Romantik Birthday Treat Di Flora Cafe Wangsa Maju
Happy Birthday to mr hubby yang ke-41. Haha. Kat IG tak nak reveal umur sebab k.fiezz & mr hubby sebaya. Dalam blog boleh tulis sebab tak ramai yang baca blog sis ni. haha..Happy birthday to you, sayang. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, dilimpahkan rezeki & happy always with me. Of course!!Berani dengan orang lain, kejor dengan kayu. haha...So sempena birthday mr hubby ni k.fiezz buat suprise celebrate lunch date kat satu kafe yang cantik giler deko dia. K.fiezz cari di Mr Google, tempat romantik sambut birthday & jumpa Flora Cafe ni. Baca review yang dah pernah ke sini untuk sambut birthday, anniversary semua cakap tempat dia cantik & makanan pun sedap. So onzzz. Jom buat surprise celebrate birthday kat Flora Cafe Wangsa Maju ni.
Jenuh juga nak cari tempat romantik sambut birthday kat KL ni. Nak cari yang bersesuaian dengan bajet k.fiezz pun kena ambil kira juga..Jadi hasilnya jumpa lah Flora Kafe Wangsa Maju ni.
Ada lah k.fiezz usya kat pages Flora Kafe ni di Facebook. Bukan setakat sambut birthday, anniversary je. Siap ada yang buat majlis pertunangan, kahwin kat sini. Kelasss ko. Tapi logik juga sebab kat sini dah siap mini pelamin. Tak payah nak pening kepala...Datang raikan tetamu & bergambar je..hehe.
Tapi untuk korang yang nak cari tempat romantik sambut birthday atau anniversary, memang k.fiezz rekomen kat sini. Sesuai sangat dekorasi & suasana dalam kafe yang dialunkan dengan lagu romantik sepanjang kita dalam cafe menikmati hidangan. Feeling macam bercinta dulu weiii..hehe.
FLORA CAFE WANGSA MAJU
K.fiezz tengok kat Google perkongsian di blog lain yang dah pernah ke sini untuk sambut anniversary & birthday kat Flora Cafe ni, memang tertarik dengan dekorasi dia yang cantik giler..Sis tempat cantik-cantik macam kat Flora Cafe ni ajer ngan berkenan. Banyak sudut boleh instagrammable. Itu point dia.. hehe.
So apa lagi terus laju-laju whatsapp dengan Flora Cafe & tanya pakej sambut birthday kat Flora Cafe ni. Masa k.fiezz whatsapp ni pagi so lambat sikit diaorang reply sebab waktu operasi start petang. Dalam pukul 2 lebih baru Flora Cafe ni reply whatsapp k.fiezz, terus diaorang bagi sekali pakej sambut birthday yang ada kat sini. K.fiezz go thru senarai makanan & apa yang dapat dalam pakej sambut birthday yang Flora Cafe tawarkan. Tengok dari senarai yang diberi, k.fiezz okey dah. Tapi nak tanya availability tarikh yang k.fiezz nak. Diaorang reply cakap masih kosong, baru k.fiezz booked. Untuk booked kena bayar DEPOSIT RM150.00..Baki bayar kat Kafe nanti.
K.fiezz booked pukul 1.30ptg sebab malas nak keluar malam. Area rumah k.fiezz ni, kalau keluar malam bila balik rumah nak cari parking jenuh pusing 1 flat..Penuhhh..Mr hubby bising sebab nak mencari parking, susah. Itu yang k.fiezz pilih makan tengahari untuk lunch birthday treat mr hubby ni.
ADA APA DALAM PAKEJ SAMBUT BIRTHDAY
Pakej ni untuk sambut birthday atau anniversary pun boleh. Terpulang pada kita nak booked untuk occasion yang mana. Dapat apa dalam pakej ni
First of all wajib lah makanan dulu. hehe. Apa menu dia?Jomsss tengok..
Menu Appetizer - Crunchy SaladSoup - Mushroom SoupMainCourse - Chicken Grill @ Lamb Grill + Fettucine PestoCold Drinks - Fantasy Floral @ Fruit PunchHot Drinks - Coffee @ TeaDessert - Ice Cream @ FruitsLepas tu dapat juga yang ni. hehe
Complimentary Table DecoBirthday @ Anniversary songBirthday @ Anniversary sign on the table1 Artificial Roses Flower1 Chocolate Bar (Flora Cafe)1 Stick FOIL Ballon1 Mini Paper Bag1 Mini Chocolate Cake*Note - Untuk tambahan (baby) - kena add on RM**
Haritu lepas buat booking, Flora Cafe dah beritahu awal-awal kalau nak minta tolong staff diaorang ambilkan gambar, boleh je. So apa lagi dah dapat green light kan. Harus lah guna..hehe..
Birthday boy dengan mini cake + free gift dari Flora Kafe..Yang LOVE k.fiezz pegang tu, hiasan kat meja. Ingatkan apa benda. Rupanya lampu. Laa..haha..Idak lah berani nak mengodek. Sat gi rosak, udah kena bayor ganti rugi pula weiii.
Jom tengok makanan dia pula.
Crunchy SaladRasa dia okey cuma masin sebab atas sayur tu ditaburkan biskut masin.
Mushroom SoupLepas makan hijau-hijau atas ni, bilas dengan mushroom soup ni baru sedap sikit. haha. Dasar tak suka makan sayur. K.fiezz makan sayur tapi kalau banyak sangat rasa nak muntah. Sebabnya mr hubby pi letak sikit portion crunchy salad dia kat k.fiezz..Jenuh nak perabiskan tau...haha. Mr hubby tak makan sayur benornya. haha.
Main Course Lamb Grill & Chicken Grill with Fettucine Pesto
Chicken Grill + Fettucine PestoRasa dia sedap cuma wedges & sos blackpepper tu masin sikit. Agaknya masa ni, tukang masak Flora Cafe terlebih buh garam dalam beberapa menu dia..hehe...Fettucine Pesto tu okey juga tapi bukan favourite k.fiezz & mr hubby. Tapi dah ada dalam pakej, bedal je lah..haha.
Lamb Grill + Fettucine PestoHat ni daging kambing dia well done. So daging dia keras sikit tapi bukan lah tak boleh makan pula. Boleh makan cuma tekstur dia keras sikit. Mr hubby prefer medium rare. K.fiezz pun lupa nak mention masa booked lamb grill tu masak medium rare. Tapi portion dia banyak. Ada 4 slice kalau tak silap.
Ice Cream + CoffeeHat ni tak ada complaint lah. Ice cream weiii. Siapa tak suka aiskrim kan..Kopi tu okey, pekat likat cuma rasa dia manis sikit. K.fiezz kureng sikit kopi ni tapi dah dapat yang ni minum je lah yea..Jangan banyak cerita.
Mini Cake untuk birthday boy. Masa hantar kek ni, diaorang pasang lagu happy birthday & pasangkan lilin seketul atas kek. Kek ni sedap tapi manis sikit. Manis pun habis juga tau.. haha..Sesekali cheat day gitu. K.fiezz & mr hubby dalam proses kurangkan gula benornya..Tapi sesekali cheat day apa salahnya kan..haha..
Cantik tak deko meja kitaorang..hehe..Feeling romantik gitu..
Sebelum gerak, harus lah bergambar kat mini pelamin yang ada dalam Flora Kafe ni. Suka gambar ni..Tapi tak perasan k.fiezz berdiri bawah spotlight, udah nampak 2 tone warna kat muka & badan k.fiezz. haha..Mr hubby pun pegang mask kat tangan. Aiyakkk..Sayang sayang..Spoilt gambar tau..haha.
Rating :
Dekorasi - 5/5Makanan - 4/5Harga - 5/5Staff - 5/5Parking - Senang. Depan area Flora Kafe ada tempat parking.
Overall Flora Cafe ni sesuai sangat kat pasangan yang tengah mencari tempat sambut birthday atau anniversary di area KL ni.
Untuk tempahan - whatsapp (012-207 0166) & akan di jawab antara 2ptg - 10mlm
Alamat - No. 35L-G-II, Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/03/Romantik-Birthday-Treat-Di-Flora-Cafe-Wangsa-Maju.html