Rumah Kosong Rm 100 Bilion Taukeh Hong Kong




Dalam keterujaan rakyat Malaysia menyaksikan penyatuan ummah antara dua parti Melayu Islam terbesar di Malaysia, Kerajaan Pakatan Harapan pula dilihat semakin lama semakin hanyut dalam mencari jalan untuk mentadbir urus negara.
Baru-baru ini, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah mengeluarkan satu kenyataan dangkal yang amat mendukacitakan seluruh rakyat Malaysia. Dengan semberono beliau mengatakan bahawa nilai rumah (overhang unit) yang tidak terjual kini adalah sebanyak RM 100 bilion. Wow satu jumlah yang amat besar bukan?
Demi menyelesaikan permasalahan ini, YB Menteri KPKT yang bijak bestari akan mengambil langkah “proaktif” untuk menjual rumah-rumah tidak terjual tersebut kepada pembeli dari China dan Hong Kong. Alasannya mudah, mengikut pengamatan beliau yang pernah berkunjung ke dua negara tersebut, harga pasaran semasa untuk kediaman di sana adalah terlalu mahal, jadi alangkah bagusnya jika mereka boleh membeli rumah di sini.
Apabila dihujani dengan kritikan dari rakyat Malaysia, beliau segera menyalahkan Ahli Parlimen Pekan, yang juga Mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Kata Menteri KPKT tersebut, beliau telah bertindak sedemikian kerana wujudnya situasi overhang unit yang bernilai RM 100 bilion ini adalah disebabkan oleh salah tadbir dan salah urus kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa dahulu.
Zuraida Kamaruddin seperti juga rakan-rakannya di dalam Pakatan Harapan (PH) amat gemar meratibkan alasan sebegini jika tidak bertemu jalan penyelesaian terhadap isu semasa. Perkara utama yang perlu kita lihat di sini adalah, adakah benar jumlah rumah yang tidak terjual (overhang units) di Malaysia adalah sebanyak RM 100 bilion sepertimana yang dicanangkan oleh Menteri KPKT tersebut?
Menurut Pusat Makluman Harta Tanah Negara (NAPIC) yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan Malaysia, jumlah kediaman siap dibina tidak terjual pada tahun 2017 adalah bernilai sebanyak RM 15.64 bilion, manakala pada tahun 2018 jumlah tersebut meningkat kepada 32, 313 unit yang bernilai sebanyak RM 19.86 bilion. Sebuah rumah akan dikira sebagai overhang units apabila unit rumah tersebut tidak terjual setelah 9 bulan mendapat kelulusan selamat untuk didiami.
Jadi dari manakah sumber mengatakan bahawa sebanyak RM 100 bilion kediaman tidak terjual yang menjadi sumber asas Menteri KPKT untuk membuka jualan kediaman di Malaysia kepada China dan Hong Kong? Menurut satu kenyataan media dari KPKT, sumber RM 100 bilion yang mereka khabarkan itu datangnya dari REHDA (Real Estate & Housing Developer Association) sebuah persatuan pemaju hartanah dan kediaman Malaysia.
Setelah carian dibuat, penulis mendapati tiada satu sumber rasmi pun samada dari REHDA atau sayap kajian mereka REHDA Institute, yang menunjukkan data jumlah RM 100 bilion rumah tidak terjual. Malah pada kebanyakkan fakta yang dikeluarkan oleh REHDA adalah bersandarkan dapatan yang dikeluarkan oleh NAPIC.
Dalam hal ini, adakah Zuraida Kamaruddin telah berbohong dalam menyatakan nilai rumah tidak terjual adalah sebanyak RM 100 bilion dan bukannya hanya 19.86 bilion seperti mana yang telah dilaporkan oleh agensi kerajaan di bawah Kementerian Kewangan sendiri? Adakah pembohongan ini dilakukan hanya untuk menghalalkan kerajaan menjual rumah kepada warga asing secara pukal sedangkan rakyat di Malaysia sendiri terkial-kial untuk memiliki sebuah rumah?
Penulis yakin kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah pada masa sekarang disebabkan oleh kekangan ekonomi. Tambahan pula dengan harga rumah terlalu mahal yang tidak memungkinkan rakyat membeli rumah. Namun, adalah tidak bertanggungjawab untuk pihak kerajaan Malaysia khususnya KPKT menjadi penyelesai masalah kepada syarikat-syarikat pemaju besar sahaja tanpa memikirkan nasib rakyat Malaysia.
Formulanya mudah, bagi pemaju, tugas utama mereka adalah untuk mencari untung. Jika diberi pilihan untuk membina rumah mampu milik atau rumah mewah (tafsiran KPKT rumah mewah adalah rumah yang bernilai 1 juta ke atas), sudah tentu mereka akan memilih untuk membina rumah mewah. Mungkin disebabkan salah perkiraan, terlalu banyak rumah mewah telah dibina, permintaan rendah tetapi bekalan tinggi, seharusnya harga hartanah yang terlalu mahal kini dapat diturunkan.
Jika KPKT atau Kerajaan Malaysia sendiri menyokong usaha menjual hartanah Malaysia kepada rakyat asing, harga rumah sememangnya tidak dapat turun. Akhirnya, rakyat negara ini, tidak kira bangsa, ras, agama, warna kulit dan faham politik, akan terus menderita dek kerana tidak berupaya untuk memiliki rumah, sekalipun menyewa di negara mereka sendiri.
Penulis yakin, YB Menteri Perumahan berniat baik dalam membantu rakan-rakan dari kalangan pemaju untuk menyelesaikan permasalahan mereka, namun disebabkan kurang ilmu, langkah yang diambil bakal menjadikan bangsa Malaysia bangsat di negara sendiri. Disarankan YB Menteri KPKT dalam kesibukkan mentadbir kementerian agar dapat meluangkan masa mengambil kursus-kursus jangka pendek dalam bidang ekonomi atau hartanah yang ditawarkan oleh Universiti & Kolej di mana-mana tempat di Malaysia.
Kami faham YB Menteri KPKT masih lagi tercari-cari sijil lama dari National University of Singapore atau mana-mana institusi pengajian tinggi untuk membuktikan bahawa beliau sudah bergraduasi. Namun ingin penulis katakan di sini, sijil tersebut tidak begitu penting untuk waktu sekarang, yang sangat diperlukan adalah ilmu dalam bidang yang ditadbir supaya rakyat Malaysia tidak tersiksa dengan kedangkalan idea dan cadangan lesu dari YB Menteri KPKT.
Oleh Tun Seri Lalang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/16/rumah-kosong-rm-100-bilion-taukeh-hong-kong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Utamakan Rumah Rakyat M Sia Bukan Hong Kong China Reach

Zuraida Utamakan Rumah Rakyat M Sia Bukan Hong Kong China Reach

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR 13 Sept Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin digesa mempertimbangkan semula cadangan menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah khas bagi pembeli di China dan Hong Kong Ketua Penyelaras Pusat Sumber untuk Kemajua...
Lebih 100 Menu Untuk Dipilih Di Eatz Hong Kong The Garden Mall

Lebih 100 Menu Untuk Dipilih Di Eatz Hong Kong The Garden Mall

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 473 hits
Kepada mereka yang ingin merasakan sesuatu yang baru korang boleh lah berkunjung ke Eatz Hong Kong yang terletak di The Gardens Mall Sebenarnya ni merupanya outlet mereka yang pertama Jadi aku berkesempatan untuk merasakan sendiri pengalama...
Ph Kempen Milik Rumah Warga China Hong Kong Zuraidah Tawar Migrasi

Ph Kempen Milik Rumah Warga China Hong Kong Zuraidah Tawar Migrasi

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 362 hits
Apakah Zuraidah Menawarkan Migrasi Besar Besaran Orang China Ke Malaysia Posted by SnapShot at 9 18 2019 Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT Zuraidah kerajaan Pakatan Harapan a...
Iskandar Ingatkan Zuraida Bukan Menteri Perumahan Hong Kong

Iskandar Ingatkan Zuraida Bukan Menteri Perumahan Hong Kong

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 221 hits
MALAYSIAKINI Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan Iskandar Abdul Samad mengingatkan Zuraida Kamaruddin supaya memainkan peranannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk rakyat Malaysia dan bu...
Jokowi Kabulkan Permohonan Ekstradisi Pemerintah Hong Kong Untuk Wn Prancis

Jokowi Kabulkan Permohonan Ekstradisi Pemerintah Hong Kong Untuk Wn Prancis

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 172 hits
Jokowi Kabulkan Permohonan Ekstradisi Pemerintah Hong Kong untuk WN Prancis Penyerahan ini menunjukkan adanya komitmen yang tinggi dari Pemerintah RI untuk ikut serta secara aktif dalam pemberantasan kejahatan lintas negara melalui kerjasam...
Isyarat Tangan Ini Bangkitkan Berontak Demontrasi Di Hong Kong Benarkah

Isyarat Tangan Ini Bangkitkan Berontak Demontrasi Di Hong Kong Benarkah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 396 hits
Sebuah video dan poster menunjukkan isyarat tangan seorang gadis OK minta tolong secara halus Kisah Isyarat tangan OK Pun Membuat Kerajaan China Resah Tak OK Ada 6 Kisah 1 Kisah Seorang Gadis VIDEO yang menunjukkan seorang gadis menggunakan...
Eatz Hong Kong The Garden Mall Menyajikan Pelbagai Jenis Menu Makanan Yang Sedap

Eatz Hong Kong The Garden Mall Menyajikan Pelbagai Jenis Menu Makanan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 857 hits
hai assalammualaikumEatz Hong Kong The Garden Mall Selalu sangat dah makan makanan Korea Thailand Jepun apa kata tukar pulak sesekali makan makanan Hong Kong pulak Yes Hong Kong ye guyss tak terfikir macam mana makanan diaorang kan sebab ja...
Hong Kong Police Protesters Clash

Hong Kong Police Protesters Clash

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 328 hits
Anti government protesters clash with riot police during a march at Tuen Mun Hong Kong Reuters photo HONG KONG Riot police and protesters in Hong Kong fought brief skirmishes near the Chinese border yesterday the latest clashes during huge ...
19 Kali Bobol Rumah Kosong Di Mojokerto Nur Haji Ditembak Polisi

19 Kali Bobol Rumah Kosong Di Mojokerto Nur Haji Ditembak Polisi

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 293 hits
Nur Haji warga Desa Brangkal Kecamatan Balongpanggang Gresik spesialis pembobol rumah kosong ditembak polisi karena melawan saat ditangkap Pelaku diringkus petugas usai mencuri di kawasan perumahan Wates Kota Mojokerto Minggu dini hari
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah