Rosmah Dakwa Dirinya Dianiaya



KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor yang berdepan pertuduhan rasuah berkait projek tenaga solar sekolah di Sarawak mendakwa bekas peguam negara Tommy Thomas dan pesara hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram bersubahat untuk menganiaya dirinya sama seperti yang dilakukan terhadap suami beliau, Najib Razak.
Beliau berkata, individu yang dikenali sebagai Hamidah Osman membuat laporan polis di Batu Gajah, Perak pada 20 Mei selepas Thomas memfailkan dua afidavit untuk mengetepikan permohonannya untuk membatalkan kelayakan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes beliau dan mengisytiharkan perbicaraannya terbatal.

Beliau berkata, Hamidah mendakwa bahawa Thomas “berbohong dan menipu” dalam mengesahkan afidavit itu.
“Mahkamah juga mesti meneliti fakta ini dalam menilai kenyataan Thomas dalam afidavitnya kerana beliau tiada kredibiliti,” kata isteri bekas perdana menteri itu dalam afidavit balas beliau.
“Thomas bersama-sama Sri Ram mempunyai niat jelas dalam mencapai agenda keji mereka untuk menganiaya saya sama seperti yang mereka lakukan terhadap Najib.”

Sri Ram juga merupakan ketua pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah 1MDD dan kes mengubah laporan audit 1MDB melibatkan Najib.
Pembantu Rosmah, Aizulhaimi Mohd Termizi, juga membuat laporan polis yang mendakwa Thomas membuat sumpah bohong dengan mengesahkan afidavit berkenaan bagi menyokong pelantikan Sri Ram.
Rosmah mendakwa keputusan Thomas untuk melantik Sri Ram sebagai pendakwa raya kanan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah (CPC) tidak diwartakan dan tiada dokumen dikemukakan kepada mahkamah sehingga kini.
Peguam beliau mengambil pendirian bahawa Sri Ram, yang kembali kepada amalan guaman selepas bersara, sepatutnya dilantik bawah Seksyen 379 kanun yang sama untuk membuat pendakwaan terhadap Rosmah.
“Penjelasannya (Thomas) mengenai pelantikan itu adalah fantasi kerana fiat (lesen) hanya dikeluarkan oleh Peguam Negara Idrus Harun pada 8 Julai 2020,” katanya.
Rosmah berkata, Thomas juga menyebut dalam memoir beliau, “My Story: Justice in the Wilderness”, yang diterbitkan awal tahun ini, bahawa pelantikan Sri Ram di bawah Seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah hanyalah untuk memeriksa kertas siasatan dan menjalankan pendakwaan berkaitan kes 1MDB.
Selepas itu Thomas bagaimanapun melantik Sri Ram di bawah Seksyen 376(3) untuk menjalankan pendakwaan jenayah, termasuk kes rasuah dan pengubahan wang membabitkan Rosmah.
“Oleh sebab Sri Ram berada dalam kawalan dan arahan saya dan berada pada kedudukan untuk menjalankan semua kuasa pendakwa raya, saya secara peribadi memberikan kuasa kepadanya untuk menjalankan pendakwaan lain juga,” katanya.

Pada 30 ogos 2018 Thomas berkata, beliau melantik Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan untuk mengendalikan pendakwaan berkaitan perkara yang kemudiannya dikenali sebagai “skandal 1MDB”.
Katanya, beliau meminta Sri Ram menjalankan pendakwaan lain juga, termasuk kes rasuah dan pengubahan wang terhadap Rosmah.
“Anggapan bahawa saya perlu memberikan surat lain secara bertulis kepada Sri Ram (untuk menjalankan pendakwaan dalam kes rasuah Rosmah) di bawah Seksyen 379 CPC adalah falasi undang-undang,” katanya.
Permohonan Rosmah dijadual didengar di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan pada 3 Jun.

Permohonan itu difailkan selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada April bahawa surat pelantikan Sri Ram tidak ditulis tarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018, iaitu tarikh Rosmah didakwa di mahkamah, dan tidak ditandatangani oleh Thomas.
Hakim Suraya Othman, yang mengetuai panel tiga hakim berkata, surat tersebut bertarikh 8 Julai 2020, iaitu 19 bulan selepas Rosmah didakwa, dan ditandatangani oleh Idrus, yang merupakan peguam negara sekarang.
Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta daripada kontraktor Saidi Abang Samsuddin berkaitan projek bekalan tenaga solar sekolah di Sarawak, selain menerima RM6.5 juta daripadanya.
Wang itu didakwa bertujuan membantu syarikat Saidi, Jepak Holdings Sdn Bhd mendapat projek bernilai RM1.25 bilion tersebut.
Pembelaan Rosmah dijadual didengar selama sembilan hari antara Jun dan Julai ini lapor FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/rosmah-dakwa-dirinya-dianiaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Kj Dakwa Syarikat Janji 2 Juta Vaksin Covid19 Scam Km Pulau Pinang Tuntut Penjelasan Syarikat Berkenaan

Selepas Kj Dakwa Syarikat Janji 2 Juta Vaksin Covid19 Scam Km Pulau Pinang Tuntut Penjelasan Syarikat Berkenaan

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 278 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menuntut syarikat swasta yang menjanjikan 2 juta dos vaksin Sinovac Covid 19 ke negeri itu untuk tampil menafikan tuduhan melakukan penipuan Ini selepas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 ...
Dakwaan Kes Membunuh Norhalim Tumiran Seorang Konstabel Polis Di Dakwa Hari Ini

Dakwaan Kes Membunuh Norhalim Tumiran Seorang Konstabel Polis Di Dakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 297 hits
SIBU Seorang konstabel polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana membunuh seorang rakan sekerjanya awal bulan ini Konstabel Muhamad Nur Alif Mazlan 28 didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalaha...
Polis Melaka Tahan Penjawat Awam Dakwa Sokong Israel

Polis Melaka Tahan Penjawat Awam Dakwa Sokong Israel

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 347 hits
7 078 total views 7 078 views today MELAKA 19 Mei Polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 31 tahun yang didakwa menyokong Israel menerusi satu video berdurasi 59 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok Ketua Polis Daerah Melaka ...
Selangor Tolak Pkp Penuh Dakwa Kadar Rt Masih Rendah

Selangor Tolak Pkp Penuh Dakwa Kadar Rt Masih Rendah

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 328 hits
SHAH ALAM Selangor menolak cadangan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh di negeri itu dan mendakwa ia berada pada tahap terbaik dalam pengurusan Covid 19 Pengerusi Selangor Task Force Covid 19 Dr Dzulkefly Ahmad ketika mempertikai...
Kali Ini Netizen Dakwa Pula Neelofa Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Hadir Ke Mahkamah Pagi Tadi

Kali Ini Netizen Dakwa Pula Neelofa Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Hadir Ke Mahkamah Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 273 hits
1 966 total views 1 966 views today Awal pagi tadi Neelofa dan suaminya melakukan prosiding dakwaan atas kesalahan merentas negeri di Kompleks Mahkamah Seremban Negeri Sembilan Ketibaan mereka disana dikerumuni pihak pihak media Terdapat pi...
Gencatan Senjata Hamas Dakwa Mendapat Kemenangan Dalam Konflik Dengan Israrel

Gencatan Senjata Hamas Dakwa Mendapat Kemenangan Dalam Konflik Dengan Israrel

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 162 hits
nbsp BANDAR GAZA Seorang pemimpin kanan Hamas mendakwa menang dalam konflik dengan Israel ketika berucap di hadapan beribu ribu orang yang meraikan pelaksanaan gencatan senjata Israel Palestin di Bandar Gaza hari ini Ini adalah kemuncak keg...
Tanah Rizab Padang Ternakan Diragut Dakwa Penduduk Di Kota Belud

Tanah Rizab Padang Ternakan Diragut Dakwa Penduduk Di Kota Belud

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 303 hits
Tapak seluas kira kira 0 2ha yang didakwa merupakan lokasi majlis pecah tanah projek berskala besar membabitkan ladang perikanan dan eko resort pada 29 Mei ini sedang giat disiapkan KOTA BELUD Tanah rizab padang ragut Kuala Pintasan dekat s...
Polis Perak Kesan Suami Isteri Dakwa Diperas Ugut Anggotanya

Polis Perak Kesan Suami Isteri Dakwa Diperas Ugut Anggotanya

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 287 hits
MALAYSIAKINI Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid hari ini meminta sepasang suami isteri yang mendakwa diperas ugut oleh anggotanya agar tampil memberikan maklumat bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap anggota terlibat ...
Ada Saksi Dakwa Mangsa Merokok Sebelum Kereta Yang Membawa Mercun Bola Meletup

Ada Saksi Dakwa Mangsa Merokok Sebelum Kereta Yang Membawa Mercun Bola Meletup

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 289 hits
1 411 total views 1 411 views today Kejadian kereta yang membawa sejumlah mercun bola yang banyak dan mengakibatkan letupan yang kuat dipercayai akibat mangsa menghisap rokok di dalam kenderaan yang dibawanya lapor Berita Harian Walau bagai...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Holiday Schedule 2024

Why We Should Be Looking At Children S Learning From A Long Term Perspective

Alihkan Anak Pokok Limau Kasturi

Wanita Milik Kaiden

Tips Hilangkan Stress Pergi Tempat Kesukaan Kita

5 Alat Canggih Untuk Membuat Konten Otomatis Dengan Ai Pada 2025