Roslan Agih Nasi Bungkus Kepada Penduduk Pulau
Hendak menyediakan makanan untuk berbuka
kepada orang lain tidak semestinya mewah dan diadakan di tempat mewah. Kalau ada
makanan yang boleh diagih-agihkan untuk berbuka puasa pun sudah memadai. Nai bungkus pun kira sudah baik.
Jadi, hendak menyediakan makanan berbuka
tidak sukar. Tambah lagi jika ada individu atau pihak bersedia membantu.
Inilah
dilakukan Roslan Ismail yang sedia membantu sesiapa ingin menyampaikan
sumbangakan dalam bentuk apa sekalipun kepada penduduk pulau.
Beliau dimanahkan banyak individu sebagai orang perantaraan untuk
menyalurkan bantuan kepada penduduk pulau. Penyumbang akan memasukkan wang ke
dalam akaun beliau atau menghantar barang untuk diagihkan.
Ada juga pihak yang menjadikan beliau sebagai pengantara untuk memilih
penerima dan penyumbang akan datang sendiri menyerahkan sumbangan. Ini kerana
Roslan mengenali hampir ke semua keluarga penduduk pulau dan mengetahui status
mereka.
Menariknya, Roslan Ismail bukan berstatus pemimpin. Bahkan, dia kategori
orang kelainan upaya (OKU).
Biarpun berstuatus OKU, Roslan insan hebat. Dia yang lebih dikenali Abe
Lan atau Lan Pulau Seratus adalah aktivis kemasyarakatan dan kesukarelaan tegar
yang menyumbang bakti untuk kebaikan dan kesenangan orang lain.
Dia yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan apabila
mula terlibat dengan aktiviti belia melalui persatuan belia dan beberapa badan
bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyaraktan
dan kesukarelawan.
Bermula sejak lebih 30 tahun lalu, Roslan tidak jemu-jemu untuk terus
membantu orang lain sebagai mungkin biarpun dalam keadaan keupayaan yang
terbatas.
Semangat kesukarelawan dan kemasyarakatan Roslan membantu penduduk
diiktiraf melalui pelbagai anugerah. Anugerah terbaharu diterima adalah Tokoh
OKU Parlimen Tumpat 2022.
Selain Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022, beliau telah menerima Anugerah
Rakan JobsMalaysia Terbaik (2016, 2017) disampaikan bekas Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak,
Senarai anugerah lain diterima Roslan;
- Anugerah Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021
- Anugerah Kelab Nadi Bangsa (1996)
- Anugerah Sukarelawan YOKUK (2000)
- Dilantik rakan komuniti JPN Negeri Kelantan oleh Ketua Pengarah JPN
(2018)
- Anugerah Belia Kelantan (2019)
- Menjalani umrah Bersamamu TV3 (2016)
Jadi, tidak hairan jika ada pemimpin datang atau aktiviti di kepulauan,
Roslan akan dijemput bersama atau dilibatkan untuk menjayakannya. Dia
menjadi ikon penduduk pulau.
Roslan tidak mampu berjalan akibat mengidapai polio semasa kecil akan
bergerak dari satu pulau ke satu pulau dengan menggunakan ATV ataupun motosikal
roda tiga, selain menggunakan bot dari jeti ke jeti.

Gambar – Roslan menerima amanah daripada
seorang penyumbang dari Kuala Lumpur mengagihkan nasi bungkus kepada penduduk
pulau untuk berbuka puasa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://biroteguhnegara.blogspot.com/2023/04/jds.html