Bersahur Di Nasi Kandar Sulaiman Georgetown Pulau Pinang
Bersahur Di Nasi Kandar Sulaiman, Georgetown Pulau Pinang. Kalau berada di Pulau Pinang, memang tak lengkap kalau tidak tak pekena nasi kandar. Tambah-tambah lagi akak yang memang tinggal bersempadankan dengan Pulau Pinang ni, bila terasa nak makan nasi kandar, start kereta 35 min sampailah ke destinasi. Pertama kali tahun ni kami bersahur di kedai nasi kandar.
gambar : fb Nasi Kandar Sulaiman
Kalau korang nampak signboard macam ni, betul dahlah lokasinya. Dek kerana dah beratur panjang, lupa nak ambil sendiri gambar muka depan kedai ni. Di Pulau Pinang ada banyak kedai nasi kandar. Tapi korang kena pandai pilih yang kena dengan selera dan lokasi bersih. Dari pusat bandar Georgetown sampai ke Bayan Baru terus ke Balik Pulau berderet-deret kedai nasi kandar. Besar kecil, berniaga dalam restoran, kedai tepi jalan mahupun di kereta-kereta tolak.
Akak bukanlah peminat tegar nasi kandar tapi sesekali bila rasa teringin tu cari jugalah. Berbeza dengan en hubby, juga bukan peminat tegar nasi kandar tapi tau sahaja kedai-kedai mana yang best. Kalau dulu masa belajar di USM, memang tak makan nasi kandar ni. Tapi kalau dah kata jodoh mencari rezeki dan menetap di sini, lama-lama selera pun bertukar.
Nasi Kandar Sulaiman, Georgetown Pulau PinangMasuk minggu ke dua puasa ni, iklan Nasi Kandar Sulaiman ni kerap sangat lalu lalang dalam fb. Menggoda sungguh ! Asal buka fb sahaja, antara iklan yang mesti nampak Nasi Kandar Sulaiman. Dek kerana kerap sangat disogok dengan iklan ni, kamipun kena cuba. Tak pernah jejak kaki lagi ke Nasi Kandar Sulaiman ni, nampak macam menarik.
Kami sampai lokasi awal juga,dalam 1050pm, tengok-tengok kedai tutup. Alamak...tak sampai hajat ni...malasnya nak cari kedai lain. Dalam dok pusing-pusing tu terfikir juga, mungkin buka lewat, yelah habuan untuk orang bersahur. Kami pun meronda dululah ke Padang Kota. Sambil-sambil tu, akak cari balik info dalam fb. Rupa-rupanya buka bermula jam 12 tengah malam. Tulah main terjah aje. Bulan puasa waktu operasi berubah. Kenapalah tak terfikir awal.
Okay dah tahu buka jam berapa boleh santai-santai dulu walaupun perut dah bunyi-bunyi sebab waktu berbuka, kami hanya makan kuih dan minum air sahaja. Tepat jam 11.45 malam, kami bergerak semula ke lokasi kedai. Dari Padang Kota nak ke kedai ni taklah jauh sangat, tak sampai 10 minit pun memandu. Lagipun dah tengah-tengah malam tak banyak kenderaan lalu lalang.
Sementara tunggu kedai buka, ronda Padang Kota dulu. Kalau ke sini akak suka sangat ambil gambar daripada tepi laut ni. Kali ini mengadap ke tanah besar Seberang Perai di area kawasan perindustrian Peai. Cerah dek lampu-lampu di kawasan industri. Kalau hari tak hujan, memang boleh dapat gambar yang cantik - dari kacamata akak la
Elok sampai, dapat parking, tu dia tengok barisan dah panjang. Huishh...ingatkan weekdays tak ramai orang, rupanya ramai juga. Kedai Nasi Kandar Sulaiman ni tak bagi korang book meja kalau korang berbaris jauh lagi. So kenalah beratur. Masa kami beratur tu pun dah ada lebih kurang 20-30 orang di hadapan.
Sampai-sampai tengok dah beratur panjang. Nasib baiklah dapat parking dekat-dekat situ juga, tak lah jauh menapak
Hampir 40 minit juga beratur. Walaupun tak ramai di depan kami tapi ramai yang beli bungkus, bukan 1-2 bungkus, ada yang berbelas-belas bungkus. Tiba giliran kami pun dah hampir jam 1 pagi. Mata pun dah layu tapi dek sebab perut minta di isi, isi jugalah.
Nak ambil gambar lauk banyak pun tak sempat. Tapi banyak pilihan juga la. Nasi kandar biasa makan dengan kuah campur. Kalau korang tak pesan nak kuah sedikit, memang depa campur ikut sempat saja sampai penuh atas nasi. Kalau perut tak tahan dengan campuran kuah ni, boleh meragam jadinya
Tak ambil masa lama pun nak makan. Sempat juga tapau sejenis lauk, kuah lebih. Oleh sebab sahur awal, kena jugalah sediakan sedikit makanan kalau -kalau ada yang nak makan lagi sebelum waktu tamat.
Keseluruhannya, okaylah bagi akak. Selera orang lain-lainkan...sedap pada kita belum tentu sama dengan orang lain. Tapi harga dia taklah terlalu mahal dan tidaklah terlalu marhean. Sedang-sedang sesuai dengan apa yang kita ambil. Kami makan 3 pinggan dengan lauk daging hitam, telur rebus, sotong buncit dengan bungkus 1 mata lauk daging, dan 4 cawan air manis, cajnya RM50 sahaja.
Bagi korang yang nak singgah sahur di sini, boleh google Nasi Kandar Sulaiman. Waktu operasi bulan puasa ni 12 tengahmalam - 530 pagi. Hari biasa bukan bulan puasa cheq tak pasti, kena tanya dengan mamu dulu. Datang beratoq awai kalau hampa tak mau tunggu lama. Lambat kalu, nun beratoq sampai hujung jalan.
Kalau korang nak dapatkan lebih info, bolehlah terjah kat link fb ni - Nasi Kandar Sulaiman
Kongsikan juga lokasi melalui google map ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2023/04/bersahur-di-nasi-kandar-sulaiman-georgetown.html