Rombak Jendela Fasa 2 Pastikan Rakyat Terus Terima Manfaat Ekonomi Digital


 

Usaha berterusan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) melakukan tinjauan terhadap pelaksanaan Menara Telco Projek JENDELA Fasa 1 di Kampung Menengah Ulu, Sipitang ini salah satu contoh kesungguhan memastikan rakyat menerima manfaat dalam transformasi digital negara. Foto Kementerian Komunikasi
PENDAPAT, 12 Dis – Peranan yang dimainkan menerusi inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam memperkukuhkan kesalinghubungan antara rakyat dan kerajaan sememangnya tidak dapat disangkal biarpun diakui mengalami sedikit kelewatan dari segi pelaksanaan.
Pun begitu, melalui sesi libat urus secara kerap serta menjalankan pemeriksaan mengejut di tapak lapangan, ternyata ia mula membuahkan hasil dalam tempoh beberapa bulan ini.
Antara lain, objektif utama JENDELA sudah tentulah menyediakan akses internet yang lebih baik, cepat dan berkualiti di kawasan berpenduduk di seluruh negara secara berperingkat.
Kerancakan pembinaan menara telekomunikasi menerusi JENDELA Fasa 1 akan ditambah baik dalam Fasa 2 bagi memastikan objektif fasa terdahulu menepati skop dan keperluan rangkaian di kawasan yang telah ditetapkan.Malah, Kementerian Komunikasi sedang melakukan rombakan menyeluruh terhadap sistem dan proses pelaksanaan pelan JENDELA Fasa 2 bagi memastikan pelaksanaannya lebih berkesan.
Ini ditambah lagi dengan kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menegaskan pelan JENDELA yang sedang dirombak mesti lebih tepat dan jitu serta tidak hanya bergantung kepada penilaian desktop semata-mata.
Ketika di Kota Kinabalu, beliau mendedahkan kontraktor yang gagal dalam pelaksanaan JENDELA Fasa 1 pula akan diteliti had penglibatan mereka dalam Fasa 2 yang dijangka melibatkan antara 2,500 hingga 3,000 tapak infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara.
Lawatan tapak menara telekomunikasi antara tugas rutin Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bagi memastikan pelaksanaan projek JENDELA Fasa 1 berjalan lancar sebagai persediaan memasuki peralihan Fasa 2 tidak lama lagi. Foto Facebook Fahmi Fadzil“Kita jangkakan pada 2025, sekiranya pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) sudah teliti, kita umumkan Fasa 2 tetapi proses pertama (ialah) merombak keseluruhan sistem.
“(Rombakan) sudah berjalan dan kita mula merungkai banyak persoalan yang timbul,” katanya pada sidang media baru-baru ini.
Tumpuan diberikan kepada meningkatkan akses dan pengalaman rakyat menikmati sambungan internet dengan penyedia perkhidmatan rangkaian pilihan yang merupakan salah satu agenda digital negara.

Dengan meningkatkan infrastruktur digital di seluruh negara, JENDELA memastikan bahawa semua lapisan masyarakat, termasuk di kawasan luar bandar, boleh mendapat akses kepada maklumat dan perkhidmatan digital secara mudah dan lancar.
Melalui penyediaan infrastruktur yang lebih baik, JENDELA memberi peluang kepada rakyat untuk terlibat secara aktif dalam ekonomi digital, pendidikan atas talian, e-dagang, dan pelbagai bidang lain yang berkaitan dengan teknologi digital.
Ini akan membantu melonjak transformasi digital bagi peningkatan taraf hidup rakyat, meningkatkan kemahiran digital mereka, dan memperluas peluang pekerjaan di era yang semakin bergantung kepada teknologi.

Selain itu, JENDELA juga memperkukuhkan hubungan digital antara kerajaan dengan rakyat melalui kemudahan untuk akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan secara atas talian.
Ini membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan sistem penyampaian kerajaan, memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan, serta memastikan keadilan dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Meskipun peranan JENDELA dalam memperkukuhkan kesalinghubungan rakyat dan kerajaan kerap diperlekeh pembangkang, ia tidak menghalang Kementerian Komunikasi berusaha memastikan legasi terdahulu dapat diperbaiki demi manfaat rakyat dan negara.
Inilah hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekanan peri pentingnya jalinan digital negara diperkasa bagi mengukuhkan ekosistem digital tidak kira di bandar mahupun di desa. Foto BernamaEkosistem digital penting bagi mengangkat martabat Malaysia mendepani cabaran serantau dan antarabangsa kerana ia bergantung kepada kebolehlaksanaan JENDELA sebagai enjin pertumbuhan ekonomi rakyat dan negara.
Inilah hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekanan peri pentingnya jalinan digital negara diperkasa bagi mengukuhkan ekosistem digital tidak kira di bandar mahupun di desa.
Kita harapkan agar inisiatif JENDELA ini mampu membawa rakyat ke arah pelaksanaan negara digital selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI tanpa mengira geografi, latar belakang mahupun fahaman politik.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/rombak-jendela-fasa-2-pastikan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inisiatif Makmur Pahang Rakyat Akan Terima Pelbagai Insentif Dan Bantuan Menerusi Belanjawan 2025

Inisiatif Makmur Pahang Rakyat Akan Terima Pelbagai Insentif Dan Bantuan Menerusi Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 117 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menerusi Belanjawan 2025 akan meneruskan pemberian insentif dan bantuan kepada rakyat untuk membantu meringankan beban mereka Bertemakan Prestasi Dipertingkat Kemakmuran Dipertahan ia menjadi teras utama kepad...
Umno Akan Lumpuh Jika Terus Sokong Najib

Umno Akan Lumpuh Jika Terus Sokong Najib

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 119 hits
Terus sokong Najib hanya lumpuhkan Umno kata penganalisisMikha ChanPETALING JAYA Usaha Umno untuk kembali berkuasa dalam politik digagalkan akibat kesungguhannya mempertahankan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan cuba menyelamatkannya men...
Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat 1 152 Orang Babitkan 389 Keluarga Berlindung Di 25 Pps

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat 1 152 Orang Babitkan 389 Keluarga Berlindung Di 25 Pps

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 157 hits
KUANTAN Jerantut menjadi daerah ketiga terjejas banjir di Pahang selepas Raub dan Lipis Ini menyebabkan seramai 1 152 penduduk daripada 389 keluarga dipindahkan ke 25 PPS setakat pukul 4 00 petang tadi Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan...
Peti Ais Berlumpur Tenggelam Banjir Jangan Terus Buang Selamatkan Cara Ni

Peti Ais Berlumpur Tenggelam Banjir Jangan Terus Buang Selamatkan Cara Ni

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 125 hits
Perkakasan elektrik antara yang dirisaukan sepanjang musim banjir ini Risau air terkena barangan elektrik yang bernilai tinggi harganya seperti peti ais Pun begitu jika perkakasan elektrik yang berlumpur dan gagal untuk berfungsi seperti se...
Jangan Cakap Kabur Kabur Min Terus Terang Ja

Jangan Cakap Kabur Kabur Min Terus Terang Ja

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 127 hits
Che IbrahimSabar Min rakyat takdang nak nakir hal pru lagi kedai kopi pun tenggelam ghaib habis ni takkan Min nak takir sorang sorang
Terima Kasih Perdana Menteri Ds Anwar Ibrahim Umumkan Berita Baik Yg Diu

Terima Kasih Perdana Menteri Ds Anwar Ibrahim Umumkan Berita Baik Yg Diu

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 148 hits
Di majlis bersama ribuan mahasiswa di UiTM Shah Alam petang tadi saya memberi pencerahan kepada keperluan untuk memperkuat kesatuan kenegaraan yang tidak boleh sama sekali diremehkan Saya hadir dalam konteks memberi penekanan mengenai inisi...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah

Kemunafikan Pas

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital