Royal Chulan Cherating Villa Percutian Keluarga


Sempena tahun baru ni aku nak update percutian kami sekeluarga. Banyak dah aku hutang post cuti ni tapi yang ni masih baru so kita share la ye.Trip kali ni memang tak plan langsung. Yang aku tau aku ambil je cuti isnin sempena ada cuti Thaipusam selasa so jadi la cuti panjang sikit. Hari Jumaat pagi laki aku pesan packing je la baju sikit tapi tak pasti lagi nak pergi mana. Hahaha dasyat ye. Kalau ikut plan asal nak ke Langkawi kena cancel lepas tu plan pergi Legoland pun kena cancel. Hahahahahha oleh sebab dah banyak kali plan asyik berubah je so aku packing baju pun cincai je la. Ye la packing beriya sekali cancel lagi kan.

Ingat nak gerak malam Jumaat tu tapi laki aku pun balik lewat juga malam tu so aku assume tak pergi mana. Redha dah kalu kena cancel plan lagi sebab dah biasa kan. hahahaahha. Beg pun tak jadi nak sambung packing. Aku tutup terus letak tepi je. Hahahha sebab kan ni la baju aku masa bercuti macam tak siap tu sebab terus tarik je beg ni. hahhahaha

Sekali esok nya awal pagi Sabtu laki aku cakap jom. Kejut je semua anak dan suruh siap. Dia kata jom ke area pantai timur. Hahahahha begitu random ye. Masa dekat highway karak ke LPT nampak signboard Cherating dengan spontan laki aku cakap macam best je pergi pantai lalu masa tu juga scroll tempat nak stay. Hahahha

Royal Chulan Cherating Villa

Maka disini la kami bermalam. Tempat yang tak plan langsung dan begitu random. On the way tu juga la singgah kedai beli pelampung tepi jalan untuk anak dan apa yang ada je la. Maklum la tak study pun kawasan macam mana. Siap berangan nak beli makanan santai tepi pantai sebab dalam bayangan biasa pantai dan laut ni banyak orang berniaga tepi pantai kan. Sekali sepanjang jalan ke sini tak jumpa langsung seperti bayangan itu. Hahahahah mungkin kami lalu jalan lain. Guna waze je kan. 

Tapi sini memang cantik sangat. Tak sangka jadi seronok trip kali ni sebab tak plan apa kan. Bila bercuti yang tak mengharapkan apa-apa ni seronok juga ye. Full of surprise gitu dan yang lagi surprise takde baju lawa nak “OOTD” tepi kolam atau pantai. Kedai baju tepi pantai pun tak jumpa yang banyak-banyak tu. Hahahaha Oleh itu terima la OOTD aku seadanya ini.


Pantai bersih dan dekat sangat dengan bilik. Bilik kami jenis “Ocean Suite” memang betul-betul dekat kolam dan pantai. Dekat juga dengan restoran. Senang nak breakfast kira sebelah bilik je. Sesiapa nak stay sini aku recommend sangat ambil “ocean suite” sebab sangat dekat dengan kolam dan pantai. Yang bilik sebelah atas tu semua kena naik turun tangga. Kena ingat kawasan ni berbukit kecuali memang nak stay bilik je taknak turun pantai. Lebih pada nak pemandangan cantik boleh la kot.  View dekat sini memang subhanallah lawa sangat.


 Nak masuk ke villa ni kena naik buggy. Kereta parking dekat dengan “Arrival Center”. Boleh refer maps atas ni. Lepas tu buggy akan ambil bawa ke lobby. Dari lobby pun kena naik buggy sampai ke bilik. Perkhidmatan buggy ni 24jam kata nya tapi bila dah masuk bilik memang dah malas la nak keluar weh. Lagi pun rasa sayang nak keluar sebab lawa betul kawasan sini.


Ocean Suite room
Ini rupa dalam bilik untuk ocean suite ni. Bagi aku cukup luas dan selesa sangat. Semua bilik dekat sini memang menghadap laut so bab ni tak perlu risau. Untuk yang ada budak kecil yang suka pool. Room type ni paling aku recommend la. Senang nak ulang pergi pool. Boleh tengok sendiri betapa dekat dan senang nya nak ke pantai dan kolam. Kalau bilik atas kena turun naik tangga tu macam tak rela je aku nak ulang alik bilik. hahaha




Balkoni bilik memang terus nampak kolam dan laut 
Makanan - Sarapan pagi dan malam

Breakfast dan dinner dekat sini sedap juga. Harga pun kira ok. Bila dah masuk sini dan rasa jauh nak keluar ke kereta nak panggil buggy bagai. Laki aku suruh je order dine in je. Lagi pun memasing memang dah kebulur main pantai dan kolam kan. Nak bersiap keluar pun malas juga. 
 Ini hasil order ketika lapar. Anak-anak tak habis ulang tanya bila makanan nak sampai. Lapar penat mengantuk semua ada. Kalau keluar pun dah tak tau dekat mana juga kedai makan. Nak mencari kedai 1 hal, itu yang pilih order je dalam ni. Lepas makan terus pengsan budak-budak ni. 

 Esok pagi nya macam biasa aku dan Asyraf je bangun untuk breakfast. Si abang tu pantang mama bangun mesti nak ngekor je. Awal aku bangun nak jalan dekat pantai dulu sebelum breakfast. Tapi yang bagus nya mama ada tukang ambil gambar kalau dia ikut. heheheh 
Pantai Cherating
Pantai Cherating ni cantik dan boleh mandi. Depan villa ni tempat orang main surfing juga. Ombak sini cantik ke tepi. Pasir pun bersih je. Lepas main pantai boleh terus mandi kolam pula. Seronok ye dekat sini. Aku rasa sangat sesuai untuk keluarga dengan anak kecil stay sini. Kawasan pun redup je tak panas mana. Nak biar anak mandi laut pun tak risau sangat sebab pantai jenis rata je. Air nampak bersih.

 




 




Boleh nampak betapa dekat nya laut. Yang belakang tu ramai orang tengah main surfing. Kebanyakkan yang main surfing tu mat saleh aku tengok. Boleh nampak clear dari pool ni. Pool pun luas dan tak ramai orang. Tak silap aku bilik sebelah atas ada private pool so mungkin sebab tu la kot tak ramai datang mandi kolam. Tapi bagus la kan bila tak ramai orang. Aku rasa memang chill dan relax gila bercuti kali ni walaupun tak prepare sangat.


 Ini pemandangan dari balkoni bilik



Ini pemandangan dari SPA tapi aku tak try pun SPA nya sebab malas pula nak tunggu dalam tu. Ni saja aku round kawasan sekitar. Murah juga pakej SPA sini dalam RM100 macam tu kalau tak silap. Ini pemandangan kalau ambil bilik kawasan atas-atas kot. Cantik juga kan.

Sekian perkongsian di Royal Chulan Cherating Villa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.athirahassin.com/2022/02/royal-chulan-cherating-villa-percutian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Keluarga Gaduh Bukan Berebut Pelanggan Selebriti Pengusaha Gerai Pasembor

Isu Keluarga Gaduh Bukan Berebut Pelanggan Selebriti Pengusaha Gerai Pasembor

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 217 hits
Isu keluarga gaduh bukan berebut pelanggan selebriti pengusaha gerai pasembor GEORGE TOWN Pengusaha gerai pasembor di Medan Renong di Padang Kota Lama menjelaskan pergaduhan antara pekerjanya dengan gerai pesaingnya tidak kena mengena akiba...
Video Mahal Sesuatu Yang Kau Tak Boleh Beli Ozlynn Puji Keluarga Suami Sebab Hormat Agama Lain

Video Mahal Sesuatu Yang Kau Tak Boleh Beli Ozlynn Puji Keluarga Suami Sebab Hormat Agama Lain

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 215 hits
Perbezaan kaum dan agama sedikit pun tidak menghalang Ozlynn dan Johan untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga besar mereka Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Ozlynn di Instagram keluarga terdekatnya yang berbangsa Cina te...
Video 6 Juta Undi Keluarga Industri Pengangkutan Darat Untuk Parti Politik Malakat Tribune 02 02 2022

Video 6 Juta Undi Keluarga Industri Pengangkutan Darat Untuk Parti Politik Malakat Tribune 02 02 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 184 hits
CYBERJAYA Kira kira 6 juta undi pemain industri pengangkutan darat bersama keluarga menanti mana mana parti politik di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Penaung Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia Datuk Na...
Keluarga Tukul Arwana Batasi Penjenguk Baik Artis Maupun Kerabat

Keluarga Tukul Arwana Batasi Penjenguk Baik Artis Maupun Kerabat

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 139 hits
Apalagi kasus Omicron sedang tinggi keluarga minta penjenguk membawa hasil tes PCR
Bapa Menangis Anak 7 Tahun Minta Masuk Tahfiz Sebab Nak Beri Syafaat Pada Keluarga Kini Dah Boleh Belanja Banyak Surah

Bapa Menangis Anak 7 Tahun Minta Masuk Tahfiz Sebab Nak Beri Syafaat Pada Keluarga Kini Dah Boleh Belanja Banyak Surah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 205 hits
VIDEO memaparkan seorang kanak kanak lelaki mengalunkan bacaan surah Al Mulk meraih pujian ramai di media sosial Kanak kanak tersebut Muhammad Aniq Wafiy Abdul Basir 9 sudah setahun menjalani pengajian di Maahad Darul Furqan Pendang Kedah d...
Sokongan Keluarga Malaysia Penting Kepada Pesakit Kanser

Sokongan Keluarga Malaysia Penting Kepada Pesakit Kanser

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 255 hits
Oleh SEMPENA Hari Kanser Sedunia hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sokongan Keluarga Malaysia kepada pesakit kanser amat penting untuk mereka terus berjuang melawan penyakit itu Dalam hantaran di laman Facebook...
Ruben Onsu Panggil Jajanan Kaki Lima Kesukaan Keluarga Ke Rumah Langsung Diserbu

Ruben Onsu Panggil Jajanan Kaki Lima Kesukaan Keluarga Ke Rumah Langsung Diserbu

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 205 hits
Ruben Onsu memanggil beberapa pedagang kaki lima ke rumahnya Semuanya merupakan makanan kesukaan keluarga Ruben Intip yuk keseruan Ruben bersama keluarga dan karyawannya menyantap jajanan kaki lima
Info Info Mengenai Bantuan Keluarga Malaysia

Info Info Mengenai Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 269 hits
Umum mengetahui mengenai satu lagi insentif bantuan kewangan dari kerajaan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia khas bagi rakyat Malaysia yang layak Proses permohonan dan kemaskini maklumat peribadi telah pun bermula dari 1 Januari 2022 hingga 3...
Jika Bicara Keluarga Zeti Sebelum Pru15 Bn Akan Menang Cemerlang

Jika Bicara Keluarga Zeti Sebelum Pru15 Bn Akan Menang Cemerlang

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 156 hits
Oleh Sirajuddin AhmadBeberapa laporan media menyatakan kertas siasatan terhadap kes keluarga Zeti Akhtar Aziz memiliki wang RM700 juta dari Jho low telah lengkap siasatan dan kini telah diserahkan kepada Peguam Negara Namun berapa kurun lag...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024