Rumah Kelahiran P Ramlee George Town Street Art Bukit Bendera
Hello pembaca kesayangan,
Ada yang merancang bercuti ke Penang tak sempena dengan Cuti-Cuti Malaysia hujung tahun ni? Kalau berada di Penang, jangan lupa ke lokasi-lokasi yang Misz-ella kongsikan di sini.
Kalau ke Penang, haruslah sarapan pagi dengan Roti Goyang di Jalan Transfer. Gerai biasa-biasa tepi jalan je tapi roti canai dia memang sangat sedap dan kita boleh pilih kalau mahu makan dengan Kari Ayam. Selain dari tu, boleh jugak cuba Roti Bakar Telur Goyang. Sooo yummy! Make sure you all datang awal kalau nak sarapan di sini kerana kalau lambat sikit, kena tunggu lama lah nampaknya kerana kena beratur sangat panjang.
Lepas sarapan, kami ke Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Georgetown, Pulau Pinang. Ini bukanlah kali pertama Misz-ella melawat rumah P. Ramlee ini, dah pernah pergi beberapa tahun yang dahulu tetapi kerana rumah ini adalah khazanah negara yang berharga, kalau ada masa, why not kita singgah, kan.
Rumah kayu ini asalnya dibina oleh bapa P. Ramlee dan pakciknya pada tahun 1926. Setelah melalui beberapa proses baikpulih, akhirnya rumah ini diambil alih oleh Arkib Negara. Persekitaran rumah ini dijaga rapi dan baik. Kemas dan bersih.
Disebelah dalam ada ruang rehat, bilik dan dapur. Walaupun saiz rumah ni kecil tetapi lengkap, semuanya ada.
Di dalam kawasan yang sama juga terdapat bangunan Galeri P. Ramlee dimana semua barangan, gambar dan koleksi keratan akhbar berkenaan dengan kisah hidup beliau, filem-filem serta penglibatan lain beliau di dalam industri seni tanahair negara dipamerkan untuk tatapan umum.
Leka membaca setiap keratan akhbar. Walau dah banyak kali baca, aura beliau tetap buat Misz-ella ingin membacanya lagi dan lagi.
Sayu rasa hati berada di sini, mengenangkan bagaimana filem-filem dan lagu-lagu biduan negara yang telah pergi ini sentiasa menceriakan hidup Misz-ella dan family. P. Ramlee satu dalam sejuta, tiada tolok gantinya. Meski beliau telah lama tinggalkan kita, karya-karya beliau tetap buat kita sekeluarga gelak tawa bersama. Menitis airmata Misz-ella tatkala Lagu Engkau Laksana Bulan dimainkan. Al-Fatihah buat Arwah P. Ramlee.
Tiada bayaran masuk dikenakan dan dibuka setiap hari (kecuali Isnin, melainkan semasa Cuti Umum dan Cuti Persekolahan) dari jam 9 pagi - 5 petang.
Depan Rumah Kelahiran P. Ramlee ada warung jual Cempedak Goreng. Nama warung ni ialah Warung Nujum Pak Belalang. Ya Allah cempedak dia gemuk-gemuk, gebu-gebu ..
Dan semestinya .. sedap! Manis macam madu. Dah sampai KL pun, kami masih bercerita tentang Cempedak Goreng sedap depan Rumah Kelahiran P. Ramlee ni.
Dah habis melawat Rumah Kelahiran P. Ramlee, kami ke Kedai Kopi Viral Starbright Aunty Evelin yang tersangatlah popular di bandar George Town. Cerita lanjut ada di sini ye. Jangan lupa baca tau.
Selepas tu, kami sempat balik hotel, bersiap, check out dan jalan-jalan di sekitar George Town Street Art. Well .. sekali lagi ini bukanlah kali pertama kami ke sini tetapi Hey .. come on this is Penang .. let's enjoy what Penang has as much as possible.
Lebuh Armenian, Armenian Street, George Town, Penang is one of the most visited tourist spot in Penang *and it's my favourite place too!* Sudah berkali-kali ke sini tapi masih tak jemu lagi. Tahukah wahai pembaca kesayangan Misz-ella bagaimana Armenian Street ini mendapat namanya?
Pada asalnya, kawasan ini duduki oleh orang-orang Melayu sehinggalah bangsa Armenian mula menduduki kawasan ini pada tahun 1808. Armenia adalah sebuah negara yang terletak di kawasan pergunungan Caucasus antara Asia dan Eropah dan merupakan bekas Republik Soviet.
Pedagang-pedagang dari Armenia menduduki Pulau Pinang pada awal tahun 1800. Meskipun tidak ramai, tetapi kehadiran mereka disedari dan memberi impak yang besar pada wilayah George Town ini. Pada tahun 1822, mereka mendirikan Gereja St. Gregory di George Town manakala The Sarkies Brothers (Martin, Tigran, Aviet dan Arshak) juga dari etnik Armenia yang datang dari Isfahan, Iran mengasaskan Eastern & Oriental Hotel pada tahun 1880. The Sarkies Brothers merupakan pengasas rangkaian hotel di seluruh Asia Tenggara. Hebat 4 beradik ni kan, sampai sekarang Eastern & Oriental Hotel masih wujud lagi.
Orang-orang Armenian ini mula berhijrah ke negara lain dan meninggalkan Pulau Pinang pada tahun 1937.
Opsss! Pili Bomba you all .. nak posing macam Misz-ella pun boleh.
Atau kalau you all nak ikut gaya kartun tu pun boleh ..
Di Penang ni, benda-benda rusty macam ni pun jadi menarik dan mahu difotokan bersama, kan.
Lepas tu kami berjalan kaki memasuki lorong-lorong lain untuk mengambil gambar. Nama pun George Town Street Art, rugilah kalau tak rakamkan kenangan di sini, kan.
Ye .. saya suka Penang sebab di sini terdapat banyak bangunan warisan peninggalan sejarah yang menawan hati. Bahagia bijik mata melihat keindahannya ..
Masjid Kapitan Keling .. lawa, kan. Dekat bangunan pink tu adalah Nasi Kandar Sila Beratoq, Kami tak pi la aih .. tak larat nak makan nasi kandar hari-hari .. takut balik nanti Misz-ella tukar identiti jadi anak Mami *LOL*
Masjid Lebuh Aceh yang dibina oleh pedagang rempah dari Aceh pada abad ke 19. Kampung sahabat baik saya, Puan Sri Shariffa Sabrina ni. Sempat Misz-ella hantar gambar ni kat dia masa Misz-ella di situ ..
Antara Street Art yang popular di Lebuh Aceh.
Cats Cafe di Lebuh Aceh. Kucing betul tak da ye .. tapi cenderamata bermotifkan kucing ada dijual disini. Siapa suka kucing boleh lah beli buat cenderahati, kan.
Di George Town juga ada pelbagai rumah Kongsi atau bangunan/dewan mesyuarat dimana keluarga Cina dari suku yang sama akan mengadakan pertemuan di sini. Bangunan dia lawa-lawa dan kebanyakannya berusia hampir 200 tahun. Antara yang terkenal di George Town ini adalah Khoo Kongsi.
Dah puasa jalan-jalan, kami terus Check-In di Deluxcious Luxurious Heritage Hotel, George Town untuk berehat, mandi, tukar baju dan bersiap untuk jalan-jalan lagi. Sila refresh memori anda di sini, ye.
Lepas tu, kami ke Bukit Bendera. Kunjungan kali ni lebih best sebab berjanji untuk bertemu dengan Wanda, kesayangan Misz-ella bersama dengan anaknya, Aurora.
Wanda adalah rakan blogger Misz-ella yang dah lama Misz-ella kenali, masa dia masih pelajar Universiti lagi. Alhamdulillah setelah sekian lama, ukhuwah masih kami jaga. Tiap kali ke Penang, mesti kami akan jumpa.
Bukit Bendera tetap indah, cantik dan istimewa di hati saya. Zaman dulu-dulu, tak da Love lock bridge ni, tak ada Owl Museum, tak ada Love Walk .. yang ada hanya papantanda Penang Hills maka yang dapat kami lakukan hanyalah menghayati keindahan alam tiap kali ke sini. Zaman dah berubah, kan.
The happy go lucky Aurora ... seronok dia bermain dengan Abang Aiman dan Kak Huda
I never had enough with Bukit Bendera
Hajat hati nak makan Chick Peas yang sedap di atas Bukit Bendera ni tapi sayang gerai tu tutup so kami makan dessert di Kak Nor Cafe. Sedap !
We spent a few hours at Bukit Bendera. I love Bukit Bendera and definitely will come back to this beautiful hill again, next year.
You all, bacalah jugak blog post lama Misz-ella tentang Penang di sini. sini, di sini, sini, sini dan sini. Misz-ella dah habis berkongsi kisah di George Town ni. Nak pergi buat kerja lain pulak. Terima kasih baca ye. Bye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2019/10/rumah-kelahiran-p-ramlee-george-town.html