Beli Kayu Pelet Pine Murah Di Papan Pine Wood Shah Alam Untuk Diy Perabut
"Beli Kayu Pelet Di Pine Wood"
Penulis bukanlah seorang yang sangat mahir dan pakar dalam 'industri' perabut ataupun geng 'do it yourself'.
Kayu Pelet Murah Shah AlamSetakat menggergai dan memaku atau memasukan skru ke dalam kayu 'pine' menggunakan alat gerudi (drill) boleh lah.
Mungkin ada sedikit titisan darah dari arwah ayah penulis yang seorang tukang rumah di kampung membolehkan sedikit kelenturan pada tangan penulis walaupun tidak sekemas 'otai'.
Buat Perabut Di Rumah Secara Do It Yourself (D.I.Y)
Biasanya dahulu penulis akan mendapatkan bahan untuk bertukang menghasilkan beberapa perabut ringkas untuk kegunaan rumah sendiri melalui kayu-kayu pelet buangan pasaraya dan syarikat logistik sekitar.
Bangku Pellet Pine DIY HomemadeNamun, kayu yang diperoleh tersebut walalupun percuma namun sebenarnya agak rumit untuk dilakukan d.i.y apabila kita seorang yang tidak begitu mahir ditambah pula dengan berbekalkan alatan seperti tukul dan gergaji kontot semata-mata.
Kerja Membuat Bangku dan Meja Dengan Pellet Pine
Kegunaan Kayu Pelet Logistik dan Buangan Pasaraya
Kayu pelet pasaraya yang dibuang dan dari logistik agak keras dan kayunya juga tidak elok dari segi pandangan dan persembahan.
Namun, ada juga penulis susun aturkan menjadi tempat letak pasu bunga dan katil ringkas.
Untuk kesesuaian penulis dalam membuat kerusi, bangku, atau meja apalagi kekuda, penulis memerlukan bahan kayu yang lembut dan sedap mata memandang.
Kayu Pelet yang Sesuai Untuk D.I.Y Perabut
Penulis ada membuat sedikit kajian apakah kayu yang sesuai untuk amatur d.i.y perabut ringkas seperti penulis.
Apa yang penulis temui adalah kayu pokok 'pine', dalam bahasa melayu pokok rhu, neem atau lebih dikenali sebagai pain.
Lembut dan warnanya cukup menarik dengan warna krim dan ira kayu yang cantik, kayu 'pine' menjadi pilihan.
Masalahnya disini adalah dimanakah boleh di dapatkan kayu pine ini dengan kesesuaian marhaen dan sekadar membuat d.i.y sekadar hobi.
Setelah di telaah segala macam bentuk media internet penulis telah menemui satu kedai yang sememangnya menjual kayu pelet yang diinginkan penulis.
Papan Pine Wood Yard and OfficeTerdapat satu di Shah Alam, lebih tepat adalah di Alam Impian. Papan Pine Woods Alam Impian Shah Alam Selangor.
Apa yang Ada di Papan Pine Wood Shah Alam ?
Apa yang menarik adalah boleh dikatakan kesemua kayu-kayu yang terdapat di sini untuk jualan semula.
Apa yang 'Best' Dapatkan Kayu Pelet Di Papan Pine Wood Alam Impian ?
Layanan adalah yang utama. Dalam beberapa lawatan penulis sehingga mampu menghasilkan beberapa jenis perabut dari kedai ini, layanan dari bos atau tokei serta pekerja mereka memang terbaik.
Bos mereka jika terserempak tidak pernah lekang dari senyuman dan akan membantu.
Akan melayan sahaja permintaan pelanggan.
Biasanya penulis akan datang dengan lukisan ringkas (sketch) apakah jenis perabut yang ingin penulis mahukan.
Rancang Rekabentuk Pellet KayuNamun, jika anda datang dengan hanya dengan idea dan macam mana bentuknya, beritahu sahaja kepada pekerja mereka dan mereka akan 'consult' dengan bagaimana jenis rekabentuk yang anda inginkan.
Lebih terbaik adalah mereka akan carikan untuk anda jenis dan bentuk pelet atau kayu untuk menyiapkan projek perabut anda.
Contoh Potongan Pellet SiapLebih menarik setelah anda setuju dengan 'consulting' mereka, mereka akan memotong kepada potongan kecil supaya pulang nanti hanya perlu dicantumkan atau dipakukan terus.
Jenis Kayu Pellet yang Ada Di Papan Pine Wood
Pelbagai jenis kayu pelet yang ada seperti :
Pellet Licin Cantik
Kayu pellet sebegini biasanya penulis jadikan pelantar dan tempat duduk kalau kerusi dan tempat letak sesuatu pada meja
Pellet Digunakan Sebagai Sokongan
Untuk yang ini biasanya penulis jadikan 'support' atau penyokong.
Pellet Terbaik Tanpa Perlu Dilas
Terbaik untuk lantai atau pelantar meja dan bangku. Tebal dan tahan beban.
Tebal dan kukuh untuk di jadikan kaki bangku
Apa yang pasti ini adalah tiang untuk bangku, kerusi dan meja rendah
Sekadar panduan dari pemilihan pellet penulis. Sebenarnya mana-mana bahagian boleh sahaja untuk digunakan untuk mana-mana komponen.
Harga Kayu Pelet Di Papan Pine Wood
Kepingan kayu pelet yang ada di sini semuanya telah ditandakan harganya. Bermula dengan RM1.50/keping sehingga RM40/keping.
Pellet Dibalut dan DisusunSecara total termasuk harga 'kasih sayang' dan diskaun bergantung kepada abang-abang 'sales' di Papan Pine Wood Alam Impian.
Pengiraan Harga Potongan PelletBagi penulis harganya cukup berbaloi, bahan-bahan untuk kekuda dan meja ringkas untuk bahagian penulis adalah tidak melebihi RM50 (dua perabut berjaya disiapkan), sekitar RM40.
Di manakah Lokasi Papan Pine Wood ?
Terletak agak 'pedalaman' kawasannya. Bagi yang tahu pintasan ke Kampung Jawa Klang melalui Alam Impian, Shah Alam akan mudah untuk membayangkannya.
Alamat Papan Pine Wood Shah AlamMemasuki laluan berbatu kadang-kadang berlopak dan tidak berturap terus habiskan jalan tersebut sampai jalannya sudah tiada lagi. Ke penghujung.
Grafitti Office Papan Pine Wood
Artikel ini bukanlah tajaan atau 'paid review' dari pihak syarikat, sekadar menyebarkan kebaikan yang ada kepada yang mencari dan memberikan info supaya tidak terkial-kial mendapatkan kayu pellet. Semoga membantu
Anda fikir anda tahu Beli Kayu Pelet Di Papan Pine Wood Alam Impian Shah Alam untuk DIY Perabut Di Rumah ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2020/03/beli-kayu-pelet-pine-murah-di-papan.html