Menanti Klimaks Paling Puncak Anwar
MSO

Apabila presiden Amerika Syarikat Donald Trump hadir ke persidangan kemuncak Asean ke 47, menyaksikan perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand yang diinesiatifkan Malaysia, dan sekaligus memijakkan kaki ke bumi ini pada ketika Anwar menjadi perdana menteri, maka pencapaian Anwar sebagai PM dikira kemuncak.
Siapa tidak kenal, tidak kagum hatta tidak geram dan marah dengan Trump, sampai Tok Dor menggelarnya sebagai syaitan besar itu, ia berjaya dijinak Anwar untuk datang menjengok ke negara ini. Bagi Anwar itu satu sejarah seperti dicapai Najib Razak dengan kedatangan Barack Obama apabila presiden negara Uncle Sam itu datang ke sini.
Bahkan Anwar lebuh nekad beliau bawa Trump ketika dunia mencemuhnya.
Anwar tidak peduli dan tidak perlu pun peduli dengan apa juga persepsi kejayaannya membawa Donald Trump itu, hakikatnya secara peribadi beliau berjaya membawa presiden Amerika ke negara ini untuk disaksikan dari dekat personaliti sang Presiden itu oleh rakyat Makaysia.
Apa dicapai itu satu kebanggan buat dirinya sendiri dan kemuncak. Sebelum ini beliau telah mendekati dan menjinaki seluruh pemimpin besar dunia, China, Jepun, Korea, Russia, Peranchis, Italy, Brazil, Afrika, negara negara Arab dan lain lain.
Boleh disimpulkan semua pemimpin negara bertemu, berjabat tangan dengannya, mendengar luah dan bicaranya, soal mereka dengar atau hirau itu soal lain.
Kini apa lagi yang buru dalam hidup dan dirinya. Hampir seluruh putaran dunia dan mehnah kehidupan dan perjuangan dilaluinya. Hina nesta usah diperkatakan, itu adalah makan minumnya.
Apa lagi yang diburunya. Mungkin puncak segala puncak baginya untuk menjadi perdana menteri bagi penggal kedua. Itu sahaja yang selepas ini akan bersarang dalam kepalanya dan juga kepala kita yang menjadi peminat dan pengelih alur politiknya. Dan klimaks itu juga yang kita sama sama tunggu.
Apakah beliau mampu untuk mencetak kejayaan paling kemuncak dalam kerjayanya itu, menjadi PM untuk penggal kedua. Itu penting dan mustahak kerana itulah yang akan menjadi noktah kepada perjuangannya. Tanpa pencapaian itu semua apa yang digenggam kini tidak bermakna. Trims.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/10/menanti-klimaks-paling-puncak-anwar.html