Rombakan Kabinet Tun M Diitunggu Bh



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama barisan Ahli Jemaah Menteri Kabinet tahun 2019. - Foto Ihsan Jabatan Penerangan Malaysia


Susulan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, yang menjadi persoalan kini ialah apakah Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengambil kesempatan untuk turut merombak sebahagian besar Kabinetnya.Tetapi sumber memberitahu, Perdana Menteri tidak mungkin melakukan rombakan kecuali mengisi dua kekosongan, iaitu pengganti kepada Maszlee di Kementerian Pendidikan dan pengganti bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia September lalu, selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Pelbagai spekulasi timbul sebaik sahaja Maszlee mengumumkan peletakan jawatan, petang Khamis lalu. Berderet nama disenaraikan sebagai pengganti - ahli politik dan bukan ahli politik. Entah sama ada senarai ini memudah atau menyusahkan Dr Mahathir yang mempunyai kuasa mutlak untuk membuat pelantikan.Tetapi sepanjang sejarahnya sebagai Perdana Menteri Keempat dan kini yang ketujuh, cuma seorang menteri Kabinet dipecat oleh Dr Mahathir, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.Menteri lain, sama ada terbabit dengan rasuah, skandal atau tidak sependapat, semuanya meletakkan jawatan atau mengundur diri secara terhormat, terutama selepas tewas dalam pemilihan parti. Tun Musa Hitam meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986 disebabkan percanggahan pendapat dengan Dr Mahathir terhadap dasar negara.Tun Ghafar Baba meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 15 Oktober 1993 (memegang dua jawatan itu sejak 1986), setelah berdepan tekanan daripada ‘Team Wawasan’ diketuai Anwar dalam UMNO.Kini, peletakan jawatan Maszlee membuka persoalan baharu - siapakah yang bakal menggantikan beliau? Ada yang menyebut bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang kini Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.Nama Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut disebut-sebut.Memandangkan Maszlee mengisi kuota mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sudah semestinya pengganti itu juga daripada parti yang sama. Ini memberi kelebihan kepada Mustapa atau Tok Pa, berbanding Saifuddin daripada PKR.Namun, ada yang menyarankan supaya jawatan Menteri Pendidikan diisi oleh profesional, terutama tokoh akademik, bagi mengurangkan elemen politik di kementerian yang memayungi 5 juta murid dan lebih 400,000 guru, belum termasuk kakitangan akademik dan bukan akademik di universiti awam.Kementerian itu pernah diketuai ahli akademik, Tan Sri Musa Mohamed, bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Menteri Pelajaran (1999 hingga 2004). Malah, Dr Mahathir pernah membawa masuk orang bukan politik menyertai Kabinet seperti Tun Daim Zainuddin.Daim dua kali dilantik Menteri Kewangan, kali pertama pada 1984 dan kedua, pada 1999. Dr Mahathir juga pernah membawa bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai Penasihat Khas Ekonomi sebelum dilantik oleh Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Kewangan II dari 2004 hingga 9 April 2009.Ini bermakna pelantikan orang luar yang bukan ahli politik bukan baharu, apatah lagi amalan itu dimulakan oleh Dr Mahathir sendiri.Antara nama yang disebut dalam kalangan bukan ahli politik ialah ahli akademik, Jomo Kwame Sundaram dan bekas Naib Canselor UKM, Mohd Sham Mohd Sani.Menurut sumber, tiada keperluan untuk Dr Mahathir merombak keseluruhan Kabinetnya, sedangkan peralihan kuasa Perdana Menteri berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 selesai dianjurkan, akhir tahun ini.Tak kira siapa bakal pengganti Dr Mahathir menjelang 2021 nanti, sudah pasti Perdana Menteri Kelapan mahukan barisan Kabinet pilihannya sendiri, sekali gus membuka peluang untuk rombakan.Mungkin Dr Mahathir mempunyai pendapat tersendiri dalam soal ini, iaitu merombak Kabinet secara keseluruhannya bagi memantapkan lagi Kerajaan Pakatan Harapan apatah lagi sesetengah menteri dilihat bukan sahaja kurang prestasi, malah bagaikan menjadi liabiliti pula apabila dijadikan bahan troll di media sosial.Namun, semuanya bergantung kepada kebijaksanaan Dr Mahathir sendiri.Penulis adalah Pengarang Bersekutu (Rencana & Politik) Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/rombakan-kabinet-tun-m-diitunggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rombakan Kecil Kabinet Jejas Maszlee Timbalan Menteri

Rombakan Kecil Kabinet Jejas Maszlee Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 391 hits
Terdapat spekulasi Dr Mahathir Mohamad tidakberpuas hati dengan prestasi beberapa menterinya KUALA LUMPUR Terdapat spekulasi perubahan Kabinet hari ini dan antara yang dijangka terkesan adalah Menteri Pendidikan Maszlee Malik Seorang sumber...
Sering Ingkar Arahan Punca Tun Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Malik Tarik Diri Dari Jawatankuasa Kabinet

Sering Ingkar Arahan Punca Tun Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Malik Tarik Diri Dari Jawatankuasa Kabinet

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 556 hits
Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik didakwa disebabkan beliau sering mengingkari arahan Kabinet Menurut laporan The Malaysian Insight sepucuk surat mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Perdana Menteri Tun Dr Maha...
Kes Maszlee Bayangan Rombakan Kabinet Baru Mula

Kes Maszlee Bayangan Rombakan Kabinet Baru Mula

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 289 hits
KL Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memberi bayangan peletakan jawatan beliau akan memberi fajar baharu dalam kabinet Kerajaan Pakatan Harapan Dalam sidang medianya Dr Maszlee menjelaskan keputusan yang dibuat ketika pertemuan beliau den...
Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 719 hits
MENTERI Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik sebentar tadi membuat pengumuman rasmi meletak jawatan berkuatkuasa 3 Januari 2020 Dalam pengumuman sidang media khas yang dihadiri oleh ramai wartawan itu Dr Maszlee memberitahu keputusan itu di...
Tun M Beri Kelantan Rm400 Juta Untuk Kesejahteraan Rakyat Dan Peningkatan Ekonomi

Tun M Beri Kelantan Rm400 Juta Untuk Kesejahteraan Rakyat Dan Peningkatan Ekonomi

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 406 hits
Kerajaan Kelantan menerima wang one off daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak RM400 juta pada bulan lalu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata wang one off berkenaan adalah pertama kali diterima Kelantan darip...
Perhimpunan Pejuang Negara Amanat Tun Hamid

Perhimpunan Pejuang Negara Amanat Tun Hamid

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 365 hits
31 12 2019APABILA Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua dan sebelum British kembali semula ke Semenanjung Tanah Melayu Pasukan Bintang Tiga telah bermaharajalela membunuh dan menyiksa orang Melayu yang mereka tuduh bersubahat dengan...
Tun M Hadi Awang Perlu Cermin Diri Sebelum Masuk Campur Urusan Negara Lain Mic

Tun M Hadi Awang Perlu Cermin Diri Sebelum Masuk Campur Urusan Negara Lain Mic

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 340 hits
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vikneswaran bercakap kepada media selepas melawat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kritikal terlibat insiden di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya Medical Centre Subang Selangor...
Kenapa Lebai Ajar Tun M Langgar Janji

Kenapa Lebai Ajar Tun M Langgar Janji

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 186 hits
WFAUZDIN NS Dalam Islam sebarang perjanjian hendaklah dipatuhi hatta perjanjian dgn musuh atau orang kapir sekalipun selagi mereka tidak khianat dgn perjanjian yg telah dipersetujui bersama Ini yang Nabi ajar di dalam peristiwa Perjanjian H...
Atas Nasihat Ayahanda Tun M Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan Maszlee

Atas Nasihat Ayahanda Tun M Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 587 hits
Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam satu sidang media khas pada Khamis Foto Astro AWANI SHAHIR OMARPUTRAJAYA Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok Menurut Maszlee...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba