Roti Canai Homemade Versi Baby Lembut Dengan Campuran Susu Sedap


Selera anak pun sama macam kita. Ada yang kurang gemar makan nasi sebaliknya lebih suka pada aneka roti. Roti Canai antara kesukaan anak-anak kita kerana rasanya yang ringkas dan lembut. Malah senang dimakan.
Selain membeli roti canai segera, sesekali mama bolehlah cuba menyediakan sendiri roti canai di rumah kerana hendak membuatnya tidaklah sukar. Malah dengan empat bahan sahaja, roti canai tersedia buat si comel.
Resipi roti canai versi bayi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini nampak cukup istimewa. Mana tidaknya, gabungan susu sejuk bersama madu (untuk bayi satu tahun ke atas sahaja) cukup buat roti menjadi lebih lembut dan sedap. Jom cuba!

Bahan Bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1 1/2 sb mentega tanpa garam
1 sb madu ( 1 tahun ke atas )
3/4 cawan susu sejuk

Satukan tepung bersama mentega dan juga madu. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan dengan kemas.

Rendamkan doh di dalam minyak secukupnya. Perapkan doh selama 2 jam / semalaman.
Kemudian ambil satu doh dan canaikan, tebarkan doh perlahan lahan sehingga doh menjadi bulatan yang besar dan nipis.
Lipatkan doh menjadi segi empat. Panaskan kuali tahan lekat bersama sedikit minyak dan gorengkan sehingga garing kedua dua belah permukaan.

Angkat dan hidangkan di dalam pinggan. Potong kecil untuk mudahkan anak pegang.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Anak-anak Mama dah start merangkak laju?
Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!
Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).
Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.
The post Roti Canai Homemade Versi Baby, Lembut Dengan Campuran Susu, Sedap! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/roti-canai-homemade-versi-baby-lembut-dengan-campuran-susu-sedap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Sardin Ketagih Bestnya Resipi Ni Susu Full Krim Buat Roti Gebu Sedap

Roti Sardin Ketagih Bestnya Resipi Ni Susu Full Krim Buat Roti Gebu Sedap

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 514 hits
Menu roti boleh dikatakan semua suka Walaupun roti kosong cicah teh kopi atau milo dah kira sedap Tambah lagi kalau ada sapuan sekaya jem buah atau kacang dan coklat lagi melengkapkan hidangan itu Bukan tu je jika anda rajin selain buat san...
Mudah Sedap Tak Guna Banyak Bahan Resipi Chicken Chop Homemade Ni Memang Terbaik

Mudah Sedap Tak Guna Banyak Bahan Resipi Chicken Chop Homemade Ni Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 497 hits
Semua orang suka makan Chicken Chop Kena pula dengan sos sedap coleslaw yang berlemak perghhh Memang kecur liur Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba Mudah sedap dan tak ...
Cara Masak Char Kuey Teow Kerang Sedap Secara Homemade

Cara Masak Char Kuey Teow Kerang Sedap Secara Homemade

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 452 hits
Sedapnya Char Kuey Teow ni Kalau dapat makan panas panas memang puas hati Kalau beli sepinggan pun dah harga berapa ringgit Letak extra udang atau kerang lagi mahal Jadi meh cuba masak sendiri guna resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha...
Resipi Kuih Lapis Rainbow Lembut Bergedik Memang Sedap

Resipi Kuih Lapis Rainbow Lembut Bergedik Memang Sedap

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 455 hits
Cantiknya Kuih Lapis Rainbow ni Rasa sayang nak makan Kepingan kuih tu dilapis sempurna Nampak gambar je pun dah dapat rasa keenakannya Bagi anda yang menggemari Kuih Lapis resipi perkongsian saudari Azura Felula ni boleh dicuba CARA MASAK ...
Sedapnya Pau Homemade Lembut Dan Gebu Gitu

Sedapnya Pau Homemade Lembut Dan Gebu Gitu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 307 hits
Melalui facebook group Rasa Share Resipi Iedaa Jahaya telah berkongsi resipi membuat pau Pau ini dikatakan sebagai pau daripada resipi ibunya Cuma dia olah memasukkan sedikit bread softtener Pau ini juga gebu dan sedap rasanya PAU GEBUBAHAN...
Artis Kongsi Resepi Roti Bakar Sendiri Serius Sedap

Artis Kongsi Resepi Roti Bakar Sendiri Serius Sedap

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 409 hits
Siapa setiap kali sarapan mesti kena ambil roti bakar Roti yang dibakar agar garing dan rangup atasnya diletakkan peanut butter almond butter garlic butter hirisan pisang atau apa sahaja buahan mengikut cita rasa masing masing Memang lazat ...
Roti Canai Pilihan Ramai Di Tanah Merah Kelantan Roti Canai Cikgu

Roti Canai Pilihan Ramai Di Tanah Merah Kelantan Roti Canai Cikgu

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 1012 hits
Roti Canai pilihan ramai di Tanah Merah Kelantan Roti Canai Cikgu Semalam ada urusan sikit dekat bandar Tanah Merah sampai tak perasan dah tengahari Perut pulak tengah lapar tapi tak tahu nak makan dekat mana As usual cari dekat google la s...
Jom Buat Japanese Milk Bread Sedap Sungguh Roti Ni

Jom Buat Japanese Milk Bread Sedap Sungguh Roti Ni

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 364 hits
Melalui facebook page Rasa Share Resipi Iedaa Jahaya berkongsi membuat Japanese Milk Bread Bahan bahannya tidak susah Nampak pun sedap Sesuai untuk dimakan ketika waktu santai seperti minum petang Jom try buat JAPANESE MILK BREADBAHAN BAHAN...
Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 350 hits
Bagi penggemar Rojak Mi resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba Menurut beliau resipi ini adalah yang biasa beliau buat hasil tunjuk ajar dari arwah ibunya yang merupakan peniaga makanan Macam macam menu yang dijual Bagi ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang