Tanah Rizab Padang Ternakan Diragut Dakwa Penduduk Di Kota Belud


 
Tapak seluas kira-kira 0.2ha yang didakwa merupakan lokasi majlis pecah tanah projek berskala besar membabitkan ladang perikanan dan eko resort pada 29 Mei ini sedang giat disiapkan.KOTA BELUD: Tanah rizab padang ragut Kuala Pintasan dekat sini seluas 364ha milik lebih 1,000 penduduk di kampung itu dipindah milik, digerankan dan bakal dimajukan oleh sebuah syarikat bukan Bumiputera tanpa pengetahuan mereka, dakwa pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Labuan, Rusidi Merjin.
Katanya, majlis pecah tanah projek berskala besar membabitkan ladang perikanan dan eko resort di tapak itu dijangka dibuat pada 29 Mei ini.
“Tapak khas dianggarkan seluas 0.2ha yang didakwa merupakan lokasi majlis pecah tanah projek itu sedang giat disiapkan oleh pemaju terbabit.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Labuan, Rusidi Merjin membuat laporan polis di IPD Kota Belud, baru-baru ini.“Sehubungan itu, penduduk kampung mendesak campur tangan Ketua Menteri Hajiji Noor supaya menghalang projek berskala besar itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Rusidi berkata, tanah rizab padang ragut itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri kepada penduduk kampung terbabit pada 2 Feb 1956 untuk kegiatan penternakan lembu dan kerbau.
Bagaimanapun katanya, awal bulan lalu, sebilangan pekebun didatangi sekumpulan lelaki “berlagak samseng: yang mengarahkan mereka supaya mengosongkan kebun masing-masing.
Namun katanya, apabila diminta menunjukkan surat arahan mahkamah sebagai bukti, kumpulan terbabit beredar dari kawasan itu.
Sehubungan itu, beliau bagi pihak penduduk kampung membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud pada 11 Mei meminta siasatan dilakukan terhadap dalang pengambilan tanah serta pihak yang menceroboh, memproses geran dan membangunkan tanah berkenaan tanpa kebenaran pemegang amanah rizab padang ragut untuk penduduk Kampung Labuan.
Rusidi berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan hampir keseluruhan tanah rizab padang ragut berkenaan dipindah milik dan digerankan atas nama syarikat swasta dan individu.
“Penduduk kampung kecewa kerana kerajaan negeri seolah-olah lebih mengutamakan syarikat besar untuk kelulusan geran sedangkan tuntutan penduduk kampung untuk memiliki dokumen itu tidak dilayan sejak 1963 sehingga kini.
“Mungkin ini ‘hadiah’ Aidilfitri kepada kita. Nasib kami hampir sama dengan penduduk Palestin yang diserang secara zalim menjelang Hari Raya,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/05/tanah-rizab-padang-ternakan-diragut.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Bermagnitudo 3 4 Guncang Kota Padang Sidimpuan

Gempa Bermagnitudo 3 4 Guncang Kota Padang Sidimpuan

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 271 hits
Gempa bumi tektonik bermagnitudo 3 4 dengan kedalaman 2 km mengguncang Kota Padang Sidimpuan Sumatera Utara dan sekitarnya Selasa pukul 05 40 WIB
Video Katak Ini Lebih Sedap Dari Ayam Penduduk Temui Katak Sebesar Bayi Manusia

Video Katak Ini Lebih Sedap Dari Ayam Penduduk Temui Katak Sebesar Bayi Manusia

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 301 hits
1 591 total views 1 463 views today Penduduk di Kepulauan Solomon terkejut selepas menemui katak yang saiznya sebesar bayi manusia dengan berat hampir mencecah satu kilogram Video menunjukkan haiwan amfibia Cornufer guppyi frog muncul di ka...
Penduduk Palestin Mati Akibat Sesak Nafas Israel Didakwa Guna Bom Beracun

Penduduk Palestin Mati Akibat Sesak Nafas Israel Didakwa Guna Bom Beracun

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 813 hits
Oleh Kepulan asap dari sebuah menara menjulang ke udara selepas dibedil tentera rejim Zionis di Gaza baru baru ini Foto MEDIA SOSIAL KEMENTERIAN Kesihatan di Gaza semalam mengesahkan bahawa sejumlah penduduk Palestin mati sesak nafas akibat...
Satu Kampung Kuarantin Selepas 22 Penduduk Positif Covid 19

Satu Kampung Kuarantin Selepas 22 Penduduk Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 414 hits
Oleh KOSMO Proses sanitasi dan nyah kuman dijalankan di kampung tersebut kelmarin Suara com JAKARTA Penduduk sebuah kampung di mukim Sumber di Banjarsari Kota Solo dalam wilayah Jawa Tengah terpaksa diperintahkan menjalani kuarantin selepas...
Ratusan Penduduk Palestin Cedera Dalam Pertempuran Terbaharu

Ratusan Penduduk Palestin Cedera Dalam Pertempuran Terbaharu

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 370 hits
Ratusan individu lagi cedera dalam siri pertempuran terbaharu antara Palestin dan pasukan keselamatan Israel di sini hari ini Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin dalam kenyataannya memaklumkan dianggarkan 50 individu dirawat di hospital s...
Pkpd Seramai 54 Penduduk Diuji 35 Didapati Positif Covid 19 Di Kampung Paya Teh Jerantut

Pkpd Seramai 54 Penduduk Diuji 35 Didapati Positif Covid 19 Di Kampung Paya Teh Jerantut

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 382 hits
PUTRAJAYA Tiga lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dengan dua daripadanya di Pahang Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata salah satunya ialah Kampung Paya Teh Jerantut Katanya sehingga...
Penduduk Marah Laluan Tikus Ditutup Bakar Penghadang Polis

Penduduk Marah Laluan Tikus Ditutup Bakar Penghadang Polis

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 299 hits
AGENDA DAILY Pihak tidak bertanggungjawab membakar penghadang plastik dan kawat berduri di laluan tikus di Kampung Gong Lapang Besut Terengganu yang bersempadan dengan Pasir Putih Kelantan pada Ahad Gambar PDRMRespons terhadap penutupan lal...
Kaunter Potong Gelang Pink Hso Di Kota Bharu Diubah

Kaunter Potong Gelang Pink Hso Di Kota Bharu Diubah

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 877 hits
Kaunter pemotongan gelang merah jambu bagi individu yang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah di daerah ini ditukar ke cawangan Pejabat Kesihatan Kota Bharu bersebelahan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan Pengkalan Chepa di s...
Sahabat Ultah Istri Wakil Wali Kota Solo Beri Ucapan Selamat Lewat Baliho Besar

Sahabat Ultah Istri Wakil Wali Kota Solo Beri Ucapan Selamat Lewat Baliho Besar

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 517 hits
Sherly membenarkan adanya pemasangan sejumlah baliho tersebut Baliho tersebut dipasang sejak Sabtu pekan lalu oleh tim yang dimintanya Ia sengaja tidak mengirim ucapan dalam bentuk karangan bunga atau lainnya karena ingin memberikan surpris...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia