Roti Farhana S Oven Di Tanah Aina Cafe Shah Alam
Hello pembaca kesayangan,
Apa khabar semua? Semoga semuanya baik-baik sahaja menjalani Movement Control Order di rumah masing-masing.
Baru-baru ni kecoh sebentar bila Gardenia membuat pengumuman yang pihak mereka tak dapat menambah bekalan produknya di pasaran kerana pengeluaran roti di kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksimum.
Misz-ella sendiri turut tak terkecuali dari tak dapat bekalan roti, bukan saja roti Gardenia malah roti biasa-biasa termasuklah kedai roti. Empat kedai Misz-ella pergi, hampa.
Nasib baiklah Tanah Aina Cafe di Shah Alam ada buat roti. Rotinya fresh, tiada bahan pengawet paling penting, ianya dibakar setiap hari oleh pihak cafe.
Dan yang paling bagus, kita tak perlu bersusah payah keluar rumah. Hanya perlu telefon atau whatsapp dan pihak cafe akan uruskan penghantaran ke rumah anda melalui Grab car delivery ataupun LalaMove. Senang, kan
Ada dua jenis roti yang boleh kita pilih - roti putih ataupun roti wholemeal. Misz-ella beli dua-dua. Satu buku roti yang fresh dan sihat ini *tiada bahan pengawet* hanya berharga RM10 sahaja *you all kena potong sendiri, tau* dan alang-alang dah order roti, Misz-ella order Hot Latte sekali. Latte kat Tanah Aina best tau .. cukup lemak, sedikit pahit di hujungnya.
Alhamdulillah .. dapat Misz-ella lepas rindu pada hot latte, minuman kegemaran Misz-ella dan esok paginya ....
Dapat Misz-ella dan keluarga bersarapan pagi roti bersama peanut butter dan coklat. Tak la kelam kabut pagi masuk dapur nak masak sarapan, lepas tu tengahari nak masak lagi .... lega i.
Buat mereka yang sedang mencari roti tetapi tak nak keluar rumah, boleh lah hubungi Tanah Aina Cafe di no telefon 03-55243258 atau 017-7671988. Bukan sahaja roti, you all boleh order makanan dari dapur Tanah Aina Cafe jugak. Ohh ye .. selain dari itu, bekalan sayur dan buah-buahan juga ada. You just have to make a call and check it out, k.
Buat pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku, diharapkan agar anda menjalani Control Movement Order ini dengan patuh. Sila disiplin. Jangan main-main, k. Percayalah yang arahan kerajaan ini adalah yang terbaik untuk kita. Jadilah rakyat yang hormat kepada pemimpinnya dan sayangkan Malaysia. Kita tak nak negara tercinta kita hancur kerana virus yang amat ganas ini, kan. So please .. do your part. OK dah habis sharing dan membebel. I nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca. GoodBye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2020/03/roti-farhanas-oven-di-tanah-aina-cafe.html