Rotan Murid Guru Besar Guru Diberi Kuasa Laksana Hukuman


Rotan murid, guru besar, guru diberi kuasa laksana hukuman. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.
Rotan Murid, Guru Besar, Guru Diberi Kuasa Laksana Hukuman Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan hukuman itu juga tertakluk kepada garis panduan yang ketat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

Menurutnya, ia juga sama sekali tidak boleh dilaksanakan di khalayak ramai atau di tapak perhimpunan sekolah, seperti yang telah diperincikan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan Kuasa Guru Merotan Murid.
“Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni dan berdaya maju.
“HUKUMAN ROTAN MERUPAKAN SALAH SATU BENTUK HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN TERHADAP MURID YANG MELAKUKAN KESALAHAN BERAT, TERMASUK KESALAHAN BULI.
“Namun, hukuman ini tidak bertujuan untuk mendera, sebaliknya bertindak sebagai kaedah pendidikan yang bersifat membimbing dan mendisiplinkan murid agar mereka dapat memahami implikasi perbuatan mereka,” katanya melalui jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman web Parlimen, pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang bertanyakan sama ada kementerian bersedia membenarkan waris pelajar yang dibuli merotan pembuli dalam kalangan pelajar dalam perhimpunan pagi di sekolah.
Tambah Fadhlina, dalam menangani isu disiplin di sekolah, Kementerian Pendidikan (KPM) juga menekankan pendekatan yang lebih holistik dan berfokus kepada pendidikan nilai serta pembentukan sahsiah murid.
Foto: Berita Harian Jelasnya, ia termasuk program intervensi awal, bimbingan kaunseling, pengukuhan budaya kasih sayang dan hormat-menghormati dalam kalangan murid.
Melalui pendekatan itu, murid bukan sahaja dididik untuk memahami akibat perbuatan mereka, tetapi juga diasuh dengan adab dan akhlak yang baik seperti yang digariskan dalam Teras 2, 7 Nadi Keunggulan KPM yang memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak, dan integriti dalam kalangan murid
“Peruntukan perundangan sedia ada tidak memberi sebarang kuasa kepada ibu bapa atau orang awam untuk mengambil tindakan fizikal terhadap murid yang melakukan kesalahan.
“KPM berpandangan, pendekatan yang lebih berkesan adalah dengan memperkukuhkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan sebarang isu disiplin dapat ditangani dengan lebih berhemah dan berkesan,” ujar beliau.
Jelas Fadhlina, KPM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan disiplin di sekolah sejajar dengan dasar pendidikan yang menitikberatkan pembentukan akhlak dan integriti.
Hukuman rotan katanya, hanya boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan oleh pihak yang diberi kuasa.
“KPM juga menegaskan bahawa pendekatan pendidikan yang bersifat membina, seperti bimbingan kaunseling dan pengukuhan nilai murni, merupakan langkah yang lebih efektif dalam membentuk peribadi murid yang berakhlak dan berintegriti,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Top image: Berita Harian 
Baca artikel lain juga: Anak Nakal Tak Selesai Dengan Rotan, Pakar Kongsi Tip Bantu Anak Baik!
Suami Isteri Dera Anak 5 Tahun Guna Rotan & Penyangkut Baju Sehingga Cedera
Ada Had Nak Rotan Anak, Terlebih Rotan Tak Jadi Mendidik Tapi Anak Jadi Pendendam
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Rotan Murid, Guru Besar, Guru Diberi Kuasa Laksana Hukuman appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rotan-murid-guru-besar-guru-diberi-kuasa-laksana-hukuman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Pn Gelabah Sebahagian Besar Sedang Menunggu Dakwaan Daan Hukuman

Kenapa Pn Gelabah Sebahagian Besar Sedang Menunggu Dakwaan Daan Hukuman

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 110 hits
dalam sering mainkan naratif Tapi dunia antarabangsa menyatakan sebaliknya Nampak sangat pemimpin PN ni atau paling tidak pun Mereka terdesak Jelas berjaya perbetulkan ekonomi negara yang Mereka tahu jika ia berterusan harapan untuk mereka ...
Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 170 hits
AFPPOLIS dirakam berada di sebuah sekolah di Daejeon lokasi seorang guru menikam murid perempuan sehingga maut pada Isnin Foto Yonhap AFPSeoul Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di ...
Ulu Baram Perlukan Guru Besar Yang Berdedikasi

Ulu Baram Perlukan Guru Besar Yang Berdedikasi

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 152 hits
Nama Encik Salleh Mohd NorJawatan Guru Besar KPM Kepakaran Anti Kerajaan
Guru Besar Komen Hentam Kerajaan Menteri Pendidikan Janji Nak Bagi Perhatian Kan Silakan

Guru Besar Komen Hentam Kerajaan Menteri Pendidikan Janji Nak Bagi Perhatian Kan Silakan

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 330 hits
Hasnul ZulkarnainSalleh Mohd Nor ini seorang Guru Besar di daerah Kuala Kangsar Saya dah lama perhati komen2 dia yang hentam kerajaan secara terbuka Cuma kali ni SS sebab komen dia seolah persendakan teks khutbah Jumaat Perak Dia merupakan ...
Guru Didakwa Amang Seksual Murid Simpan 180 Gambar Aniaya Kanak Kanak

Guru Didakwa Amang Seksual Murid Simpan 180 Gambar Aniaya Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 190 hits
Sinar HarianMohd Kharulnizam hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini Gambar Sinar HarianSEREMBAN Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muri...
Rahsia Besar Tarif Trump

Rahsia Besar Tarif Trump

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 161 hits
Nazri HamdanHari ni sebenarnya satu dunia dah kena game dengan Trump Bila Trump kenakan tarif pada Canada Mexico dan China ramai orang mula fokus pada tarif Korang perasan tak sejak Trump ambil alih jadi Presiden US dia tak pernah cakap pas...
Berita Besar Politik Dunia Hari Ini

Berita Besar Politik Dunia Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 304 hits
Fordaus Berita besar Politik dunia hari ini The Hague Group penubuhan koordinasi 9 negara untuk ambil tindakan antarabangsa pada Israel Salah satu negara adalah Malaysia Alhamdullillah Hebatkan Malaysiaku https thehaguegroup org MalaysiaMad...
Walaupun Bertukar Agama Kami Tetap Kekalkan Tradisi Makan Besar Sempena Tahun Baharu Cina

Walaupun Bertukar Agama Kami Tetap Kekalkan Tradisi Makan Besar Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 194 hits
bharian com myOleh Januari 29 2025 Abdul Halim dan Nur Khaalishah bersama keluarga dan rakan pada majlis makan besar sempena perayaan Tahun Baharu Cina malam tadi NSTP ZAID SALIMKUALA TERENGGANU Meskipun sudah memeluk Islam golongan mualaf ...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran