Selepas Kj Dakwa Syarikat Janji 2 Juta Vaksin Covid19 Scam Km Pulau Pinang Tuntut Penjelasan Syarikat Berkenaan


 

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menuntut syarikat swasta yang menjanjikan 2 juta dos vaksin Sinovac Covid-19 ke negeri itu untuk tampil menafikan tuduhan melakukan penipuan.
Ini selepas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Nasional (NIP) Khairy Jamaluddin mendakwa syarikat itu sama sekali tidak wujud.
Pada satu kenyataan hari ini, ketua menteri Pulau Pinang berkata tuduhan itu serius, justeru pengarah dan syarikat terbabit perlu tampil untuk menolak tuduhan tersebut.
"Kerajaan Negeri dengan ini memohon supaya syarikat terbabit untuk memberi penjelasan serta menunjukkan bukti-bukti yang berkaitan demi membersihkan nama serta imej mereka," katanya.




Chow menjelaskan ketika menerima tawaran vaksin melalui surat bertarikh 1 Februari, kerajaan negeri telah meminta pandangan daripada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.
"Pada 12 Mac 2021, Mohd Shafiq Abdullah selaku Ketua Setiausaha KKM telah memberi jawapan kepada Kerajaan Pulau Pinang bahawa adalah tidak perlu menimbangkan sumbangan vaksin tersebut kerana Kerajaan Persekutuan telahpun merangka dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
"Pandangan Ketua Setiausaha KKM, Mohd Shafiq Abdullah langsung tidak menyentuh tentang isu status syarikat tersebut.
"Kerajaan Pulau Pinang dengan ini tidak berupaya menyusuli perkara ini kerana tidak dapat mengemukakan surat perakuan KKM kepada syarikat berkenaan untuk membolehkan mereka meneruskan rundingan dengan pihak pengeluar vaksin," katanya lagi.
Jelas Chow tawaran vaksin ini dibangkitkan semula pada 18 Mei 2021 apabila pihaknya mempersoalkan mengapa KKM tidak dapat memberi perakuan untuk Kerajaan Pulau Pinang sedangkan negeri Sarawak dan Selangor dilaporkan membeli vaksin untuk kegunaan negeri masing-masing.
Terdahulu Khairy berkata tawaran daripada syarikat yang tidak wujud itu tidak sahih.
Menurut menteri itu, pihaknya telah berhubung dengan Sinovac Biotech Ltd di China, yang telah mengesahkan tiada apa-apa bukti dan permohonan diterima oleh wakil syarikat tersebut, berhubung sumbangan yang dimaksudkan.
Katanya, berdasarkan surat yang diterima Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 1 Feb 2021 yang ditulis oleh Yong Chee Kong dari Kota Kinabalu, sumbangan tersebut adalah dalam bentuk pembayaran kepada pihak Sinovac Biotech untuk kos vaksin sebanyak dua juta dos.
“Penulis surat ini telah memperkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia dan merupakan pengarah urusan syarikat Xintai Development Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong.
“Dalam surat ini disebut bahawa penulis surat itu akan bayar deposit AS$2 juta sekiranya Pulau Pinang setuju dan individu tersebut juga telah berhubung dengan pihak Sinovac Biotech melalui pegawai jualan antarabangsa iaitu Coco Chang,” katanya.
Wanita yang dinamakan sebagai pegawai jualan antarabangsa tersebut, jelas Khairy lagi telah mengesahkan dia tidak menguruskan pasaran Asia dan menafikan dihubungi berkaitan sumbangan yang dimaksudkan.
Khairy juga berkata, pihaknya juga pernah menerima surat dari penulis yang sama pada 9 Feb 2021 atas tujuan sumbangan vaksin sebanyak dua juta dos, kepada Kerajaan Negeri Sabah.
“Apabila kita menerima surat ini, kakitangan saya merujuk kepada pihak Sinovac dan mendapati bahawa tawaran ini tidak betul.
"Ini satu ‘scam’, ini satu penipuan. Jangan politikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan ‘scam’ ini.
“Saya mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu menderma vaksin, tapi mesti melalui saluran yang betul. Vaksin adalah barang kawalan dan ia tidak mudah untuk dibeli dan diimport. Ini bukan seperti membeli ‘t-shirt’ di Shopee,” katanya.
Khairy berkata pihaknya akan meminta Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), untuk membuat laporan polis berkenaan individu yang tidak diketahui identiti ini.
Malaysia Kini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/05/selepas-kj-dakwa-syarikat-janji-2-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Scam Vaksin Wakil Syarikat Disyaki Cuba Tipu Kerajaan Pulau Pinang

Scam Vaksin Wakil Syarikat Disyaki Cuba Tipu Kerajaan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 262 hits
May 23 2021 10 38 AMKetua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menunjukkan surat tawaran dua juta dos vaksin Covid 19 daripada sebuah syarikat baru baru ini PETALING JAYA Wakil syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang dipercayai cuba m...
Sumbangan 2 Juta Dos Vaksin Pulau Pinang Kena Scam Khairy

Sumbangan 2 Juta Dos Vaksin Pulau Pinang Kena Scam Khairy

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Tawaran sumbangan dua juta dos vaksin COVID 19 Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penipuan menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar Dalam satu sidang media ha...
Video Vaksin Percuma Pulau Pinang Satu Scam Kenapa Baru Sekarang

Video Vaksin Percuma Pulau Pinang Satu Scam Kenapa Baru Sekarang

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 207 hits
Pegawai mengingatkan saya bahawa kami menerima surat berkenaan pada 9 Februari lalu daripada Yong Chee Kong yang mendakwa dirinya sebagai Pengarah Urusan Xintai Apa yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow semalam adal...
Khairy Syarikat Tawar 2 Juta Dos Vaksin Pada P Pinang Tak Wujud

Khairy Syarikat Tawar 2 Juta Dos Vaksin Pada P Pinang Tak Wujud

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 337 hits
Hariz MohdSyarikat yang menawarkan untuk menyumbang dua juta dos vaksin Sinovac kepada Pulau Pinang adalah tidak wujud kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Khairy memaklumkan perkara itu kepada pem...
Ini Punca Dan Apa Yang Berlaku Selepas Didakwa Scam Km Minta Pengarah Syarikat Jelas Tawaran 2 Juta Dos Sinovac

Ini Punca Dan Apa Yang Berlaku Selepas Didakwa Scam Km Minta Pengarah Syarikat Jelas Tawaran 2 Juta Dos Sinovac

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 219 hits
W FAUDZINKekuatan dan nadi sesebuah negara itu adalah parlimen Di sini bermula segalanya di sini tempat berbincang baiki mana yg patut tambah mana yg perlu Tapi bila parlimen pun ditutup tak peliklah kita tewas berperang lawan Covid walaupu...
Kenapa Anwar Marah Selepas Pendedahan Syarikat Scam Mahu Derma Vaksin

Kenapa Anwar Marah Selepas Pendedahan Syarikat Scam Mahu Derma Vaksin

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 357 hits
Pendedahan semalam oleh Khairy Jamaluddin berhubung sebuah syarikat scam atau tidak wujud yang kononnya mahu menderma vaksin kepada Kerajaan Pulau Pinang membuka pekung satu penipuan besar yang cuba dirancang tetapi mujur ia berjaya disekat...
Khairy Dedah Siapa Sebenarnya Yang Tawar Sumbangan 2 Juta Vaksin Covid 19 Kepada Pulau Pinang

Khairy Dedah Siapa Sebenarnya Yang Tawar Sumbangan 2 Juta Vaksin Covid 19 Kepada Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 228 hits
May 21 2021 Sehari setelah media melaporkan Khairy Jamaluddin menyifatkan tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid 19 sebagai palsu ahli perniagaan yang dikaitkan dengan dakwaan itu dikatakan berhubungan dengan pejabat Menteri Penyelaras...
Polis Pulau Pinang Panggil Beberapa Saksi Bantu Siasatan Isu Tawaran Sumbangan Vaksin Covid19

Polis Pulau Pinang Panggil Beberapa Saksi Bantu Siasatan Isu Tawaran Sumbangan Vaksin Covid19

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 267 hits
Polis Pulau Pinang akan merekodkan keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung individu kononnya menawarkan sumbangan vaksin Covid 19 keluaran Sinovac untuk negeri itu Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata seta...
Polis Siasat Yong Berhubung Sumbangan Vaksin Pulau Pinang

Polis Siasat Yong Berhubung Sumbangan Vaksin Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 261 hits
MALAYSIAKINI Polis Sabah telah menyoal siasat ahli perniagaan Yong Chee Kong individu yang mengaku sebagai pihak yang mahu menawarkan sumbangan vaksin sebanyak dua juta dos kepada Pulau Pinang Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Gha...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats