Rumah Biru Identiti Kampung Baru Kuala Lumpur


Oleh Nadzreen Shah Mat Salim
[email protected]

Kampung Baru di tengah-tengah hutan batu dan konkrit Kuala Lumpur melambangkan kehidupan masyarakat Melayu yang unik kerana ia satu-satunya perkampungan Melayu yang wujud selepas pembangunan menyebabkan Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum kini hanya tinggal nama.
Menyusuri sejarah, kampung berusia 115 tahun dengan keluasan 378.93 hektar itu bermula dengan satu Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1990 mengenai The Malay Agricultural Settlement yang membenarkan orang Melayu membuka penempatan dan mengamalkan gaya hidup kampung.
Berikutan pembangunan pesat, Kampung Baru dihimpit bangunan moden dan pencakar langit. Ini menyebabkan ramai generasi yang ada berpindah keluar dan me­nyewakan kepada orang luar.
Justeru, usaha perlu dilakukan bagi memastikan keunikan Kampung Baru terutama seni bina yang ada dipertahankan bagi menjaga warisan Melayu dan tatapan kepada pelancong luar.
Terletak di lingkungan segi tiga emas, nilai tanah di Kampung Baru kini mampu mencecah jutaan ringgit.

Sehingga kini, tujuh kampung berada di bawah Kampung Baru iaitu Kampung Periok, Kampung Masjid, Kampung Atas, Kampung Bawah, Kampung Hujong Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah.
Keunikan dan keaslian seni bina rumah tradisional Melayu menjadi identiti Kampung Baru.
Rumah limas atau ‘rumah biru’ milik Mohd Noor Muhd Amin, 73, di Kampung Baru mempunyai keunikan tersendiri dengan seni bina tradisional.
Dengan mengetengahkan rumah tradisi limas yang asalnya boleh ditemui di Selangor, Johor dan Terengganu, rumahnya antara paling indah.
Menyingkap kisah rumah ini, katanya rumah limas yang digelar penduduk Kampung Baru asalnya dibina arwah datuk dan ayahnya.
“Datuk yang mahir membuat rumah mereka bentuk rumah limas menggunakan kayu cengal serta meranti.
“Reka bentuk mengutamakan aspek pencahayaan, pengudaraan dan keselamatan kerana rumah itu mempunyai tiang tinggi untuk mengelak banjir,” katanya.
Perkembangan semasa menyaksikan rumah limas turut mengalami perubahan kerana beberapa bahagian diganti untuk memastikan kediaman terus wujud, tapi masih mengekalkan identiti asalnya.
Lantai rumah daripada kayu digantikan dengan jubin bagi mengelak dimakan anai-anai setiap kali banjir melanda Kampung Baru.
Hiasan dalamannya masih mengekalkan perabot dan meja makan lama milik bapanya yang berusia setengah abad yang diletak di ruang tamu bersebelahan meja makan dan bilik tidur utama.
Mohd Noor juga antara penduduk paling lama di kampung ini berharap dapat menetap di rumah­nya sehingga akhir usia.
“Kawasan ini dulunya hutan dan dusun, malah orang-orang tua pernah memberitahu kelibat harimau pernah dilihat di kawasan itu.
“Selepas Sultan Selangor ketika itu mengarahkan supaya meneroka kawasan itu dan membina rumah, tempat itu mula membangun menjadi kampung,” katanya.
Katanya, banjir besar Kuala Lumpur pada tahun 1970 menyebabkan Kampung Baru ‘lumpuh’ selama dua hari.
“Mujurlah rumah ini mempunyai tiang tinggi, justeru ia terselamat daripada bencana besar itu.
“Tangga batu gaya rumah Melaka serta anjung selain tingkap berdaun sudah diwarisi sejak hampir satu abad,” katanya.
Katanya, rumah tradisi berusia 100 tahun itu meninggalkan banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan.
“Ada pihak mahu membeli rumah warisan itu, tapi saya menolak kerana wang bukan ukuran jika dibandingkan dengan nilai sentimental yang diwarisi daripada rumah itu.
“Rumah inilah mercu tanda keluarga saya dan terus diwarisi generasi akan datang,” katanya.
Dia mengakui tidak boleh menghalang pembangunan, cuma meminta kerajaan mengekal dan memulihara sebahagian rumah tradisional di Kampung Baru sebagai warisan budaya bangsa khususnya bagi orang Melayu.


Sumber: hmetro.com.my
20150620


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2015/06/rumah-biru-identiti-kampung-baru-kuala.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Western Restaurant You Must Check In Kuala Lumpur Malaysia

5 Western Restaurant You Must Check In Kuala Lumpur Malaysia

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 458 hits
5 Western Restaurant You Must Check in Kuala Lumpur MalaysiaMenonton rancangan tv dari negara negara eropah tentu membuatkan anda tertarik dengan berbagai hidangan barat yang disajikan Anda tak perlu lah sampai terpaksa mengunjungi negara t...
5 Restoran Hidangan Pizza Yang Boleh Cuba Di Kuala Lumpur Dan Petaling Jaya

5 Restoran Hidangan Pizza Yang Boleh Cuba Di Kuala Lumpur Dan Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 414 hits
Hai semua So harini Juju nak share dengan korang 5 senarai restoran yang menyajikan hidangan pizza dengan lambakan keju yang meleleh bila dicairkan dan sudah semestinya boleh membuatkan air liur korang meleleh Hehe Bila kita bercakap pasal ...
Tedi Di Pesta Buku Antabangsa Kuala Lumpur

Tedi Di Pesta Buku Antabangsa Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 399 hits
Ini panorama di sekitar 2010 Pesta ni merupakan acara tahunan dan setakat ini lokasinya tetap di Pusat Dagangan Dunia Putra atau lebih dikenali PWTC yang terletak di Jika kawan2 naik kereta boleh letak kereta di dengan bayaran RM 3 00 sekal...
Sehari Di Tasik Titiwangsa Di Kuala Lumpur Di Malaysia

Sehari Di Tasik Titiwangsa Di Kuala Lumpur Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 372 hits
Hari ini merupakan hari yang berbahagia buat aunty Yati dan pasangannya kerana hari ini hari perkahwinan mereka Kenduri diadakan di Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur Sambil makan kenduri kita boleh per...
Mesti Buat Latihan Sensori Ini Jika Jarang Bawa Anak Keluar Rumah Baru Tak Terlambat

Mesti Buat Latihan Sensori Ini Jika Jarang Bawa Anak Keluar Rumah Baru Tak Terlambat

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 360 hits
Kerapkali kita dengar ada anak sensitif itu dan ini Tak nak pijak pasir lah tak nak pijak rumput lah bahkan ada yang tahap tak nak pijak karpet berbulu pun ada Semua ni gara gara kita banyak biarkan anak bermain secara indoor sahaja Jika da...
Photoshoot Raya Konsep Rumah Kampung Di Karya Creative Batu Pahat

Photoshoot Raya Konsep Rumah Kampung Di Karya Creative Batu Pahat

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 1506 hits
Tahun lepas aku dapat merasa photoshoot raya bersama keluarga angkat dan sebahagian keluarga kandung aku di Karya Creative Studio di Batu Pahat Johor Aku ada juga buat entri pasal pre photoshoot raya dengan zera tahun lepas sempena tahun pe...
Panduan Aktivitas Di Rumah Ibadah Pada Masa Normal Baru

Panduan Aktivitas Di Rumah Ibadah Pada Masa Normal Baru

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 244 hits
Pemerintah menerbitkan panduan pelaksanaan aktivitas di rumah ibadah pada masa kenormalan baru berdasarkan kondisi penularan Covid 19 di lingkungan sekitar rumah ibadah Petunjuk pelaksanaan kegiatan di rumah ibadah tersebut tertuang dalam M...
Peraturan Baru Di Rumah Ibadah Jarak 1 Meter Hingga Surat Keterangan Aman Corona

Peraturan Baru Di Rumah Ibadah Jarak 1 Meter Hingga Surat Keterangan Aman Corona

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 331 hits
Alhamdulillah Rumah ibadah yang ditutup sementara akibat corona sekarang bisa digunakan lagi untuk beribadah secara jamaah Menteri Agama Fachrul Razi telah menerbitkan Surat Edaran Nomor 15 Tahun 2020 yang berisi tentang panduan kegiatan ke...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching