Roti Ada Kulat Buang Terus Kalau Makan Anak Boleh Demam Panas
Roti yang dibeli kemudian tidak dihabiskan sebelum tarikh luput adalah perkara biasa. Biasanya sehari dua selepas tarikh luput, permukaan roti masih elok dan boleh dimakan. Tetapi ada juga keadaan di mana permukaannya sudah mula ditumbuhi kulat.
Ada antara kita yang tidak kisah makan roti berkulat. Buangkan saja bahagian kulat dan yang masih ‘bersih’ itu kita makan. Pada kita cara itu lebih baik dan tidak membazir, kerana bahagian yang berkulat sikit saja. Nak dibuang tidak berbaloi.
Artikel Menarik: [Air Kolam Banyak Kuman, Seronok Mandi Lepas Tu Cirit-Birit. Kasihan Anak!]
Sebenarnya cara itu salah dan berbahaya. Dr Ahmad Luqman Bukhari memberikan penjelasan tentang hal ini.
Ya Allah mujurlah tak jadi apa-apa kat anak saya!
Budak kecil dua orang kat rumah ni memang jenis suka sangat bila dapat melahap roti.
Lagi-lagi kalau kami sapukan coklat kat atas lapisan roti tu. Sekejap je boleh licin pinggan dibuatnya.
Pernahlah sekali dulu, si adik tu nak sangat makan roti tapi bila saya tengok tanda dekat plastik bungkusan roti tu rupa-rupanya hari tu lah tarikh expired.
Cuma rasa sayang pulak nak buang jadi saya pun cek lah dulu kepingan roti tu.
Nampak adalah sikit tanda kulat nak mula tumbuh kat bucu kepingan tu tapi bahagian lain masih nampak putih ‘bersih’ je lagi.
Sumber foto: www.freepik.com
Saya pun apa lagi, dengan selambanya koyak buangkan bahagian yang berkulat tu kemudian hulur roti yang nampak ‘bersih’ tadi tu ke tangan anak saya.
Padahal apa yang saya buat tu sebenarnya salah dan rupanya boleh buatkan anak saya jatuh sakit!
Bila saya belajar balik pasal kulat dekat roti ni, barulah saya tahu sebenarnya tak pernah wujud pun istilah ‘bahagian bersih’ pada roti yang dah berkulat.
Kulat tu dia ni dalam keluarga fungus, sama macam cendawan. Bila kulat ni membiak pada roti, ‘topi’ dia tu kita nampak jelas tapi akar dia tersembunyi kat belah dalam.
Mata kasar kita ni duk tafsir yang ‘bahagian bersih’ tu elok lagi padahal kat dalam roti tu, rangkaian akar kulat yang dikenali sebagai ‘hyphae’ tu dah menjalar merata lalu buatkan roti dah tak selamat lagi untuk dimakan.
Sumber foto: www.freepik.com
Artikel Menarik: [Anak Lagi Cepat Tangkap Belajar Dengan Mak Ayah, Ni Tip Jadi ‘Learning Coach’ Di Rumah]
Sebab tu penting sangat untuk kita cek dulu tarikh luput roti sebelum beli dan periksa betul-betul dulu kondisi roti tu sebelum nak suap masuk ke mulut anak kita tu.
Tolong saya #sebarkan info penting ni pada kawan-kawan kita yang lain ye. Harapnya tak ada yang buat silap macam ni lagi.
Badan kita ni mungkin boleh lawan jangkitan kulat tu kalau tak sengaja termakan. Namun si kecil kita tu berisiko benar untuk terkena food poisoning sampaikan demam panas, muntah muntah dan cirit-birit jika kita terlalai berikan mereka makan roti yang berkulat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Roti Ada Kulat, Buang Terus! Kalau Makan, Anak Boleh Demam Panas appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/roti-ada-kulat-buang-terus-kalau-makan-anak-boleh-demam-panas/