Root Beer A W Like No Other
Sejak wujudnya aplikasi foodpanda dalam handphone, rajin juga order makanan dari A&W. Setiap kali order, mesti beli 2L Pitcher Root Beer A&W. Root beer A&W like no other. Kalau beli air A&W selain francais A&W rasa dia tersangat lah lain. Jauh beza!
Root beer original dari A&W je yang boleh diterima tekak. Air gas lain jangan harap mesra di tekak. Sejenis yang tak boleh minum air gas sebab nanti sakit perut. A&W je okay untuk Fiza. Pelik tapi benar. Tapi tak lah minum selalu pun. Sesekali kalau teringin.
Root beer A&W rasa dia memang manis sikit dan kurang gas. Ala ala coke letak vanilla. Tapi kalau dine in di A&W haruslah order Root Beer float tu. Lagilah sedap dengan aiskrim vanilla.
Semalam tak order via foodpanda atau grabfood. On the way balik rumah husband singgah A&W sebab dia pula yang teringin nak minum Root Beer A&W.
Alang-alang dah singgah, beli sekali lah untuk dinner. 3pcs spicy aroma chicken, Curly Rings, Chicken Sandwich burger dan 2 cups root beer float
Curly yang disaluti dengan crispy batter masih sedap walaupun agak dah sejuk sikit. Sandwich chicken rasa dia tak berubah. Chicken breast yang diperap, lettuce dan mayonnaise sahaja. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Nak pedas boleh letak sos
So far burger dan sides dish A&W okay je. Cuma ayam Fiza kurang sikitlah sebab salutan tepung tu terlalu keras kot. Prefer yang crispy tapi tak terlalu keras. Sakit pula gigi nak mengunyah part salutan tepung keras tu.
Next time kalau beli tak nak dah ambil package combo yang ada ayam. Kecewa berkali kali. Nak makan ayam, sila order KFC. Ayam goreng KFC so far tak pernah kalah lagi.
Well, kalau nak lebih jimat sikit kenalah beli sendiri. Guna foodpanda atau grabfood haruslah ada extra charge dan juga delivery charge. Tapi kalau ada voucher jimatlah juga, kan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/11/root-beer-like-no-other.html