Rohingya Buktikan Islam Penyelamat Menjaga Hak Asasi Dan Menegakkan Keadilan




Oleh: Mohamad Sabu

Persoalan kemanusiaan, undang-undang dan hak asasi manusia mesti dilihat secara menyeluruh walaupun adakalanya ia perlu dilihat secara berasingan.

Pemerdagangan manusia bukan perkara baru malah telah berlaku sejak ribuan tahun dahulu.

Kita melihat bagaimana 'black' dari Afrika dibawa dan dilelong dengan harga murah untuk dijadikan buruh dan pekerja bawahan di Amerika Syarikat.

Mereka ditindas dan diperguna oleh tauke-tauke yang terlibat dalam perlombongan, perladangan dan juga industri minyak.

Mereka yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ini telah menjadi kaya-raya manakala mereka yang ditindas itu pula hidup melarat sekian lama.

Sehinggalah munculnya pejuang-pejuang kemanusiaan dan kebebasan di Amerika Syarikat seperti George Washington dan lain-lain yang akhirnya golongan tersebut dapat hidup  dengan baik di sana.

Begitu juga pemerdagangan manusia dan buruh asing di Malaysia yang jumlahnya mencapai angka juta.

Mereka datang untuk bekerja dan mendapatkan gaji, tetapi yang kaya-raya  adalah sindiket yang menjalankan pemerdagangan manusia tersebut.

Sindiket ini telah mengaut keuntungan dan wang yang banyak di atas penderitaan para pekerja tersebut yang mencari rezeki dan sesuap nasi bagi keluarga mereka di negara asal.

Demikianlah juga apa yang berlaku kepada pelarian Rohingya. Akibat penindasan yang berlaku di Myanmar khususnya umat Islam di sana, mereka terpaksa melarikan diri demi menyelamatkan nyawa dan ahli keluarga mereka.

Konteks kemanusiaan dan perundangan perlu dilihat bersama dalam hal ini dan pada masa yang sama jenayah pemerdagangan manusia ini mesti terus diperangi habis-habisan.

Kerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan dalam negara termasuklah usaha sama antara negara-negara ASEAN, UNCHR dan sebagainya perlu diperkasakan.

Walau apapun keadaan, membiarkan orang mati dalam kelaparan adalah perkara yang amat menyedihkan dan menggambarkan nipisnya nilai perikemanusiaan.

Oleh itu, kita hendaklah memiliki keseimbangan antara kemanusiaan, hak asasi manusia dan perundangan.

Kerajaan perlu lebih tegas melaksanakan seruan di peringkat antarabangsa seperti ASEAN dan PBB serta bekerjasama dengan NGO yang terlibat dalam usaha memerangi jenayah pemerdagangan manusia ini.

Namun pada masa yang sama, soal hak asasi manusia perlu dipertahankan.

Kita mesti ingat, jutaan umat Islam diterima di negara-negara Eropah seperti Jerman dan mereka dilindungi dan diberi hak yang sewajarnya sebagai pelarian.

Malahan sebahagian daripada mereka telah menjadi warganegara di sana khasnya selepas Perang Dunia Ke-2.

Sebab itu, kita mengecam Eropah dalam isu-isu tertentu seperti sokongan mereka terhadap kerajaan yang tidak menghormati demokrasi dan hak asasi  tapi pada masa yang sama, terdapat kebaikan yang dilaksanakan oleh mereka di negara mereka.

Ramai pemimpin-pemimpin gerakan Islam di sebahagian negara Timur Tengah yang ditekan dan dipenjara serta yang dihukum bunuh. Sebahagian mereka ini diselamatkan dan diberi perlindungan oleh negara-negara Eropah.

Oleh demikian, kita sedar adakalanya kerja kebajikan yang diseru oleh agama Islam telah dilaksanakan oleh mereka yang bukan Islam. Sebaliknya negara umat Islam pula menjadi pengeksport pelarian.

Dalam isu Rohingya, kita mengharapkan OIC memainkan peranan sewajarnya bagi membuktikan Islam adalah agama penyelamat, agama yang memenuhi hak asasi manusia dan agama yang menegakkan keadilan. Begitu juga di dalam negara kita, usaha memerangi pemerdagangan manusia mesti digiatkan tanpa mengira mereka yang terlibat berada di pihak kerajaan ataupun pembangkang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/rohingya-buktikan-islam-penyelamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Hak Asasi Etnik Rohingya Di Malaysia Nafi Tuntut Hak Kerakyatan

Presiden Hak Asasi Etnik Rohingya Di Malaysia Nafi Tuntut Hak Kerakyatan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1205 hits
Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia Zafar Ahmad Abdul Ghani hari ini menafikan tuduhan bahawa beliau menuntut hak kerakyatan penuh untuk pelarian Rohingya dan menuntut hak sama rata dengan rakyat Malaysia s...
Presiden Rohingya Dihentam Netizen Cakap Pun Tak Betul Minta Hak Sama Rata

Presiden Rohingya Dihentam Netizen Cakap Pun Tak Betul Minta Hak Sama Rata

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 873 hits
Presiden kepada Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia iaitu Zafar Ahmad Abdul Ghani teruk dihentam di media sosial berikutan tersebarnya surat yang meminta beberapa kelonggaran buat pelarian Rohinya kepada kerajaan Mala...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kerajaan Iktiraf Hak Rohingya

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kerajaan Iktiraf Hak Rohingya

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 281 hits
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader Foto Ramdzan MasiamOleh Zuhainy Zulkifflibhnews bh com myGEORGETOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang kecewa dengan cadangan beberapa pihak di Malaysia supaya menghalang dan juga mengusir pelarian Rohingya ya...
Remember Islam S Refugee Past Lawyer Says After Xenophobic Comments On Rohingya

Remember Islam S Refugee Past Lawyer Says After Xenophobic Comments On Rohingya

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 305 hits
Tens of thousands of Rohingya refugees have been affected by lockdowns in several areas PETALING JAYA A human rights activist has lectured Malaysians who have been posting xenophobic comments online urging authorities not to help Rohingya r...
Rohingya Minta Hak Sama Rata Makin Ramai Masuk Malaysia Rakyat Mula Kurang Senang

Rohingya Minta Hak Sama Rata Makin Ramai Masuk Malaysia Rakyat Mula Kurang Senang

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 1196 hits
Inilah terjadi Bagi betis nak peha Mungkin itulah yang digambarkan oleh rata rata Malaysia apabila ada pula isu terdapat segelintir aktivis yang terdiri daripada masyarakat asal pelarian Rohingya sedang dalam proses memohon kerakyatan di ne...
Surat Terbuka Tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya Malaysia

Surat Terbuka Tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya Malaysia

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 541 hits
Dari MAJLIS MUAFAKAT PENDIDIKAN JOHOR DAN PERIMAU JOHOR Kepada ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI Tarikh 23 APRIL 2020TUNTUTAN SUPAYA SEMUA ETNIK ROHINGYA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL TERMASUK JUGA PRESIDEN Menurut perkara diatas surat tuntutan ...
Cakap Pun Tak Betul Minta Hak Sama Rata Ucapan Presiden Rohingya Dihentam Netizen

Cakap Pun Tak Betul Minta Hak Sama Rata Ucapan Presiden Rohingya Dihentam Netizen

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 850 hits
Sejak semalam isu pelarian Rohingya yang didakwa meminta kesamarataan hak di Malaysia telah mengundang pelbagai persepsi negatif oleh rakyat Malaysia Presiden kepada Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia iaitu Zafar Ahm...
Terkejut Kerajaan Melayu Islam Halau Muslim Rohingya Hingga Maut Di Lautan

Terkejut Kerajaan Melayu Islam Halau Muslim Rohingya Hingga Maut Di Lautan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 618 hits
Saya berani kata saya amat impressed dengan sikap kemanusiaan Tun yang saya anggap par excellence khususnya dalam isu Rohingya walaupun dalam gomen Tun tu ada DAP kata Hanipa Tindakan menghalau kapal yang membawa pelarian Muslim Rohingya se...
Banker Jaga Banker Perbankan Islam Sepatutnya Lebih Sosial Insaniah Bertanggungjawab

Banker Jaga Banker Perbankan Islam Sepatutnya Lebih Sosial Insaniah Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 314 hits
MEMAHAMI ISU MORATORIUM BANK IMPLIKASI DAN CADANGANApabila Bank Negara Malaysia mengumumkan 25 Mac lalu untuk bank bank tempatan memberikan moratorium selama 6 bulan bermula 1 Mei 2020 rakyat khususnya pelanggan bank rata rata menarik nafas...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching