Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Johor Dapat Mb Baharu


KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Persidangan Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan Isnin ini bagi memilih Perdana Menteri Kelapan untuk menyelesaikan krisis politik negara ekoran kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berlangsung.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan itu tidak akan berlangsung.
Beliau berkata, Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli Pemberitahuan Usul yang lengkap.
Beliau berkata mengikut Peraturan Mesyuarat 11 (3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh beliau selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Istana Negara minta ketua parti calonkan wakil sebagai Perdana Menteri Semalam, Dr Mahathir mengumumkan persidangan khas Dewan Rakyat itu susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memperoleh keyakinan seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.
Berikutan itu, Istana Negara akan memberi peluang kepada ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil di Dewan Rakyat mengemukakan pencalonan Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri.
Ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Hasil daripada kenyataan Istana Negara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN) dan PAS mencalonkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan.
PH, yang kini tinggal dengan PKR, DAP dan Amanah selepas Bersatu keluar sehingga menyebabkan kerajaan pemerintahan PH runtuh, Isnin lalu, berkata gabungan itu percaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dalam kalangan Ahli Parlimen berdasarkan proses temu bual yang dijalankan dengan Seri Paduka baginda tempoh hari.
Justeru, Majlis Presiden PH berharap Anwar wajar diberi peluang mengadap baginda untuk membuktikan keyakinan majoriti Ahli Parlimen terhadap pencalonannya sebagai perdana menteri baharu.
Tommy letak jawatan, Johor Terima MB Baru Di sebalik kerancakkan politik, negara menerima berita mengejut apabila Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan.
Tommy dilantik menyandang jawatan itu pada 4 Jun 2018 bagi tempoh dua tahun dan sepatutnya berakhir Jun depan.
Di Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad daripada UMNO mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Hasni, 61, yang juga Pengerusi BN dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, dilantik sebagai menteri besar ke-18 berikutan penubuhan kerajaan Gabungan Baharu semalam, merangkumi BN, PAS dan Bersatu.
Kerajaan terdahulu, PH yang dianggotai PKR, DAP, Bersatu dan Amanah hilang majoriti selepas Bersatu bertindak keluar daripada pakatan itu.
Di luar arena politik, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar hatrik apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat tiga musim berturut dengan menewaskan Kedah 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim yang baharu di Larkin, Johor.
Sementara itu, Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini di tengah-tengah kemelut politik tempatan yang masih belum ada penghujung, membayangi prospek negara dan membawa kepada peningkatan tekanan jualan dalam kalangan pelabur asing.
Pada penutup, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.52 peratus atau 22.95 mata kepada 1,482.64 selepas dibuka 20.69 mata lebih rendah kepada 1,484.90 mata pada 9 pagi.
Sumber: BERNAMA
The post Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Johor Dapat MB Baharu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/29/tiada-mesyuarat-khas-dewan-rakyat-johor-dapat-mb-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada 2 Mac

Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada 2 Mac

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 524 hits
Yang di Pertua Dewan Rakyat hari ini memaklumkan tiada Mesyuarat Khas akan diadakan pada Isnin 2 Mac ini seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis Menurut Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof ia berikuta...
Agong Setuju Dewan Rakyat Untuk Tidak Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Depan

Agong Setuju Dewan Rakyat Untuk Tidak Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Depan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 282 hits
Yang di Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang ahli Dewan Rakyat yang kepercayaan majoriti dalam Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu Pihak Istana Negara akan berhubung dengan ketua ketua pimpinan parti polit...
Mahathir Melampaui Batas Umum Sidang Khas Dewan Rakyat

Mahathir Melampaui Batas Umum Sidang Khas Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Bendahari PKR Lee Chean Cheong beranggapan Dr Mahathir Mohamad melangkaui batas kuasanya apabila membuat pengumuman mengenai sidang khas Dewan Rakyat semalam Sepatutnya kata Lee sebagai Perdana Menteri interim Mahathir tidak bo...
Terkini Tiada Sidang Khas Parlimen Pada Isnin 2 Mac Speaker Dewan Rakyat

Terkini Tiada Sidang Khas Parlimen Pada Isnin 2 Mac Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 338 hits
28 FEB 2020 Yang Di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dato Mohamad Arrif bin MD Yusof mengesahkan penerimaan sepucuk surat yang ditandatangani YAB Perdana Menteri Interim yang memaklumkan pihak Kerajaan bersetuju untuk Dewan Rakyat memanggil mesy...
Surat Desak Speaker Adakan Sidang Dewan Rakyat Khas Dihantar Esok

Surat Desak Speaker Adakan Sidang Dewan Rakyat Khas Dihantar Esok

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 352 hits
Petaling Jaya Satu surat bagi mendesak Yang di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengadakan sidang Dewan Rakyat khas akan dihantar esok Ketua Whip Pakatan Harapan Datuk Johari Abdul berkata surat itu akan dihantar oleh beka...
Riduan Rahmat Dilantik Setiausaha Dewan Rakyat Yang Baharu

Riduan Rahmat Dilantik Setiausaha Dewan Rakyat Yang Baharu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR 25 FEB Riduan Rahmat dilantik Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Datuk Roosme Hamzah yang tamat perkhidmatan selepas berakhirnya tempoh kontrak selama setahun dari tarikh bersara wajib pada 22 Februari tahun ...
Tidak Temui Individu Mendapat Majoriti Yang Jelas Dewan Rakyat Bersidang Isnin Ini Tentukan Pm Baharu

Tidak Temui Individu Mendapat Majoriti Yang Jelas Dewan Rakyat Bersidang Isnin Ini Tentukan Pm Baharu

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 271 hits
Kehangatan politik di Malaysia semakin hari semakin panas Macam macam cerita yang berlaku terutamanya dari parti parti politik di Malaysia Seperti mana kita tahu sebelum ini Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa B...
Surat Tun M Tak Patuh Peraturan Tiada Mesyuarat Khas Dewan 2 Mac

Surat Tun M Tak Patuh Peraturan Tiada Mesyuarat Khas Dewan 2 Mac

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 518 hits
Tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 MacKL Yang di Pertua Dewan Rakyat hari ini memaklumkan tiada Mesyuarat Khas akan diadakan pada Isnin 2 Mac ini seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis Men...
Gabungan Politik Baharu Diyakini Dapat Beri Kesejahteraan Kepada Rakyat Johor

Gabungan Politik Baharu Diyakini Dapat Beri Kesejahteraan Kepada Rakyat Johor

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 297 hits
Jaminan PAS Johor akan bersama sama memainkan peranan bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar patut diberi pujian oleh rakyat negeri itu Gabungan parti politik baharu terdiri dari Barisan Nasional di tunjangi UMNO PAS BERSATU dil...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo