Rumah Dirempuh Tongkang Jiran Penyelamat Wanita Mengandung 7 Bulan



Keadaan sebuah rumah yang rosak setelah dirempuh sebuah kapal tongkang di Sungai Igan, Kampung Hilir, Sibu pagi tadi.

SIBU: Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan berdepan detik cemas apabila sebuah kapal tongkang hanyut merempuh rumahnya yang terletak di tepi Sungai Igan di Kampung Hilir di sini pagi Jumaat.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika mangsa, Sumui Hamzah, 40, sedang mandi di bilik air rumah berkenaan.
Wanita itu bernasib baik apabila jiran-jiran yang menyedari insiden itu segera menjerit meminta dia keluar menyelamatkan diri semasa kapal terbabit bergerak merempuh bahagian ruang tamu rumah berkenaan.
Difahamkan, Sumui telah menyewa rumah itu bersama suami dan tiga orang anaknya selama lebih dua tahun dan tinggal bersendirian semasa insiden berlaku.

Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninjau keadaan rumah penduduk yang rosak setelah dirempuh kapal tongkang di Sungai Igan, Kampung Hilir, Sibu pagi tadi.

Sementara itu, pihak polis yang pergi ke tempat kejadian selepas menerima laporan mendapati rempuhan kapal telah meruntuhkan dinding di ruang tamu rumah tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Wong Chee Keong berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, namun hanya mengalami kerosakan di ruang tamu.
“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati rumah pengadu yang dibina di atas sungai berada dalam keadaan condong dan hampir runtuh disebabkan rempuhan kapal tongkang berkenaan."Siasatan juga mendapati kapal tersebut telah didaftarkan atas nama Phenomenal dan berdasarkan maklumat daripada sumber lain, kapal tersebut mengalami kerosakan dan hanyut tidak dapat dikawal," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, pihak polis sedang berusaha menghubungi pemilik kapal untuk memintanya membuat laporan polis.
Tambahnya, kes itu diklasifikasikan sebagai ROA (rujuk agensi lain) iaitu untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Wanita itu bernasib baik apabila jiran-jiran yang menyedari insiden itu segera menjerit meminta dia keluar menyelamatkan diri semasa kapal terbabit bergerak merempuh bahagian ruang tamu rumah berkenaan.'

Al-hamdulillah, itulah peranan jiran yang baik. Kerana itu, agama Islam menggariskan panduan berjiran..

Konsep Jiran.

Difinisi.


Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.[1]

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.[2]

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. 
Pembahagian Jiran.
Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :

Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh[3] dan teman sejawat, ibnu sabil[4] dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. 

Hak Jiran. 

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”[5]

Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat.

Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.

Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak. 
[1] Mustafa Haji Daud (1991), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. h.56.
[2] Ibid., h.56
[3] Dekat dan jauh di sini ada pendapat yang mengertikan dengan tempat, hubungan kekeluargaan, dan ada pula antara yang muslim dan yang bukan muslim.
[4] Ibnu Sabil ialah orang yang dalam perjalanan yang bukan maksiat yang kehabisan bekal termasuk juga anak yang tidak diketahui ibu bapanya.
[5] Lihat hadith sahih riwayat Bukhari no. 5787 dan Muslim no. 47. 



Lihat sebelum ini..Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/rumah-dirempuh-tongkang-jiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapal Tunda Rempuh Rumah Wanita Sarat Tujuh Bulan Mengandung

Kapal Tunda Rempuh Rumah Wanita Sarat Tujuh Bulan Mengandung

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 513 hits
Gambar HiasanRumah yang didiami seorang suri rumah yang sedang sarat mengandung 7 bulan telah dirempuh sebuah kapal tunda Dikatakan kejadian berlaku kira kira pada jam 9 30 pagi tadi apabila dia mendengar jeritan jiran jirannya dan terus be...
Lelaki Maut Dirempuh Wanita Mabuk Naik Honda Accord

Lelaki Maut Dirempuh Wanita Mabuk Naik Honda Accord

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 526 hits
PULAU PINANG Seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang maut selepas dirempuh pemandu wanita warga China yang memandu dibawah pengaruh alkohol berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat Georgetown di sini Dalam kejadian j...
Wanita Dipenjara Akibat Kuat Membebel Dan Selalu Suruh Suami Kemas Rumah

Wanita Dipenjara Akibat Kuat Membebel Dan Selalu Suruh Suami Kemas Rumah

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 244 hits
Seorang wanita ditahan pihak berkuasa kerana sering berleter menyuruh suaminya mengemas rumah Valarie Neal 59 mengkui sering menyuruh suaminya yang juga merupakan bekas ahli bina badan untuk melakukan kerja rumah Wanita yang berasal dari ut...
Wanita Warga Emas Hilang Dari Rumah Di Semanggol

Wanita Warga Emas Hilang Dari Rumah Di Semanggol

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 409 hits
Bagan Serai Sebuah keluarga merayu bantuan orang ramai untuk mengesan ibu mereka yang dilaporkan hilang dari kediaman di Kampung Jaya Batu 10 Jalan Kerian Semanggol Sabtu lepas Anak lelaki mangsa Jantan Abu Bakar 40 berkata ibu mereka Fatim...
Terlalu Hemat Wanita Ini Hanya Habiskan 20 Ribu Sehari Selama 16 Tahun Hingga Bisa Beli 3 Rumah

Terlalu Hemat Wanita Ini Hanya Habiskan 20 Ribu Sehari Selama 16 Tahun Hingga Bisa Beli 3 Rumah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 326 hits
Hidup hemat adalah impian bagi sebagian orang demi bisa membeli sebuah barang yang diinginkan Terkadang gaya hidup yang tak seimbang dan menghambur hamburkan uang membuat gaya hidup hemat tersebut buyar Namun hal tersebut tak terjadi pada w...
29 Keluarga Menumpang Rumah Jiran Pasca Ribut Jitra

29 Keluarga Menumpang Rumah Jiran Pasca Ribut Jitra

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 380 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Wanita Ditemukan Tewas Di Hotel Pelaku Mengaku Tidak Puas Dilayani Korban

Wanita Ditemukan Tewas Di Hotel Pelaku Mengaku Tidak Puas Dilayani Korban

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 194 hits
Ridwan solihin alias Emeb bin Muhamad nasution warga Ciomas desa warung Kadu Kecamatan Pasawahan Purwakarta diringkus Satuan Reserse dan Kriminal Polres Karawang Pria berprofesi sebagai buruh bangunan di bekasi itu diduga membunuh OS Jasad ...
Waspada Lagi Tren Crosshijaber Pria Berjilbab Bercadar Masuk Toilet Masjid Di Shaf Wanita

Waspada Lagi Tren Crosshijaber Pria Berjilbab Bercadar Masuk Toilet Masjid Di Shaf Wanita

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 277 hits
Kaum perempuan sebaiknya mewaspadai crosshijaber yang sedang tren di media sosial Facebook dan Instagram Crosshijaber adalah pria berpakaian hijab lalu melakukan swafoto dan memajangnya di medsos Yang lebih parah kaum crosshijaber ini sudah...
Sikap Terpuji Tertarik Sampai Nampak Rambut 5 Pemain Lawan Lindung Wanita Betulkan Tudung

Sikap Terpuji Tertarik Sampai Nampak Rambut 5 Pemain Lawan Lindung Wanita Betulkan Tudung

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 400 hits
Dalam sukan terutama bola sepak sememangnya ditekankan untuk menghormati pihak lawan dan dilarang membangkitkan isu politik keagamaan atau bangsa ketika di dalam dan luar padang Hari ini tular sebuah video perlawanan bola sepak wanita yang ...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue