Royal Canin Galak Pemilik Kucing Rancang Lawatan Ke Klinik Veteriner Lebih Awal Dalam Tempoh Pkp


Royal Canin Galak Pemilik Kucing Rancang Lawatan Ke Klinik Veteriner Lebih Awal Dalam Tempoh PKP | Hubungan antara manusia dan haiwan peliharaan ialah ikatan yang tidak terucap, lebih daripada sekadar hubungan dan teman.  Sebagaimana kita tertarik dengan kecomelan haiwan, pemiliknya bertanggungjawab memastikan haiwan kesayangan mereka berada dalam keadaan selamat, sihat dan ria.  
Bagi menggalakkan penjagaan haiwan yang baik Royal Canin terus mendidik para pemilik unutk menyayangi haiwan dengan menjaga kesejahteraaan haiwan mereka.  Kempen Take Your Pet fo The Vet menggesa pemilik kucing dan anjing untuk membawa haiwan peliharaan mereka di periksa di klinik-klinik veterinary yang berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun, bermula pada awal usia sehingga ke usia emas haiwan peliharaan itu bagi memastikan penjagaan kesihatan berbentuk pencegahan. 
Royal Canin Galak Pemilik Kucing Rancang Lawatan Ke Klinik Veteriner Lebih Awal Dalam Tempoh PKPRoyal Canin menyarankan pemilik haiwan peliharaan membuat temujanji terlebih dahulu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Royal Canin Malaysia telah pun memperjuangkan kepentingan membawa haiwan peliharaan untuk diperiksa oleh doktor veterinar sejak 2016, dengan menekankan kebajikan kucing sejak tahun tersebut.
Untuk edisi 2021, Royal Canin Malaysia turut memberi perhatian terhadap kesihatan anjing. Kempen Take Your Pet to The Vet 2021 mendapat sokongan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,serta International Society of Feline Medicine (ISFM), sebuah bahagian veterinar dari International Cat Care.
Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia, Dr. Kavindaran Krisnasamy yang juga merupakan seorang doktor veterinar berkata: “Kita mahu mencipta impak yang lebih besar terhadap kesejahteraan haiwan peliharaan menerusi kempen Take Your Pet to The Vet tahun ini. Buat kali pertama di Malaysia, kita mengembangkannya dengan masukkan anjing peliharaan dalam inisiatif perkhidmatan awam ini.
Royal Canin Galak Pemilik Kucing Rancang Lawatan Ke Klinik Veteriner Lebih Awal Dalam Tempoh PKP

“Ramai pemilik haiwan peliharaan teruja untuk membela kucing atau anjing di dalam rumah dan menjadi sebahagian daripada keluarga. Semasa tempoh berkurung (lockdown), kami menerima maklum balas peningkatan pemilikan haiwan peliharaan. Justeru, penting untuk kita menekankan keperluan membawa haiwan kesayangan mereka ke klinik veterinar untuk pemeriksaan berkala,sebagaisatu amalan penjagaan haiwan yang baik. Pemeriksaan oleh doktor veterinar sebanyak dua kali setahun membantu pemilik mengetahui lebih lanjut tentang haiwan kesayangan mereka-sama ada kesihatan, keperluan nutrisi, tabiat dan minat. Pemeriksaan berjadual juga boleh mengenalpasti situasi medikal lebih awal, dan mencegah sesetengah penyakit daripada menjadi lebih teruk,” kata Dr. Kavindaran.
Royal Canin percaya kehidupan lebih baik mampu dicapai apabila pemilik haiwan lebih mengambil berat dan dilengkapkan dengan maklumat yang betul untuk menjaga kucing dan anjing mereka.
“Kesejahteraan ‘teman berbulu’ kita ialah satu kegembiraan untuk pemilik haiwan, dan kita mahu haiwan kesayangan kekal sihat, hidup lama dan selesa. Lawatan ke klinik veterinar wajar bermula sejak usia kecil haiwan sehingga dewasa,” tambah Dr. Kavindaran.
Royal Canin Galak Pemilik Kucing Rancang Lawatan Ke Klinik Veteriner Lebih Awal Dalam Tempoh PKP
Kempen Take Your Pet to The Vet bermula dari 1 Jun hingga 30 November 2021. Bersempena dengan kempen ini, Royal Canin menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk semua peringkat usia  pada kempen tahun ini.
Puppy and Kitten On-Boarding ProgrammeSelari dengan fokus kempen iaitu mendidik pemilik haiwan melengkapkan diri ilmu yang betul untuk peringkat hayat yang berbeza, aplikasi Royal Canin Club menyediakan kandungan didikan dan pilihan nutrisi kesihatan bagi anak kucing dan anak anjing mereka. Royal Canin juga akan memberi ganjaran kepada pemilik haiwan yang mendaftarkan profil anak kucing dan anak anjing mereka di aplikasi berkenaan dengan baucar penjagaan kesihatan haiwan bernilai RM30. Pemilik haiwan akan menerima baucar ini bermula 1 Julai selepas berjaya mendaftar profil di aplikasi. Aplikasi Royal Canin Club boleh dimuat turun di Apple Store and Google Play Store.
Pet2Vet ContestRoyal Canin akan menganjurkan Pet2Vet Contest di aplikasi Royal Canin Club. Semua ahli Royal Canin Club dijemput mengambil bahagian dalam Pet2Vet Contest bagi membolehkan mereka memenangi baucar penjagaan kesihatan bernilai RM50 yang boleh digunakan untuk sesi konsultan perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik yang disenarai di aplikasi. Lebih 2,000 baucar akan diberikan dalam dua fasa, iaitu 1 Jun-30 Julai 2021 dan 1-30 September 2021.
Jom Talk Pets! PodcastSemua dijemput mendengar podcast Royal Canin Malaysia, Jom Talk Pets! untuk mengetahui lebih lanjut tentang situasi yang mungkin dihadapi oleh pemilik kucing dan anjing. Antara topik yang dibincangkan pada tahun ini ialah Puppy Needs and Wants, Senior Pets, dan Pets and Kids. Pemilik haiwan juga boleh mendengar podcast terdahulu yang membincangkan topik seperti parasit pada haiwan peliharaan, pemandulan haiwan dan bagaimana untuk melatih haiwan anda. Podcast menjadi sumber maklumat yang tepat untuk pemilik haiwan menerima sudut pandang dan tips. Ia tersedia di Spotify, Apple Podcast dan Google podcast.
Pet2Vet Digital EventSebuah acara digital dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan turut tersedia. Direka dengan ciri interaktif, Pet2Vet Digital Event bakal menyaksikan aktiviti untuk disertai pemilik haiwan dan mereka berpeluang memenangi produk-produk Royal Canin,selain sesi pengkongsian daripada pakar-pakar haiwan peliharaan, pemilik haiwan dan doktor veterinar. Acara ini akan diadakan di Facebook Royal Canin Malaysia (https://www.facebook.com/RoyalCaninMY).
Untuk maklumat lanjut kempen Take Your Pet to The Vet, aktiviti yang bakal diadakan dan informasi penjagaan haiwan, layari https://www.royalcanin.com/my/take-your-pet-to-the-vet. Layari juga laman web rasmi Royal Canin Malaysia di www.royalcanin.com/my untuk maklumat lanjut tentang jenama dan tawaran produk.
Pemilik haiwan peliharaan juga boleh menyebarkan maklumat mengenai kempen, selain menyertai kempen ini bersama Royal Canin di media sosial untuk membawa haiwan kesayangan mereka berjumpa dengan doktor veterinar bagi pemeriksaan berkala menerusi hashtag: #Pet2Vet, #RoyalCaninMalaysia.

Pemilik haiwan peliharaan digalakkan untuk menghubungi klinik veterinar masing-masing dan membuat temujanji awal bagi memudahkan proses pemeriksaan kesihatan untuk haiwan, sekaligus memudahkan pemilik haiwanPemilik haiwan peliharaan disarankan untuk menyediakan dokumentasi mengikut SOP sebelummembuat lawatan ke klinik veterinar


Mengenai Royal CaninThe Royal Canin Company, pemilik jenama ROYAL CANIN® , merupakan satu divisyen Mars Petcare dan peneraju global di dalam khasiat kesihatan untuk kucing dan anjing. Ditubuhkan lebih 50 tahun lalu oleh seorang doktor veterinar Perancis, Dr. Jean Cathary, matlamat Royal Canin ialah menjadikan Dunia Lebih Baik Untuk Haiwan Peliharaan (A BETTER WORLD FOR PETS™) dengan mengembangkan pengetahuan dan khasiat makanan secara perkongsian dengan profesional dan pakar haiwan peliharaan.
Royal Canin bekerja rapat dengan profesional haiwan peliharaan,seperti pakar veterinar dan penternak, bukan sahaja untuk mereka cipta khasiat paling khusus untuk kucing dan anjing tetapi juga membangunkan pelbagai perkhidmatan, alat-alat pemantauan dan diagnostik untuk membantu memahami dan menjaga lebih baik haiwan-haiwan tersebut.
Pendekatan uniknya sentiasa meletakkan keperluan makanan berkhasiat kucing dan anjing sebagai nadi kepada proses inovasi. Umur mereka, gaya hidup,saiz, jenis baka,sensitiviti dan tahap aktiviti adalah dikaji menerusisains dan pemerhatian bagi menghasilkan diet-diet untuk keperluan khusus setiap haiwan peliharaan. Syarikat mempercepatkan amalan lestari, terutama dari segi penyumberan berwibawa, pelepasan asap dan pengurangan sisa serta penggunaan pembungkusan lestari.
Beroperasi di lebih daripada 100 pasaran, Royal Canin memiliki 8,300 sekutu, termasuk 500 doktor veterinar dan pakar pemakanan. Ia juga mengendalikan 16 kilang di seluruh dunia, 1 pusat penyelidikan dan pembangunan, 2 pusat inovasi dan 4 makmal. Produk berkhasiat Royal Canin boleh didapati di kedai peruncit khas haiwan peliharaan dan penyedia perkhidmatan veterinar di seluruh dunia.
Di luar Eropah, syarikat Royal Canin juga memiliki jenama Eukanuba TM – makanan berkhasiat berprestasi tinggi untuk anjing. Bagi mengetahui lebih lagi mengenai syarikat Royal Canin, lawati http://www.royalcanin.com/.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/06/royal-canin-galak-pemilik-kucing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Perak Keluar Lebih 1 000 Kompaun Langgar Sop Pkp

Polis Perak Keluar Lebih 1 000 Kompaun Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 207 hits
SINAR HARIAN Polis Perak mengeluarkan 1 239 kompaun berkaitan kesalahan melanggar SOP Covid 19 dalam tempoh pelaksanaan PKP sejak 1 Jun sehingga Jumaat Gambar hiasanIPOH Polis Perak mengeluarkan 1 239 kompaun berkaitan kesalahan melanggar p...
Pkp 3 0 Lebih 3 000 Kir Dun Satok Terima Bantuan Keperluan Asas

Pkp 3 0 Lebih 3 000 Kir Dun Satok Terima Bantuan Keperluan Asas

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 261 hits
Lebih tiga ribu ketua isi rumah di kawasan DUN Satok akan menerima bantuan berbentuk barangan keperluan asas melalui program Food Basket Sarawakku Sayang Program selama empat hari ini bertujuan untuk meringankan beban penduduk kampung ketik...
Sop Lebih Rm283 000 Kompaun Pkp Penuh Di Perak

Sop Lebih Rm283 000 Kompaun Pkp Penuh Di Perak

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 208 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengeluarkan kompaun lebih RM283 000 terhadap peniaga yang gagal mematuhi prosedur operasi standard sejak bermulanya total lockdown hingga Sabtu Ia melibatkan 41 kes pelanggaran
Lebih 150 Kemalangan Babit Penghantar Makanan Dalam Tempoh 3 Bulan

Lebih 150 Kemalangan Babit Penghantar Makanan Dalam Tempoh 3 Bulan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 140 hits
Menurut Perkeso pampasan lebih RM1 bilion dibayar setiap tahun untuk kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya kebanyakannya melibatkan pekerja penghantaran KUALA LUMPUR Lebih 150 kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang m...
Ramai Di Rumah Ketika Pkp Beri Diskaun Lebih Banyak Bil Elektrik Gesa Yeo

Ramai Di Rumah Ketika Pkp Beri Diskaun Lebih Banyak Bil Elektrik Gesa Yeo

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 166 hits
June 17 2021 Bekas menteri Yeo Bee Yin berkata bil elektrik melambung kerana lebih ramai orang bekerja dan belajar dari rumah PETALING JAYA Seorang bekas menteri persekutuan menggesa pemberian diskaun lebih tinggi untuk bil elektrik kerana ...
Agenda Awani Covid 19 Manfaatkan Tempoh Pkp Bagi Mengekang Penularan

Agenda Awani Covid 19 Manfaatkan Tempoh Pkp Bagi Mengekang Penularan

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 221 hits
Bagaimana kita boleh memaksimumkan aspek keberkesanan tempoh PKP Mengapa penting untuk kita mengamalkan kawalan kendiri dan penjagaan diri yang sempurna Temu bual nazri kahar bersama Dr Roland Victor dalam AgendaAWANI jam 9 mlm ini di salur...
Saham As Diniagakan Jatuh Susulan Berita Bahawa Fed Akan Menaikkan Kadar Lebih Awal Dari Yang Dijadualkan

Saham As Diniagakan Jatuh Susulan Berita Bahawa Fed Akan Menaikkan Kadar Lebih Awal Dari Yang Dijadualkan

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 126 hits
Saham AS jatuh setelah Pengerusi Fed Jerome Powell mengisyaratkan dua kemungkinan kenaikan kadar pada tahun 2023 S P 500 mencatatkan penurunan terbesar jatuh lebih dari 0 5 Sementara itu dolar meningkat berbanding mata wang dunia yang lain ...
Kami Mahu Bantu Negara Mudahkan Rayu Pemilik Klinik Swasta

Kami Mahu Bantu Negara Mudahkan Rayu Pemilik Klinik Swasta

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 214 hits
JOHOR BAHRU Syarat yang menyusahkan selain terpaksa mengeluarkan kos tinggi antara sebab ramai pemilik klinik swasta di bandaraya ini berat hati untuk turut serta menjayakan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Menurut seorang doktor klini...
Inisiatif Menarik Taman Buaya Melaka Anjur Lawatan Virtual Pkp Tengok Buaya Makan

Inisiatif Menarik Taman Buaya Melaka Anjur Lawatan Virtual Pkp Tengok Buaya Makan

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 184 hits
Sewaktu negara masih belum menang berdepan pandemik COVID 19 berada di tahap membimbangkan dengan jumlah kes harian mencecah empat angka Satu inisiatif menarik yang ditunjukkan Taman Buaya Dan Rekreasi Melaka ini harus dipuji Demi kelangsun...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Dap Lagi Ambil Tindakan Begini Meggajarnya

Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu