lebih Jika Kerjasama Dengan Pbs Kata Penganalisis

Warisan Kaut Untung Lebih Jika Kerjasama Dengan Pbs Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 355 hits
Presiden PBS Maximus Ongkili sebelum ini pernah menyatakan parti itu sedia bekerjasama dengan mana mana parti termasuk Warisan sekiranya mendatangkan kebaikan kepada rakyat Sabah KOTA KINABALU Warisan akan mendapat lebih manfaat berbanding ...
Filem Berjaya Diuji Pula Dengan Rumah Tangga Peminat Minta Syamsul Banyak Berdoa Serahkan Urusan Kepada Allah

Filem Berjaya Diuji Pula Dengan Rumah Tangga Peminat Minta Syamsul Banyak Berdoa Serahkan Urusan Kepada Allah

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 202 hits
NAMA pengarah tersohor Syamsul Yusof hangat diperkatakan apabila filem arahannya Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya meraih sambutan luar biasa penonton sejak ia ditayangkan pada 26 Jun lalu Kejayaan karya terbitan Studio Kembara Sdn Bhd...
Jangan Takut Bagi Suami Jaga Anak Cara Ika Nabella Tak Stres Urus Rumah Tangga

Jangan Takut Bagi Suami Jaga Anak Cara Ika Nabella Tak Stres Urus Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 191 hits
Dalam bab membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga tak ada istilah isteri perlu buat semuanya Isteri patut beri kepercayaan pada suami kerana ini salah satu cara untuk memastikan masa rehat untuk isteri ada walaupun sekejap Cara ini ju...
Potret Sederhana Rumah Bonge Citayam Fashion Week Yang Dikunjungi Paula Verhoeven

Potret Sederhana Rumah Bonge Citayam Fashion Week Yang Dikunjungi Paula Verhoeven

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 160 hits
Paula Verhoeven berkunjung ke rumah Bonge remaja viral yang gayanya begitu nyentrik di Citayam Fashion Week Rumahnya sederhana namun dipuji begitu nyaman dan adem oleh istri Baim Wong itu Berikut beberapa fotonya
Kebakaran Hutan Yunani Hanguskan Rumah Penduduk

Kebakaran Hutan Yunani Hanguskan Rumah Penduduk

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 147 hits
Kebakaran Hutan Yunani Hanguskan Rumah Penduduk Kebakaran hutan Yunani yang terjadi di tengah hantaman gelombang panas terus meluas dan menghanguskan rumah rumah penduduk di sekitarnya
Dato Fadzilah Kamsah Ingatkan Dalam Rumah Tangga 3 Perkara Ini Yang Bahaya

Dato Fadzilah Kamsah Ingatkan Dalam Rumah Tangga 3 Perkara Ini Yang Bahaya

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 193 hits
Dalam rumah tangga komunikasi antara pasangan sangat penting Dari situlah apa saja perbincangan boleh mendapat kata sepakat Suami boleh tahu masalah isteri isteri pun boleh faham keadaan isteri Ini kerana setiap masalah yang hadir dalam rum...
Tak Salah Pihak Luar Bantu Orang Miskin Di Kelantan Tapi Janganlah Masyarakat Hentam Kerajaan Pemimpin Kelantan Timb Mb

Tak Salah Pihak Luar Bantu Orang Miskin Di Kelantan Tapi Janganlah Masyarakat Hentam Kerajaan Pemimpin Kelantan Timb Mb

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 422 hits
Tak salah pihak luar bantu orang miskin di Kelantan tapi janganlah masyarakat hentam kerajaan pemimpin Kelantan Timb MBKerajaan Kelantan tidak menghalang mana mana pihak menyalurkan bantuan kepada masyarakat daif dan miskin di negeri itu te...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya