Apa Yang Berlaku Selepas Halving Bitcoin Bulan April Nanti Nak Beli Ke Nak Jual Btc



Peristiwa Halving Bitcoin keempat akan berlaku dalam masa beberapa hari lagi dan para pelabur kripto kini melihat semula peristiwa-peristiwa Halving sebelumnya untuk mempertimbangkan bagaimana situasi peristiwa Halving kali ini boleh memberi kesan terhadap harga Bitcoin.
Pada setiap empat tahun, kadar Bitcoin baharu yang dimasukkan ke dalam edaran akan dipotong separuh. Tindakan ini adalah sebahagian daripada mekanisme untuk mengelakkan impak inflasi disebabkan oleh kemasukkan jumlah bekalan (sebanyak 21 juta) yang terlalu cepat. Bitcoin terakhir dijangka akan dilombong pada sekitar tahun 2140.
Bagi para pelombong yang mengesahkan transaksi pada rantaian blok, peristiwa Halving ini akan menyaksikan ganjaran Bitcoin mereka dipotong dari 6.25 ke 3.125 bagi setiap blok. Pengurangan pengeluaran Bitcoin baharu membawa maksud bekalan juga akan turut berkurangan.

Scarlett Chai, Pengurus Negara bagi Luno Malaysia berkata, "Peristiwa Halving ini telah dibina dalam algoritma yang menggerakan rangkaian Bitcoin sebagai satu langkah nyah-inflasi dan berlaku pada setiap empat tahun. Walaupun peristiwa-peristiwa Halving sebelum ini telah menunjukkan kenaikan harga dalam tempoh setahun selepasnya, tiada jaminan bahawa peristiwa Halving kali ini boleh memberikan momentum yang sama seperti sebelumnya."
Peristiwa Halving ketiga telah berlaku pada Mei 2020, dan dua peristiwa Halving sebelum ini telah diikuti dengan kenaikan harga yang dramatik. Namun begitu, kenaikan harga tertinggi terbaru Bitcoin baru-baru ini memberi maksud bahawa kitaran kali ini berbeza dari kitaran-kitaran sebelumnya – berkemungkinan dipacu oleh minat para pelabur institusi disebabkan dari kelulusan ETF Bitcoin di Amerika Syarikat.
"Kitaran kali ini sudahpun kelihatan amat berbeza berbanding sebelumnya, dengan Bitcoin mencapai kenaikan harga tertinggi ketika menghampiri peristiwa Halving adalah pertama kali dalam sejarah," menurut Chai.
Sukar untuk dipastikan skala impak terhadap harga Bitcoin bagi peristiwa Halving akan datang ini. "Walaupun prinsip bekalan dan permintaan pastinya akan memainkan peranan terhadap harga Bitcoin, kita juga perlu memahami bahawa pasaran Bitcoin kini berbeza dengan kemasukan para pelabur institusi dan kecairan baharu dari ETF," tambahnya.
Keadaan pasaranBeberapa bulan sebelum peristiwa Halving telah menyaksikan kelulusan dana dagangan bursa (ETF) Bitcoin ‘spot’ pertama di Amerika Syarikat. Dana ini telah mengumpul lebih dari RM237 bilion (USD50 bilion) bagi aset di bawah pengurusan. Bulan Mac juga telah memperlihatkan harga Bitcoin tertinggi terbaru sebanyak RM347,400 (USD73,650) di Luno.
Bitcoin dianggap masih lagi satu teknologi dan aset kewangan baharu. Dengan kemasukan para pelabur institusi dan ETF, industri kripto kini dilihat lebih berbeza berbanding keadaannya pada lima atau sepuluh tahun lepas, dan kitaran kali ini kelihatan lebih berbeza berbanding kitaran-kitaran sebelumnya.
Imbas semula sejarah peristiwa Halving
Peristiwa Halving pertama berlaku pada tahun 2012, dengan harga Bitcoin melebihi sedikit pada paras USD12. Selepas peristiwa Halving pertama berlaku, harga Bitcoin meningkat dari USD12 ke sekitar USD1,000 pada penghujung 2023. Peristiwa Halving kedua berlaku pada 9 Julai 2016, dan Bitcoin pada kitaran ini bernilai sekitar USD640. Pada Julai 2017, harga Bitcoin meningkat sehingga USD2,550.
Peristiwa Halving ketiga berlaku pada 11 Mei 2020, dan Bitcoin didagangkan pada harga sekitar USD8,750. Dalam tempoh setahun, harga Bitcoin telah mencapai anggaran USD62,000.
Apakah maksud peristiwa Halving kepada pemilik-pemilik BitcoinSelain dari turun naik harga, peristiwa Halving tidak akan memberi kesan terhadap jumlah dan sifat Bitcoin yang disimpan. Satu-satunya impak yang akan terbit ialah ganjaran untuk para pelombong.
Ketika peristiwa Halving pada tahun 2012, alamat Bitcoin yang wujud adalah 43,000 alamat. Ketika peristiwa Halving kedua pada tahun 2016, tujuh juta alamat Bitcoin telah wujud dan kini terdapat lebih dari 46 juta alamat Bitcoin yang mempunyai lebih dari USD1 di dalamnya.
Bekalan keseluruhanBekalan keseluruhan Bitcoin tidak akan berkurangan disebabkan peristiwa Halving. Jumlah bekalan akan kekal meningkat dan akan terus berlaku sehingga ia mencecah 21 juta unit Bitcoin, sekitar tahun 2140.
Peristiwa Halving ini adalah satu mekanisme untuk mengecilkan pengeluaran Bitcoin baharu, dengan cara memotong ganjaran para pelabur – ibarat satu pendekatan untuk memastikan semua perkara berjalan lancar dan mengelak kebanjiran pasaran.
Jika anda berminat untuk beli dan simpan Bitcoin (BTC) di tempat yang selamat, anda boleh menggunakan Luno. Daftar sekarang DISINI dan mula simpan kripto untuk masa hadapan.
BACA : Cara Jual Dan Beli Bitcoin Menggunakan Luno


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2024/04/halving-bitcoin-keempat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isyarat Dagangan Emas Untuk 2 3 April 2024 Jual Di Bawah As 2 250

Isyarat Dagangan Emas Untuk 2 3 April 2024 Jual Di Bawah As 2 250

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 172 hits
Emas kini didagangkan pada harga sekitar 2 253 melebihi SMA 21 hari dan juga di atas Murray 8 8 Semasa sesi Eropah dan Amerika semalam emas mengalami pembetulan teknikal yang kuat dari tahap 2 265 ke kawasan 2 230 Logam itu meninggalkan jur...
Langsung Suspek Kes Tembak Klia Tiba Di Pgu 16 April 2024 Patut Tak Yah Bawa Balik Payah Nak Jaga

Langsung Suspek Kes Tembak Klia Tiba Di Pgu 16 April 2024 Patut Tak Yah Bawa Balik Payah Nak Jaga

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 206 hits
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dijadual tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara Petaling Jaya petang ini
Dah Tahu Durian Busuk Puloh Tahun Nak Beli Lagi

Dah Tahu Durian Busuk Puloh Tahun Nak Beli Lagi

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 229 hits
Bayangkan nak Ada dua bijik atas meja Sebiji dah sedia dikopek Dah tahu isinya tawar keras malah ada yang berulat Sebijik lagi masih tak dikopek Belum tahu keadaannya bagaimana Dalamasa yang sama kita tahu beberapa biji durian yang lain den...
Amir Jahari Jual Gitar Untuk Beli Baju Raya Anak

Amir Jahari Jual Gitar Untuk Beli Baju Raya Anak

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 141 hits
DERIK papan dipijak gema suara orang bertaranum dan mercun di halaman surau adalah perkara yang dirindukan penyanyi Amir Jahari apabila bercerita tentang makna pulang Jika Syawal diingati kerana kemeriahannya namun pemenang Anugerah Juara L...
Minuman Terbaik Untuk Kesihatan Apa Nak Beli Kat Hypermart

Minuman Terbaik Untuk Kesihatan Apa Nak Beli Kat Hypermart

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 153 hits
Minuman terbaik utk kesihatan Apa nak beli di hypermart The post appeared first on
Penembakan Mapolda Lampung 1 Ditangkap Motif Diduga Terkait Penyelidikan Jual Beli Mobil Bodong

Penembakan Mapolda Lampung 1 Ditangkap Motif Diduga Terkait Penyelidikan Jual Beli Mobil Bodong

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 122 hits
Letusan senjata di depan Mapolda Lampung bermula saat Tim Resmob sedang melakukan penyelidikan terhadap informasi jual beli mobil
Rumah Di Kampung Saja Ini Juga Rumah Sewa Nanti Ada Rumah Sendiri Insyaallah Nak

Rumah Di Kampung Saja Ini Juga Rumah Sewa Nanti Ada Rumah Sendiri Insyaallah Nak

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 135 hits
Deko rmh kampung je ni pun rumah sewa nnt ada rumah sendiri insyaAllah nak buat lagi lawa bersih Kredit Lynn Sallehin The post appeared first on
Hang Nak Makan Nasi Ayaq Dak Nanti Bokeh Ja Makan Free

Hang Nak Makan Nasi Ayaq Dak Nanti Bokeh Ja Makan Free

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 119 hits
Jelas boleh kena Akta Hasutan ni Pagi raya boleh makan ketupat dalam lokap Kuantan ni
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner