Untuk resipi roti jala yang lembut forever ni,boleh tengok posting lama MY di Roti Jala Yang Mudah dan LembutMY mula menjala roti dalam pukul 11 pagi,Tapi tak sampai malam dah habis,Jadi tak boleh la nak buktikan roti jala MY lembut sampai malam.Yang pasti, memang kesukaan anak anak..Tu yang habis petang tu juga...
Kali ni kita layan roti jala dengan kari daging, bukan kari ayam ya..Sebab kita tak nak buang gas,Sebab masak daging kan lama..Jadi MY gunakan periuk tekanan Noxxa,Lagipun dapur dah penuh dengan kuali dan dulang roti jalaMY tumiskan bahan bahan semua kat dalam pressure cooker tu guna setting “stir fry”.Panaskan minyak, daun kari, dan rempah tumis.untuk rempah tumis, MY guna nisbah 1:2:3:4 Kalau daging tu masak sikit aje, macam dua kilogram ke bawah,MY letak kulit kayu manis 1, bunga lawang 2, buah pelaga 3, bunga cengkih 4.
Lepas tu, masukkan bawang, bawang putih dan halia yang telah dikisar.Bila dah naik bau,Masukkan cili kering kisar atau cili boh dalam dua sudu makan.Kalau nak pedas, boleh la tambah lagi bersudu sudu…Kacau…
Tambah pula serbuk rempah kari dalam 4 sudu macam tu.Letak air sikit dalam suku cawan.Dulu dulu mak ajar bancuh serbuk kari dengan air dalam mangkuk,Lepas tu, baru tuang dalam periuk.Oleh kerana MY ni super rajin,Tak nak kotorkan mangkuk,Tu yang taruk aje dalam periuk.Lepas dah letak serbuk kari tu,Kena la kacau kacau sentiasa supaya rempah dan bumbu lain tu tak hangit, kacau la sampai garing dan timbul minyak,
MY suka potong kentang ni nipis nipis je. Tak suka tebal tebal,Nanti isi kentang tu rasa tawar.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |