Isteri Maut Dibakar Suaminya Yang Berang Ditegur Bawa Pulang Teman Wanita Ke Rumah
Isteri maut dibakar suaminya yang berang ditegur bawa pulang teman wanita ke rumah
Seorang wanita muat dibunuh suaminya dalam insiden keganasan rumah tangga di Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia.
Mangsa yang berusia 20 tahun itu dibakar hidup-hidup oleh suaminya, Junanda, 21, setelah pasangan itu bertengkar gara-gara Junanda sengaja membawa pulang teman wanitanya ke rumah pada 31 Januari 2021.
Perbuatan Junanda itu membuatkan mangsa cemburu lalu mencetuskan pertengkaran di antara mereka yang berakhir dengan tragedi mangsa dibakar dan mengalami luka melecur 70 peratus.
Menurut fakta kes, Junanda sengaja membawa pulang teman wanitanya ke rumah pada waktu malam membuatkan isterinya yang telah dikahwini selama empat tahun itu berasa cemburu.
Meskipun tahu perbuatannya itu salah, Junanda enggan meminta maaf. Lebih teruk lagi, dia turut memarahi isterinya lalu berlaku pertengkaran di antara mereka berdua. Suspek gagal mengawal emosi, terus mengambil minyak dan menyimbah isterinya sebelum dibakar hidup-hidup.
Berdasarkan keterangan penduduk setempat, kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi. Beberapa penduduk berhampiran dengan rumah pasangan itu terdengar jeritan mangsa meminta tolong lalu bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati mangsa sedang terbakar, Tanpa membuang mangsa, mereka segera menghulurkan bantuan.
Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan kerana tubuhnya mengalami luka melecurkan 70 peratus. Penduduk juga segera menangkap suspek dan diarak beramai-ramai ke balai berhampiran. Malangnya suspek berjaya melarikan diri.
Tidak beberapa lama kemudian, polis berjaya menahan suspek. Polis terpaksa menembak kaki suspek yang melawan ketika ditahan. Setelah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, suspek dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.
Suspek bakal berdepan dengan tindakan undang-undang atas dakwaan melakukan keganasan rumah tangga dan jika sabit kesalahan boleh dihukum 10 tahun penjara. - Agensi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ceberita.blogspot.com/2021/02/isteri-maut-dibakar-suaminya-yang.html