Cari Kelainan Daging Wagyu Import Dari Jepun Di Restoran Awagyu Yakiniku Plaza Akadia Desa Parkcity


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang pernah cuba makan Wagyu? Apa yang bestnya kalau dapat makan daging wagyu ni? Ada daging wagyu harga boleh cecah sehingga ribu-ribu ringgit. Tapi demi nak dapat kepuasa makan daging dari lembu yang dijaga rapi dan berkualiti sanggup berhabis



Bukan setiap hari kita boleh memanjakan diri dengan makan wagyu yang lazat ni. Kalau dapat sekali kena rasa juga. Jom kali ni Maha bawa kepada sebuah restoran makanan daging wagyu yang diimport khas dari negara matahari terbit. Ia di bawa dari sebuah ladang di Tokushima Japan yang cukup menjaga daripada makanan dan minuman lembu-lembu yang diperlihara




Nama restoran ini adalah Awagyu Yakiniku yang menyajikan Wagyu A5 yang paling segar dan premium, serta pelbagai hidangan Jepun klasik juga. Mereka menyediakan lebih daripada 26 jenis wagyu di sini, dan semuanya diimport dari Jepun




Restoran yang Maha pergi ini terletak di Plaza Akadia Desa Parkcity. Ia ada lagi cawangan lain seperti di IOI City Mall Putrajaya dan juga Johor Baharu. Buat pencinta daging restoran ini mesti kena cuba kerana ia mempunyai keutamaan pada bahagian daging yang menjadi kegemaran ramai orang. Ada yang dalam menu ala-cart dan juga ada yang dalam set premium




Hari tu Maha datang dan cuba mereka punya Premium Yakiniku Combo Set. Ia set sesuai untuk makan 2 ke 3 orang memang banyak. Dalam set tersebut ada 8 jenis bahagian daging yang terbaik. Ada bahagian Sirlion, Riblion, Zaputon, Ichibo, Misuji, Tokujo Karubi, Katarosu dan Shinshin. Semua ia akan hidangan dalam set kotak yang cukup unik dan menarik. Ada dua dan tiga keping bahagian daging setiap satu tu



Juga ada sekali side menu dalam set ini seperti Chawanmushi (2cup), Gyoza (2pcs), California Maki (2pcs), Chicken Thigh, Wafu Green Salad, Kimchi Pickles dan Miso Soup (2mangkuk). Memang banyak dalam set ini dengan harga berpatutan. Boleh lagi nak tambah side menu lain yang ada. Nak puas hati makan baik order banyak-banyak. Macam Maha hari tu tambah lagi seperti Takoyaki Ball (6pcs), Japan Wagyu Skewer (3steak) dan White Rice (2 bowls). Biasa orang Melayu nak makan mesti kena ada nasi putih. Sebab dah ada sup dan ada daging tak puas bagi Maha lah orang lain tak tahu. 



Cara nak memasak daging wagyu yang disediakan tu pun sangat menarik. Ini kerana tengah meja tu ada dapur panggan yang disediakan. Masak daging tu kena mula dengan sapu lemak daging yang disediakan untuk tidak melekat pada besi pemanggang. Lepas tu layurkan daging wagyu tu ikut pada tahap yang korang nak makan. Macam ada orang suka Rare, Medium Rare, Medium atau Medium Well. Maha suka masak sampai well done baru sedap makan daging. Kalau mentah-mentah ni takut lak nak makan. Daging wagyu yang disediakan tu tiada perapan apa hanya daging semata-mata. Dah siap masak boleh cicah dengan sos yang disediakan lepas tu terus ngap



Walupun nampak macam sikit jer tapi sebenarnya kenyang yer makan kat situ. Pulak tu pilih minuman yang ada dalam senarai. Memang kenyang juga makan tu boleh tahan rasa. Daging tu kita boleh rasa ia sangat berjus di dalamnya. Tidak banyak lemak dan juga tidak liat langsung. Kunyah hancur di mulut. Padan dengan harga dan juga kualiti yang disediakan di sini



Restoran Awagyu Yakiniku ini buka setiap hari dari jam seawal 12.00 tengah hari hingga jam 10.00 malam. Selalu orang suka makan yang daging salai-salai ni waktu malam. Maha hari tu datang tengahari sebab nak cuba. Jadi korang boleh datang dan rasai sendiri kualiti daging wagyu di sini. Mesti lain daripada daging yang korang pernah rasa sebelum ini. Nanti korang tinggalkan komen kat bawah ni ok. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/10/cari-kelainan-daging-wagyu-import-dari-jepun-di-restoran-awagyu-yakiniku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restoran Ikan Bakar Din

Makan Di Restoran Ikan Bakar Din

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum WBT INI entah kali ke berapa Sk ke yang terletak di6735 Jalan Butterworth Kampung Permatang Manggis 13200 Kepala Batas Pulau PinangSusun atur dalam restoran dah berubah nampak lebih luas dan lebih teratur Disebabkan orang ra...
Kepenatan Mencari Restoran Chef Wan Di Ioi Mall

Kepenatan Mencari Restoran Chef Wan Di Ioi Mall

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 189 hits
Ini adalah cawangan ke 4 Restoran Chef Wan yang pernah ai kunjungi Bulan lepas ai sempat singgah di restoran beliau di airport tapi tak terfikir nak buat entri untuk yang tu nbsp Kali ini di IOI Mall rasa wajib tulis sebab ada sedikit kepel...
Makanan Hatyai Pilihan Restoran Halal Sedap Dan Murah

Makanan Hatyai Pilihan Restoran Halal Sedap Dan Murah

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 178 hits
Makanan Hatyai Pilihan Restoran Halal Sedap dan Murah Hatyai sememangnya syurga makanan bagi pelancong yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan Terdapat banyak pilihan makanan tempatan yang tidak boleh dilepaskan apabila berkunjung ke Haty...
Sering Dating Di Jepun Lee Minho Sedang Bercinta Dengan Pewaris Chaebol Kini

Sering Dating Di Jepun Lee Minho Sedang Bercinta Dengan Pewaris Chaebol Kini

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 154 hits
Tidak semena mena Lee Min ho terpalit dengan khabar angin percintaan bersama seorang pewaris chaebol Artikel Berkaitan Baru baru ini banyak bukti tersebar di media sosial menunjukkan bahawa Lee Min ho sedang menjalinkan hubungan dengan Joan...
Selepas Populariti Love Next Door Jung Haein Terima Tawaran Terajui Drama Jepun

Selepas Populariti Love Next Door Jung Haein Terima Tawaran Terajui Drama Jepun

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 113 hits
Selepas Love Next Door pasti ramai yang menantikan projek lakonan terbaru dari Jung Hae in kan Artikel Berkaitan Terbaru pada 18 Oktober media melaporkan bahawa Jung Hae in sedang secara positif mempertimbangkan tawaran untuk memegang watak...
Buat Dough Ini Kena Dari Jiwa Jofliam Nak Rehat Ibu Hamil Rayu Mengidam Pizza Wagyu

Buat Dough Ini Kena Dari Jiwa Jofliam Nak Rehat Ibu Hamil Rayu Mengidam Pizza Wagyu

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 115 hits
Buat dough ni kena dari jiwa Demikian kata pempengaruh yang juga usahawan Jofliam apabila seorang pengikutnya merayu agar dia membuka tempahan pizza magyu dalam tempoh masa terdekat Meskipun umum sedia maklum mengenai masalah rumah tangga p...
Jofliam Biodata Lengkap Pemilik Piza Wagyu Viral

Jofliam Biodata Lengkap Pemilik Piza Wagyu Viral

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 214 hits
Jofliam Biodata Lengkap Pemilik Piza Wagyu Viral Bagi penggemar piza wagyu viral pasti tidak asing lagi dengan nama Jofliam Kuasa viral ramai yang sanggup beratur panjang dan menunggu giliran untuk merasakan kelazatan piza buatan sendiri da...
Video Stl 2024 Dulu Dikecam Kini Disayang Import Perak Bison Cemerlang Tundukkan Selangor Pistons Netzkorner

Video Stl 2024 Dulu Dikecam Kini Disayang Import Perak Bison Cemerlang Tundukkan Selangor Pistons Netzkorner

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 139 hits
TEKONG import Perak Bison Kritsada Sungvung akhirnya berjaya mencuri hati penyokong skuad Seladang apabila menampilkan aksi persembahan yang cukup memukau dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2024 bagi Grand Prix Perak pada Rabu Dalam...
Makan Di Restoran Hua Mui Eco Botanic

Makan Di Restoran Hua Mui Eco Botanic

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum WBT KONONNYA dulu tak nak dah datang makan lagi di Hua Mui cawangan Eco Botanic tapi hari tu tersampai jugak ke sini bagi memenuhi permintaan Pak Inche yang teringin Mee Hailam Hua Mui Sk dah tiga tahun jugaklah tak makan ka...