Rombakan Besar Kabinet Mt Umno Adakan Mesyuarat Khas



(FMT) – Umno mengadakan mesyuarat tergempar parti itu hari ini bagi membincangkan kedudukan dan pendirian mereka susulan jangkaan akan berlakunya rombakan Kabinet sewaktu cakap-cakap mengenai penjajaran baru politik tersebar luas kini.
Beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dilihat hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, namun enggan memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai agenda mesyuarat hari ini.
Antara pemimpin yang dilihat tiba ke PWTC adalah naib presiden, Mohamed Khaled Nordin; ketua Wanita, Noraini Ahmad; setiausaha agung, Annuar Musa; ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan dan ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.
Annuar ketika ditemui pemberita, memberitahu bahawa arahan untuk ahli MT Umno hadir ke ibu pejabat dibuat selepas menerima makluman daripada presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi.
“Presiden keluarkan arahan pada pagi tadi. Saya diminta untuk beritahu semua ahli MT. Jadi kita adakan mesyuarat khas MT. Apa agendanya saya tidak tahu, kena tunggu selepas mesyuarat nanti,” katanya, hari ini.

Annuar turut memaklumkan bahawa PAS juga akan mengadakan mesyuarat tergempar parti itu hari ini, selepas pertemuan kedua-dua parti itu di Janda Baik, Pahang, sejak semalam.
“Presiden PAS Abdul Hadi Awang ada bersama dengan kita sejak semalam, memang semalam kita berkampung di Janda Baik,” katanya.
Awal hari ini, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan kira-kira 9 pemimpin dan ahli Parlimen PKR yang menyokong beliau berada di hotel Sheraton Petaling Jaya.
Pada masa sama pemimpin tertinggi PPBM pula bermesyuarat di ibu pejabat parti itu di Yayasan Selangor tidak jauh dari situ.
Difahamkan pemimpin PPBM, termasuk Mahathir akan menyertai Azmin dan pemimpin lain di Sheraton untuk membuat satu “pengumuman penting” lewat hari ini.
Pengumuman itu hampir pasti akan menyebabkan DAP hilang kuasa kerajaan pusat, sementara parti berteraskan orang Melayu memainkan peranan dominan di bawah gabungan baru politik yang lahir.
Dalam pada itu, apa-apa perubahan di peringkat kerajaan persekutuan bakal memberi kesan di peringkat negeri.
Ketegangan semakin memuncak dalam Pakatan Harapan ketika PKR, DAP, dan Amanah terus menekan Mahathir supaya menetapkan tarikh penyerahan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Perkembangan hari ini berlaku kurang 48 jam selepas sidang media pada tengah malam Jumaat, yang menyaksikan Mahathir secara tegas mengumumkan bahawa beliau masih berkuasa dan rakan kongsi dalam PH memberi kepercayaan kepadanya untuk terus kekal sebagai perdana menteri selagi dia mahu.
Bulan lepas, FMT melaporkan pertemuan peribadi antara Mahathir dengan presiden PAS, Abdul Hadi Awang mungkin memberi petanda tentang penyusunan semula kuasa politik di Putrajaya, langkah yang mungkin mengetepikan DAP, dan khususnya, menggagalkan cita-cita Anwar menjadi perdana menteri.
Penyusunan baru itu akan menyatukan kumpulan politik yang menyokong Mahathir dengan pengaruh PAS di negeri Melayu di semenanjung.Awal bulan ini, ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam bercakap tentang kemungkinan suatu pakatan baru, iaitu “Pakatan Nasional” yang sedang terbentuk.
PH dibentuk pada 2015 oleh PKR, DAP dan Amanah berikutan perpecahan Pakatan Rakyat, yang sebelum ini menggabungkan parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP.
Pada 2016, pakatan itu memperoleh rakan ke-4, PPBM, yang dibentuk oleh Mahathir selepas berpisah dengan Umno.
Penggabungan itu terbukti berkesan dalam menggerakkan sokongan rakyat di sebalik kekecewaan orang ramai terhadap pentadbiran Najib berkait skandal 1MDB, justeru membawa kepada kekalahan bersejarah Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2018.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/02/23/rombakan-besar-kabinet-mt-umno-adakan-mesyuarat-khas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Raja Melayu Hadir Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Hari Ini

Raja Raja Melayu Hadir Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 292 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Raja raja Melayu mula tiba di Istana Negara hari ini dijangka bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja Raja Kenderaan rasmi dari Istana Johor antara terawal dilihat memasuki pintu utama Istana Negara ...
Surat Tun M Tak Patuh Peraturan Tiada Mesyuarat Khas Dewan 2 Mac

Surat Tun M Tak Patuh Peraturan Tiada Mesyuarat Khas Dewan 2 Mac

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 514 hits
Tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 MacKL Yang di Pertua Dewan Rakyat hari ini memaklumkan tiada Mesyuarat Khas akan diadakan pada Isnin 2 Mac ini seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis Men...
Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Johor Dapat Mb Baharu

Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Johor Dapat Mb Baharu

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR 28 Feb Persidangan Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan Isnin ini bagi memilih Perdana Menteri Kelapan untuk menyelesaikan krisis politik negara ekoran kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan berlangsung Yang Dipertua Dewan...
Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Dijangka Esok

Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Dijangka Esok

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 246 hits
Kuala Lumpur Majlis Raja Raja dijangka mengadakan satu mesyuarat khas di Istana Negara esok Menurut sumber raja raja Melayu dijangka menghadiri mesyuarat khas berkenaan antaranya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Sultan Terengganu Sultan Miza...
Semua Mt Umno Diarah Hadir Mesyuarat Hari Ini Annuar

Semua Mt Umno Diarah Hadir Mesyuarat Hari Ini Annuar

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 237 hits
Ahli ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO masing masing mendapat arahan daripada presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk hadir ke mesyuarat khas yang diadakan petang ini Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar M...
Sumber Zahid Ke Istana Negara Selepas Mesyurarat Khas Mt Umno

Sumber Zahid Ke Istana Negara Selepas Mesyurarat Khas Mt Umno

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 425 hits
Dilaporkan lebih 20 kenderaan VVIP dilihat memasuki Istana Negara sejak petang tadi KUALA LUMPUR Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan ke Istana Negara bagi menghadap Yang di Pertuan Agong selepas mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno yang d...
Ketua Setiausaha Negara Pengerusi Mesyuarat Khas Dengan Ksu Kementerian

Ketua Setiausaha Negara Pengerusi Mesyuarat Khas Dengan Ksu Kementerian

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 322 hits
Mesyuarat itu dilakukan bagi memastikan kelangsungan dan pelaksanaan dasar dasar kerajaan sedia ada untuk rakyat dan negara
Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada 2 Mac

Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada 2 Mac

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 520 hits
Yang di Pertua Dewan Rakyat hari ini memaklumkan tiada Mesyuarat Khas akan diadakan pada Isnin 2 Mac ini seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis Menurut Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof ia berikuta...
Agong Setuju Dewan Rakyat Untuk Tidak Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Depan

Agong Setuju Dewan Rakyat Untuk Tidak Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Depan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 278 hits
Yang di Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang ahli Dewan Rakyat yang kepercayaan majoriti dalam Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu Pihak Istana Negara akan berhubung dengan ketua ketua pimpinan parti polit...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi