Rombakan Kabinet Anwar Berseloroh Minta Media Beri Cadangan


Rombakan Kabinet: Anwar Berseloroh Minta Media Beri Cadangan 
PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) — Pertanyaan mengenai spekulasi rombakan Kabinet mencetus momen spontan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak media mengemukakan cadangan nama bagi barisan Kabinet baharu.
“Tolong bagi cadangan kalau ada…kat saya tak apa,” katanya secara bergurau, namun kekal mengunci mulut berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) di sini.
Spekulasi mengenai rombakan Kabinet kembali menjadi tumpuan susulan beberapa menteri dan timbalan menteri berstatus Senator dijangka menamatkan penggal perkhidmatan mereka pada awal bulan depan.
Antara terlibat ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Terdahulu, kenyataan Zambry dalam ucapannya pada majlis sama turut menarik perhatian apabila beliau memberi bayangan tidak pasti sama ada masih terus menyandang jawatan dalam Kabinet pada masa depan.
“Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet ataupun tidak, itu soal nombor dua. Tetapi ini (FOI) adalah agenda negara. Sebab saya pun tak lama, dua tiga minggu lagi ada lagi,” katanya.
BACA: KBS Larang Atlet Bawah 15 Tahun Terlibat Sukan Tempur Tanpa Pelindung Keselamatan Pada 3 Dis 2022, Zambry merupakan empat daripada 28 Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet kerajaan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh sepenggal. Lantikan itu bakal tamat pada 2 Dis ini.
Ditemui selepas majlis berkenaan, Zambry berkata kenyataan beliau “tidak lama lagi” hanyalah gurauan dan tiada kaitan dengan kedudukannya sebagai anggota Kabinet, selain menegaskan perkara itu juga telah dijelaskan kepada Perdana Menteri.
Ditanya kemungkinan pelanjutan jawatan, Zambry berkata beliau tidak mengetahui perkara itu, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai menteri selagi diperlukan.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Sumber: BERNAMA
The post Rombakan Kabinet: Anwar Berseloroh Minta Media Beri Cadangan  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/07/rombakan-kabinet-anwar-berseloroh-minta-media-beri-cadangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Adakan Taklimat Pada Selasa Bincang Rombakan Kabinet Mohamad Sabu

Pm Anwar Adakan Taklimat Pada Selasa Bincang Rombakan Kabinet Mohamad Sabu

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 162 hits
PM Anwar Adakan Taklimat Pada Selasa Bincang Rombakan Kabinet Mohamad Sabu SHAH ALAM 9 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan taklimat bersama Jemaah Menteri Selasa ini antaranya bagi membincangkan tentang rombakan Kab...
Anwar Tolak Spekulasi Kj Kembali Ke Kabinet

Anwar Tolak Spekulasi Kj Kembali Ke Kabinet

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 166 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak spekulasi Khairy Jamaluddin akan kembali menganggotai Jemaah Menteri pimpinannya Betul ke siapa beritahu awak soal Anwar ketika ditanya wartawan Kenyataannya menyusul laporan...
Zambry Kadir Bagi Hint Rombakan Kabinet Tak Lama Lagi Masa Saya Pun Hampir Tamat

Zambry Kadir Bagi Hint Rombakan Kabinet Tak Lama Lagi Masa Saya Pun Hampir Tamat

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 194 hits
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mencetus tanda tanya apabila memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet mungkin berlaku dalam masa dua hingga tiga minggu lagi Zambry Kadir seloroh tentang tempoh jawatan dalam kement...
Menanti Klimaks Paling Puncak Anwar

Menanti Klimaks Paling Puncak Anwar

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 134 hits
MSOApabila presiden Amerika Syarikat Donald Trump hadir ke persidangan kemuncak Asean ke 47 menyaksikan perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand yang diinesiatifkan Malaysia dan sekaligus memijakkan kaki ke bumi ini pada ketika Anwar me...
Pas Dan Anwar

Pas Dan Anwar

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 159 hits
Ada maklumat kata Haji Hadi tak suka kepada Anwar masa dua dua dalam ABIM lagi Ketika PRU ke 13 2013 Haji Hadi menamakan Ku Li sebagai calon PM kononnya Ku Li akan masuk Pas Ketika krisis politik Selangor atau dikenali sebagai Langkah Kajan...
Pm Anwar Puji New Zealand Sahabat Susah Senang Bersama Asean

Pm Anwar Puji New Zealand Sahabat Susah Senang Bersama Asean

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 173 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari New Zealand Christopher Luxon pada mesyuarat dua hala yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 202...
Keputusan Rasmi Prn Sabah Kali Ke 17 2025

Kenapa Padi Sentral Homestay Sekinchan Wajib Masuk Wishlist Percutian Anda

Rahsia Di Sebalik Tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia Analisis Grafologi

Menjaga Keseimbangan Memahami Keputusan Masa Penuh Dalam Kehidupan

Pas Menang Kerana Personaliti Aliakbar Sokongan Akar Umbi

Prn Sabah Pkr Terima Suara Rakyat Dengan Hati Terbuka Tekad Perbaiki Kelemahan Dalaman

Dap S Total Wipe Out In Sabah A Clear Message To Also Exit S Wak Politics A Harbinger Of Its Fate In Ge16

Airbus A320 Lakukan Recall Besar Besaran Ganggu Operasi Penerbangan Global


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Pertama Disember 2025

Minat Baking Tapi Tak Sempat Ambil Tempahan Jom Niaga Tepung Premix Home Made

Setiap Kali Balik Pasar Mesti Singgah

Buah Blueberries Masam Masam Manis

Petua Cuci Ketuhar Cara Mudah Berkesan Bersihkan Ketuhar Berminyak

Tish Errda Zynakal Bukan Kita Chord