Jasa Rakyat Beri Kemenangan Ph Mesti Dihargai Rileksmedia


ALOR SETAR – Pemimpin dan anggota parti Pakatan Harapan (PH) mesti menghargai jasa dan budi rakyat yang berani melakukan perubahan luar biasa dengan memilih dan memberi kemenangan kepada pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu untuk menerajui pentadbiran negara ini. Sehubungan itu, Pengerusi PH Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata cara untuk menunjukkan kepimpinan dan anggota PH menghargai rakyat adalah dengan berkhidmat sebaik mungkin kepada mereka.
“…yang layak terima penghargaan setinggi-tingginya tidak lain dan tidak bukan adalah rakyat Malaysia, kerana dalam keadaan senyap, dalam keadaan tidak menonjol tetapi terkesan dalam kempen pilihan raya kita, tanpa tunjuk sokongan terlalu terbuka, rupa-rupanya mereka sehati sejiwa dengan kita memberanikan diri buat keputusan memangkah dan mengundi calon PH,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Kepimpinan PH Kedah: Cabaran dan Harapan di Dewan Seri Mentaloon, yang turut disertai barisan exco kerajaan negeri serta kepimpinan keempat-empat parti dalam pakatan itu.
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata konvensyen itu diadakan sebagai sebahagian daripada platform bagi kerajaan negeri menjelaskan kepada anggota PH mengenai sebarang tindakan yang sedang dan bakal dilakukan untuk menyelesaikan pelbagai isu berbangkit di negeri ini.
“Sekurang-kurangnya sebagai jentera parti di semua peringkat, wakil semua parti (dalam PH) boleh menghebahkan maklumat tepat mengenai apa keadaan sebenar di Kedah dan isu serta penyelesaian sedang dilaksanakan (kerajaan negeri) supaya maklumat di peringkat akar umbi itu disalurkan mengikut saluran betul…ini cara kita memenuhi, mengisi kemenangan,” katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata masalah air di Kedah terus menjadi perhatian kerajaan negeri dengan sebarang projek berkaitan bekalan air akan dilaksanakan secara tertib dan berhemah menerusi tender terbuka supaya tidak berlaku pembaziran peruntukan kerajaan.
“Banyak isu kita terpaksa harungi, masalah air terkesan secara langsung dan tidak langsung…kita juga perlu ihsan kerajaan persekutuan,” katanya. – BERNAMA
sumber : mynewshub
The post Jasa Rakyat Beri Kemenangan PH Mesti Dihargai – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/jasa-rakyat-beri-kemenangan-ph-mesti-dihargai-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Speaker Berhubung Status Mp Cameron Highlands Adalah Kemenangan Rakyat Zahid

Keputusan Speaker Berhubung Status Mp Cameron Highlands Adalah Kemenangan Rakyat Zahid

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR 10 Dis Keputusan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof adalah kemenangan rakyat ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata demikian selepas Arif menarik kembali keputusannya sebelum ini y...
Rakyat Sahut Seruan Bangkit Bantah Icerd Rileksmedia

Rakyat Sahut Seruan Bangkit Bantah Icerd Rileksmedia

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 431 hits
Ini termasuk cubaan biadab pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk segera meratifikasi Konvenysen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Diskriminasi Kaum dalam masa terdekat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang keti...
Program Tingkat Semangat Patriotisme Rakyat Disusun Rileksmedia

Program Tingkat Semangat Patriotisme Rakyat Disusun Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menganjurkan pameran kenegaraan di 15 lokasi di seluruh negara untuk meningkatkan tahap semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Menterinya Gobind Singh Deo berkata pameran itu a...
Bersatu Di Sarawak Atas Kehendak Rakyat Dr Mahathir Rileksmedia

Bersatu Di Sarawak Atas Kehendak Rakyat Dr Mahathir Rileksmedia

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 412 hits
BINTULU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Sarawak adalah atas kehendak rakyat pribumi negeri yang merasakan hanya parti itu yang memahami tahap kehidupan dan melindungi hak mereka Be...
Anies Sebut Perayaan Kemenangan Persija Seperti Pesta Rakyat

Anies Sebut Perayaan Kemenangan Persija Seperti Pesta Rakyat

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 281 hits
Anies menjelaskan setelah konvoi dari kawasan Gelora Bung Karno Senayan Persija akan disambut layaknya saat memenangkan Piala Presiden beberapa waktu lalu
Ruu Akta Pengangkutan Jalan 2018 Dibentang Di Dewan Rakyat Rileksmedia

Ruu Akta Pengangkutan Jalan 2018 Dibentang Di Dewan Rakyat Rileksmedia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan membentangkan Rang Undang undang Akta Pengangkutan Jalan 2018 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini Pembentangan dibuat Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Dat...
Bn Pahang Optimis Mampu Kekalkan Kemenangan Di Cameron Highlands Rileksmedia

Bn Pahang Optimis Mampu Kekalkan Kemenangan Di Cameron Highlands Rileksmedia

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 538 hits
KUANTAN Pengerusi Barisan Nasional Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail optimis parti berkenaan mampu mengekalkan kemenangan di Parlimen Cameron Highlands sekiranya pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu Wan Rosdy yang juga Menteri Be...
Dewan Rakyat Keluar Surat Peringatan Terakhir Angkat Sumpah Yamani Hafeez Rileksmedia

Dewan Rakyat Keluar Surat Peringatan Terakhir Angkat Sumpah Yamani Hafeez Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 473 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat akan mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Yamani Hafez Musa dalam masa terdekat agar Anggota Parlimen Sipitang itu segera hadir bagi mengangkat sumpah jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff...
Sivarraajh Layak Hadir Sidang Dewan Rakyat Ariff Rileksmedia

Sivarraajh Layak Hadir Sidang Dewan Rakyat Ariff Rileksmedia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR Datuk C Sivarraajh kekal sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands dan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat sehingga proses rayuan di mahkamah selesai Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membuat keputusan...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Rahsia Telur Dadar Padang Rangup Gebu Ini Cara Asli Orang Minang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Game Open World Pertama Dari Les Copaque

Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan