Rumah Ronald Mcdonald Husm Kubang Kerian Kini Telah Di Buka Untuk Peneman Pesakit


Hari ini dalam sejarah, akhirnya tarikh 23 Jun 2019 menjadi pilihan untuk di buka pintu Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan dengan seluas-luasnya. Daku sendiri sebagai salah seorang yang telah melihat rumah ini sejak dari 'butir pasir halus' hingga jadi sebuah kediaman idaman membuatkan hati sangat tersentuh!


Manakan tidak, kali pertama daku hadir adalah untuk majlis tandatangan memorandum di antara pihak RMHC (Ronald McDonald House Charity) dengan pihak Hospital USM. Setelah itu daku juga ikut serta dalam majlis bacaan doa selamat supaya semuanya berjalan dengan lancar.


Dan ini kali ke tiga daku hadir dengan tersergam megahnya sebuah rumah yang kelihatan seperti sedang tersenyum mesra menungguku datang. Dah macam lihat rumah sendiri pula lagaknya!


Apa Itu RMHC?

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) ditubuhkan pada Februari  1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan. Organisasi ini dijalankan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. 



Buat masa ini terdapat empat jenis program utama untuk terus menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Empat program tersebut adalah :

Rumah Ronald McDonaldBilik Sensori McDonaldGift Of Smile (Sumbing Bibir)Back To School (Program Kembali Ke Sekolah)

Sedikit Pengenalan Mengenai Hospital USM Kubang Kerian

Rumah Ronald McDonald (RHMC) kedua kini mula beroperasi di Hospital Universiti Sains Malaysia. Bagiku HUSM memang layak untuk dijadikan lokasi kerana Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) ini sudah mula beroperasi sebagai hospital pengajar yang memberi perkhidmatan awam sejak tahun 1983 lagi. HUSM diterajui oleh Profesor Dr. Kamaruzaman Wan Su, Pengarah pertama Hospital USM bersama dua orang timbalan serta 570 orang staf pelopor. 

Hospital USM ini telah dirasmikan oleh KDYMM AAl-Sultan Kelantan, Sultan Ismaiil Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 26 Ogos 1984. Tujuan utama penubuhan Hospital USM ini adalah untuk menjadi hospital pengajar bagi bidang Sains Perubatan, Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Ia juga menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit di samping memberi peluang kepada para penyelidik untuk menjlakan aktiviti penyelidikan.



Kini selama lebih daripada 30 tahun berkhidmat pada masyarakat, HUSM bukan hanya pakar dalam memberikan perkhidmatan untuk penduduk setempat malah pesakit dari seluruh Malaysia. Ya! Walau HUSM ini terletak di Kubang Kerian Kelantan namun ia turut sedia menerima pesakit dari negeri malah asia tenggera juga. Niat utama HUSM tidak lain dan tidak bukan adalah untuk bantu berikan khidmat perubatan pada siapa saja yang memerlukan. 
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald & Hospital USM Bergabung Demi Meringankan Beban Waris Pesakit Yang Memerlukan

Tuan Azmir Jaafar, Presiden RMHC dan Pengarah Urusan McDonald's Malaysia juga turut ada dan apabila di tanya pada beliau berkenaan Rumah Ronald McDonald, inilah jawapan yang di beri oleh beliau. ,

“Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan kerana terdapat keperluannya yang amat tinggi di HUSM yang merupakan hospital rujukan yang menerima lebih daripada 20,000 pesakit setahun. Kemudahan seperti ini penting kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan dan penginapan untuk meringankan beban keluarga pesakit, malah ia juga sedikit sebanyak memberi keluarga-keluarga ini kekuatan emosi dengan sokongan daripada keluarga-keluarga lain yang bersama-sama menemani anak mereka yang sakit.”



Manakala YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berjawatan sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia pula berkata , 

“Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di kampus Hospital USM, ahli keluarga akan sentiasa dapat bersama anak-anak mereka sepanjang tempoh mereka menerima rawatan di hospital. Ini adalah penting kerana secara tak langsung, ia akan menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediaktik dengan kadar yang pantas kerana sokongan fizikal dan emosi dari ahli keluarga.”  


Rumah Ronald McDonald Membawa Aura Sebuah Keluarga Yang Besar

Semakin daku rasa emosi adalah disebabkan oleh warga kerja dan staf dari pihak McDonalds dan juga Hospital USM yang mula dikenali sejak pertama kali bertemu dulu hingga kini. Semakin jumpa semakin akrab. Terasa sangat yang Rumah Ronald McDonald ini seperti sebuah tempat penyatuan dengan konsep keluarga yang sangat utuh.



Segala sentuhan yang dimulakan dengan hanya idea di atas kertas terus ditukar menjadi usaha demi usaha sejak dulu hingga kini. Tanpa mengira kaum mahupun status, semuaya saling berkerjasama. Dan untuk pastikan segalanya dalam keadaan penuh bersedia maka sehari sebelum tarikh pembukaan, masing-masing telah turun padang untuk sesi gotong-royong.


Penanaman 'pokok doa' turut dilakukan pada bahagian halaman tengah rumah ini. Simboliknya adalah sebagai tanda kasih penuh harapan dengan kalungan doa dari semua untuk para pesakit dan penghuni di sini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan inilah sedikit sebanyak usaha yang mampu pihak McDonald hulurkan pada masyarakat.


Majlis gotong royong ini telah dihadiri oleh ramai orang secara sukarela. Antara yang turut hadir Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim dan beliau adalah Pengarah Kampus Kesihatan USM itu sendiri. Tidak lupa juga rakan pengusaha premis McDonald's dari negeri di luar Kelantan.

Kiranya masing-masing sama-sama berganding bahu sehingga ke saat yang terakhir. Ternyata Rumah Ronald McDonald yang dibina bertujuan untuk meringankan beban keluarga sememangnya adalah sangat tepat sekali.


Kos Pembinaan Telah Menelan Belanja Sebanyak RM4 Juta 

Dengan kos pembinaan bernilai RM4 juta, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan. Antara keistimewaan tersebut adalah :

1. Terdapat 18 Buah Bilik Tidur Yang Selesa 

Jumlah semua bilik yang ada di Rumah Ronald McDonald ini adalah sebanyak 18 buah. Setiap bilik di lengkapi dengan katil double bed dan juga sebuah bilik air. Semuanya dalam keadaan bersih dan dilengkapi juga dengan sistem penghawa dingin.


Bila melihat adik yang mendapat rawatan di sini mencubanya untuk tidur, terpancar wajah malu-malu campur gembira.  Seronok kan adik? Daku sempat bersembang dengan adik ni. Maaf ku terlupa nama penyakitnya tapi yang ku ingat ia berkaitan dengan enzim dan dia ada masalah pendengaran. Nak sembang dengan dia kena cakap kuat sikit. Bila ku tanya umur katanya sedang belajar darjah 5. 

Untuk mendpat rawatan adik ini akan perlu ke HUSM dengan menaiki bas mahupun teksi bersama ibunya dek kerana tiada pengangkutan sendiri. Manakala jarak dari rumahnya ke HUSM adalah lebih kurang sejam lebih. Setiap kali pergi dan balik mesti akan belanjakan wang untuk tambang dan terpaksa juga menapak untuk mencari pengangkutan untuk pulang. Lepas ni nampaknya ibu adik ini dapat rehat dengan lebih selesa sambil tunggu adik selesai dapatkan rawatan. 
2. Ruang Menonton TV

TV juga turut ada. Kat sini para penghuni boleh berehat sambil lepaskan lelah. Apa? Ingat jaga pesakit ni tak penat ke? Sebenarnya orang yang menjaga si pesakitlah perlu rehat yang cukup. Barulah tenaga dan baktinya dapat digunakan untuk si pesakit. Ini tidak bila ada yang sakit secara tidak langsung si waris yang menjaga ikut rasa lemah dan penat.


3. Dapur

Besar! Lengkap! Bersih! Sekali lihat dah macam dapur peribadi milik tukang masak terkenal. Canggih dengan segala kelengkapan. Di sini semua penghuni dapat masak dengan bebas. Di dalam peti sejuk turut disediakan bekas mengisi bahan basah dengan nombor. Maka tak adalah masalah susah nak simpan bahan basah dan tiada juga berlaku tersalah mengambil bahan orang lain.



4. Tempat Makan Yang Selesa 

Berdekatan dengan dapur ada ruang makan yang juga luas dan selesa. Ianya bebas untuk digunakan oleh mana-mana penghuni yang ada. Di sini dapatlah dinikmati makanan yang di masak bersama-sama. Kan senang gitu. Dapat jimatkan lebih banyak belanja.



5. Ruang Rehat Konsep Terbuka Yang Luas

Ini adalah halaman yang terletak di antara semua bilik-bilik. Di sini masing-masing dapat duduk bersantai berbual dan mengambil angin untuk lepaskan penat yang ada. Kerusi-kerusi turut disediakan untuk memudahkan lagi para penghuni beriadah. Di tengah kawasan inilah 'pokok doa' di tanam.


6. Sudut BBQ

Daku sendiri bagaikan tak percaya bila terlihat beberapa dapur untuk membakar di sudut taman mini riadah ini. Seteliti ini rupanya pihak McDonalds berfikir. Ini memudahkan para waris untuk membakar makanan. Manalah tahu si pesakit yang di jaga secara tiba-tiba berhajat untuk makanan makanan yang di bakar. Maka dapatlah di masak makanan ala grill dengan senang tanpa masalah.



7. Surau

Surau untuk lelaki dan perempuan juga ada. Kedua-duanya telah diasingkan mengikut bilik yang diletakkan secara bersebelahan. Bagi kaum adam yang ingin solat berjemaah senanglah. Segala kelengkapan untuk solat seperti telekung dan sejadah telahpun siap sedia di dalamnya. Begitu juga dengan AlQuran bagi sesiapa yang ingin dekatkan diri dengan Allah sambil berdoa. Manalah tahu mustajab doa maka si anak boleh lebih sihat berbanding sebelumnya. InshaAllah.



8. Bilik Permainan

Selain daripada taman permainan di halaman, bilik permainan secara indoor juga ada. Mudahlah untuk adik-adik bermain. Kat sini turut disediakan sebuah TV untuk tontonan adik-adik. Anak-anakku sendiri rasa happy berada di dalam bilik ini. Apa tidaknya berwarna warni.. cantik sangat!



9. Taman Permainan

Inilah taman permainan mini yang ku sebutkan tadi. Di sini ditempatkan sebuah gelongsor sederhana tinggi untuk dinikmati oleh adik-adik. Anakku si Awwal dah tak boleh tahan. Asyik nak ulang naik turun je kerjanya. Nama pun kanak-kanak kan? Berdasarkan tindakbalas anak-anakku ternyata apa yang pihak McDonalds sediakan ini memang sangat menepati citarasa di kanak-kanak.



9. Bilik Dobi

Siapa cakap tidur kat Rumah Ronald McDonald ni tak boleh basuh baju? Bagusnya menginap di sini semua baju kotor boleh di basuh dengan mudah menggunakan mesin basuh yang telah disediakan. Tak payah lagi pening kelapa cari kedai dobi. Tak usah juga lagi bawa baju ganti terlajak banyak. Bawa saja sekadar yang mencukupi dan basuhlah nanti untuk dijadikan salin ganti. Tak perlu ke kedai dobi bermakna wang juga boleh dijimatkan. Syukur.



Rumah Ronald McDonald HUSM Turut Dilengkapi Dengan Bilik Sensori Yang Cantik!

Rumah ini juga ternyata lebih istimewa dengan adanya Bilik Sensori Ronald McDonald yang menyediakan peralatan multi deria khas yang disumbangkan kepada Hospital USM untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa.

Daku sendiri sempat melangkah masuk ke dalam bilik ini. Wah cantik sangat! Ada lampu yang bersinar, ada permainan dalam bentuk bunyi, warna dan sebagainya. Kebetulan daku pergi dengan Awwal dan Kasih, hmmm apa lagi suka bukan mainlah dua orang budak kecil ni. 

Nampak tu? Teruja sangat! Jangan kata anak-anak, daku sendiri ikut teringin nak main. Tapi bila sedar yang diri ni dah tua bangka maka pendamkan sajalah. Yang pasti adik-adik istimewa yang perlu dibantu untuk tingkatkan perkembangan diri dapat gunakan segala perlatan yang ada ini dengan penuh rasa seronok sambil belajar.



Rumah Ronald McDonald Mampu Berdiri Kerana Adanya Orang Seperti Anda


Untuk pengetahuan semua, Rumah Ronald McDonald ini berjaya direalisasikan berkat dari sumbangan RMHC Malaysia, McDonald’s Malaysia, rakan-rakan niaga, dan pelanggan-pelanggan McDonald’s yang menyumbang melalui tabung RMHC yang terletak di lebih daripada 275 restoran McDonald’s di seluruh negara. Seluruh pihak warga kerja McDonald's sememangnya sangat gembira apabila rumah ini berjaya di buka untuk menerima para bakal pengguna. 

Harga Penginapan Hanya RM5 Semalam Dan Ini  Antara Syaratnya

Percaya atau tidak, harga yang dikenakan hanyalah RM5 semalam dan antara syarat untuk membolehkan seseorang itu menggunakan Rumah Ronald McDonald ini adalah :

mestilah merupakan pesakit untukHospital USM untuk ward pediatrik (ward lain tidak boleh)si pesakit yang mendapat rawatan dari ward pediatrik itu mestilah berumur 18 tahun dan ke bawahsi pesakit yang menerima rawatan ini hendaklah yang datang dari luar kawasan Kota Bharusetelah mendapat rawatan boleh dapatkan borang dari ward pediatrik tersebutisi borang tersebut dan terus hantarkan borang tersebut ke bahagian Kebajikan Perubatan HUSMPihak Kebajikan Perubatan HUSM akan menilai dan tentukan samada layak atau sebaliknyaJika layak maka pihak Kebajikan Perubatan HUSM akan menghubungi Rumah Ronald McDonald untuk tujuan pendaftaran  




Tabung Kecil Merah Pemberi Harapan (Jom Terus Menderma!)
Jujur cakap selaku salah seorang pelanggan setia McDonald's, daku juga pernah terfikir kemanakah sebenarnya wang untuk tabung merah dihulurkan. Dan ternyata ini rupanya salah satu cara yang dilakukan. Maka secara tidak langsung di penderma akan ikut turut terkena tempias dalam mengumpul pahala.



Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital USM, Kelantan atau ingin menyumbang melalui sumbangan tunai atau bantuan sukarela boleh menghubungi cawangan RMH di PPUKM, Kuala Lumpur di talian 03-91735994 untuk keterangan lanjut.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/06/rumah-ronald-mcdonald-husm-kubang-kerian-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Usm Kubang Kerian Sudah Dibuka

Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Usm Kubang Kerian Sudah Dibuka

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 481 hits
Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Sudah DiBukaRMHC Malaysia telah mengadakan majlis gotong royong untuk menyambut keluarga pesakit pediatrik Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia dan McDonald s Malaysia dengan kerjasama Hos...
Keceriaan Keluarga Pesakit Pediatrik Terpancar Dengan Pembukaan Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Usm

Keceriaan Keluarga Pesakit Pediatrik Terpancar Dengan Pembukaan Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Usm

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 590 hits
Assalamualaikum Pada hari Sabtu Cik Nor bersama rakan blogger lain menerima jemputan dari pihak Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia untuk sama sama bergotong royong membersihkan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM yang baka...
Hadirnya Syed Junior Putera Sulung Meriahkan Rumah Tangga Abam Kini Bergelar Ayah

Hadirnya Syed Junior Putera Sulung Meriahkan Rumah Tangga Abam Kini Bergelar Ayah

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 616 hits
Tiada apa yang mengujakan bagi seorang bapa selain daripada menyambut kelahiran cahaya mata Pelawak dan pelakon Abam Bocey sambut kehadiran anak sulung yang merupakan seorang putera Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd ...
Penagih Dadah Kini Sebagai Pesakit Yang Perlu Dirawat

Penagih Dadah Kini Sebagai Pesakit Yang Perlu Dirawat

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 450 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ranking Baru Bola Sepak Dunia Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

Ranking Baru Bola Sepak Dunia Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 656 hits
Berdasarkan kemas kini terbaharu pada 14 Jun yang dibuat oleh badan FIFA Malaysia telah berjaya melonjak ke tangga ke 159 dunia Ranking itu menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke 159 mengatasi kedudukan negara jiran Indonesia yang berad...
Esports Life Tycoon Kini Dilancarkan Di Steam

Esports Life Tycoon Kini Dilancarkan Di Steam

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 190 hits
Raiser Games dan U Play Online telah melancarkan permainan E Sukan iaitu Life Tycoon di mana pemain diberi peluang untuk menguruskan pasukan sendiri Permainan ini diwujudkan melalui perkembangan industri E Sukan yang menjadi pilihan ramai p...
Mulai Kini Facebook Akan Semak Fakta Berita Malaysia

Mulai Kini Facebook Akan Semak Fakta Berita Malaysia

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 268 hits
Mulai sekarang penerbit berita di Malaysia perlu berhati hati apabila menyiarkan artikel dalam Facebook susulan pelancaran program semakan fakta pihak ketiga baru baru ini oleh platform sosial itu dengan kerjasama Agence France Presse Progr...
Tea Beng Avengers Kini Makin Popular

Tea Beng Avengers Kini Makin Popular

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 1140 hits
ADIWIRA kegemaran ramai Spiderman kini berada di Pasir Puteh tapi bukan untuk melakukan misi menyelamat nyawa sebaliknya menjual teh ais Kisah Spiderman yang menjual teh ais atau teh beng di Jalan Kelubi Jalan Pasir Puteh Kota Bharu di Pasi...
Kursus Pembelajaran Bahasa Arab Kini Ditawarkan Pada Aplikasi Duolingo

Kursus Pembelajaran Bahasa Arab Kini Ditawarkan Pada Aplikasi Duolingo

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 501 hits
Duolingo merupakan aplikasi yang membolehkan anda mempelajari sejumlah bahasa dengan proses pembelajaran interaktif Aplikasi ini nampaknya telah menambah Bahasa Arab sekaligus memudahkan pengguna mempelajari bahasa Al Quran ini Seperti kurs...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri