Rotan Anak Duda Ziana Zain Fail Rayuan



KUALA LUMPUR: Bekas suami penyanyi terkenal, Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang dihukum penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelaki mereka, memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan itu.
Peguam, Amir Farid Mohd Nawawi yang mewakili Armin Zaharin, 55, memberitahu Bernama bahawa rayuan itu difailkan pada tarikh sama anak guamnya dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, iaitu 28 September lalu.
Beliau berkata, rayuan itu sepatutnya ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Azizah Jaafar, hari ini, namun ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Katanya, mahkamah menetapkan 19 November depan sebagai tarikh pengurusan kes yang baharu di hadapan Nur Azizah.
Sebelum ini, Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya yang berumur sembilan tahun menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam, antara jam 8 hingga 10.30 malam 24 Februari 2018.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sabreena kemudian membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai, namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.
Bekas ketua pramugara itu ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana, 52, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, membuat laporan polis pada 27 Februari tahun sama.
Ziana dan Armin Zaharin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Madah Berhelah’ dan ‘Putus Terpaksa’ itu memfailkan tuntutan perceraian pada 3 April 2018 selepas Armin Zaharin enggan melafazkan cerai terhadapnya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan umur 11 hingga 20 tahun. – BERNAMA
The post Rotan anak, duda Ziana Zain fail rayuan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/04/rotan-anak-duda-ziana-zain-fail-rayuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dihukum Penjara 8 Bulan Bekas Suami Ziana Zain Fail Rayuan

Dihukum Penjara 8 Bulan Bekas Suami Ziana Zain Fail Rayuan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 302 hits
Pada 28 September lalu Mahkamah Majistret Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap bekas suami penyanyi dan pelakon Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad 55 Zambri kerana merotan anak lelakinya oleh Mahkamah Majistret...
Rotan Anak Lelaki Bekas Suami Ziana Zain Dihukum Penjara 8 Bulan

Rotan Anak Lelaki Bekas Suami Ziana Zain Dihukum Penjara 8 Bulan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 305 hits
Bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana merotan anak lelakinya oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada 28 September lalu Bagaimanapun Armin memfailkan rayuan di ...
Ziana Zain S Ex Husband Appeals Against Conviction Jail For Caning Son

Ziana Zain S Ex Husband Appeals Against Conviction Jail For Caning Son

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 271 hits
The KL High Court will hear Armin Zaharin s appeal on Nov 19 after case was postponed due to CMCO KUALA LUMPUR The ex husband of singer Ziana Zain Armin Zaharin Ahmad Zambri who was sentenced to eight months in prison for caning his son has...
Hiburan Semua Ini Demi Keselamatan Anak Anak Bekas Suami Fail Tuntutan Hadhanah Dsv Mohon Dirinya Diberi Ruang

Hiburan Semua Ini Demi Keselamatan Anak Anak Bekas Suami Fail Tuntutan Hadhanah Dsv Mohon Dirinya Diberi Ruang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 342 hits
Selepas kecoh isu bekas suaminya menuntut Hadhanah bersama anak anak usahawan penuh sensasi Datuk Seri Vida mohon dirinya diberikan ruang sebelum mengulas lanjut mengenai perkara tersebut Namun begitu memetik laporan Gempak DSV khabarnya ti...
Bekas Suami Kepada Ziana Zain Kinii Sudah Dihukvm Penj4ra

Bekas Suami Kepada Ziana Zain Kinii Sudah Dihukvm Penj4ra

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 439 hits
Terdahulu Bekas suami kepada penyanyi terkenal iaitu Ziana Zainiaitu Armin Zaharin Ahmad Zambridijatuhkan telah di hukvman penj4ra selama lapan bulan oleh kerana merot4n anak lelakinya oleh Mahkamah Majistr3t diShah Alam pada 28 September y...
Bekas Suami Datuk Seri Vida Fail Permohonan Hadanah Terhadap Dua Anak

Bekas Suami Datuk Seri Vida Fail Permohonan Hadanah Terhadap Dua Anak

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 872 hits
Bekas suami kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida memfailkan permohonan hadanah atau hak penjagaan terhadap dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini Peguam Mohd Zaki Zainal Abidin yan...
Najib Fail Rayuan Keputusan Perlu Bayar Rm1 69 Bilion Cukai Lhdn

Najib Fail Rayuan Keputusan Perlu Bayar Rm1 69 Bilion Cukai Lhdn

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 272 hits
609 total views 609 views today KUALA LUMPUR 26 Okt Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan agar beliau membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1 69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam...
Sut Bow Tie Azwan Ali Dipuji Barulah Jantan Didoa Bertemu Jodoh Dengan Ziana Zain

Sut Bow Tie Azwan Ali Dipuji Barulah Jantan Didoa Bertemu Jodoh Dengan Ziana Zain

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 386 hits
Semua sedia maklum mengenai selebriti serba boleh Azwan Ali atau sinonim dengan panggilan Diva AA Terbaru penampilan Azwan yang muncul secara langsung menerusi program hiburan realiti Lagu Cinta Kita 2 telah mencuri perhatian ramai source
Hampir Selesai Rawatan Ivf Siti Elizad Berdoa Ada Rezeki Peroleh Anak

Hampir Selesai Rawatan Ivf Siti Elizad Berdoa Ada Rezeki Peroleh Anak

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 299 hits
Umum sedia makum bahawa pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin sedang menjalani proses ujian persenyawaan in vitro bagi mendapatkan zuriat Menerusi laman Instagram dia tidak lokek berkongsi perjalanan proses itu dengan peminatn...
Free Parking In Penang Until App Outage Is Fixed Says State Govt

Inventory And Supply Chain Matters

Hafiz Suip Biodata Kerjaya Keluarga Kes Penceraian

All Pardon Applications Must Go Through Pardons Board Says Istana Negara

Bila Istana Negara Keluarkan Kenyataan Mamat Ni Lak Lebih Lebih

Savor The Feast Of Fortune At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Help Ryanair Won T Send Money To A U S Bank Account We Want What We Re Due For A Delay

Telefilem Jeriji Kasih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Dinner Tema Kampung Pelikat Batik Di Elissa Garden Alor Setar

Paranoia Fahami Apa Itu Dan Cara Menanganinya

Ptsd Trauma Yang Meninggalkan Luka Emosi Mendalam

Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

2 Maut Kereta Terhumban Dalam Gaung

Travel Youtuber Reveals 5 Favorite Features Of His Campervan Oyen