Banker Jaga Banker Perbankan Islam Sepatutnya Lebih Sosial Insaniah Bertanggungjawab


MEMAHAMI ISU MORATORIUM BANK: IMPLIKASI DAN CADANGAN
Apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan 25 Mac lalu untuk bank-bank tempatan memberikan moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman atau ansuran bulanan) selama 6 bulan bermula 1 Mei 2020, rakyat khususnya pelanggan bank rata-rata menarik nafas lega kerana bertanggapan Bank Negara memahami tekanan hidup rakyat lantaran PKP yang membataskan mereka daripada bekerja dan memperoleh pendapatan bagi menampung kehidupan termasuk bebanan hutang bank. 
Namun, kenyataan BNM kelmarin mencetuskan kekeliruan apabila moratorium tersebut rupa-rupanya bukan bersifat automatik secara mutlak kerana pelanggan perlu memaklumkan kepada bank jika tidak mahu moratorium, malah bagi yang memilih untuk menangguhkan pembayaran berkemungkinan akan berhadapan dengan bayaran balik yang lebih tinggi selepas tempoh moratorium berakhir pada October, lantaran nilai faedah atau keuntungan terakru (nilai keuntungan bank terkumpul yang sepatutnya diperolehi dalam tempoh tertentu) selama 6 bulan yang dikenakan kepada pelanggan

Mengapa ini berlaku

1. BANK HANYALAH PERANTARA KEWANGAN
Secara mudahnya, bank hanyalah perantara kewangan (financial intermediary) antara wang pendeposit dengan pelanggan pelbagai produk pembiayaan. Maknanya, bank menguruskan wang orang lain bukannya milik bank. Keuntungan yang bank perolehi adalah daripada faedah yang dikenakan ke atas pelbagai produk pinjaman/pembiayaan yang akhirnya disalurkan kembali kepada pendeposit dalam bentuk dividen (faedah atas deposit). Justeru, sebarang penangguhan pembayaran pinjaman akan memberi kesan kepada bank yang perlu membayar balik nilai pokok beserta keuntungan kepada para pendeposit yang menyimpan di bank tersebut. 
2. APAKAH PENDEPOSIT BERSEDIA UNTUK TIDAK MENDAPAT PULANGAN

Apabila bank menawarkan moratorium, ini bermakna bank secara asasnya bersedia untuk tidak menerima sebarang keuntungan bagi penangguhan bayaran balik yang ditawarkan kepada peminjam atau pelanggan produk pembiayaan bagi tempoh tertentu. Ini turut memberi kesan langsung kepada pendeposit kerana wang pendepositlah yang digunakan untuk bank memberi pinjaman kewangan tersebut. Persoalannya apakah pendeposit bersedia sekiranya bagi tempoh tertentu mereka tidak akan menikmati kadar faedah atas simpanan mereka sebagaimana yang dijanjikan? 
3. APAKAH CARA BAYARAN BALIK SELEPAS TEMPOH MORATORIUM

Rata-rata institusi perbankan perlu mengambil kira kesan kepada pendeposit dan operasi bank dalam tempoh 6 bulan moratorium yang ditawarkan. Bagi mengelakkan sebarang bentuk kerugian termasuk kerugian akibat daripada implikasi perundangan dan piawaian perakaunan, bank terpaksa mengambil kira keuntungan atau faedah terakru, termasuk kos daripada kerugian selama 6 bulan penangguhan bayaran balik diberikan. Inilah yang memerlukan setiap bank mencari formula terbaik bagi kedua-dua belah pihak, bank dan peminjam untuk menstrukturkan semula pembayaran

4. APA PILIHAN RAKYAT?
Dalam kenyataan terbaru BNM kelmarin, secara mudahnya ada 3 pilihan bagi rakyat. 
(i) Pertama, meneruskan bayaran balik seperti biasa (tidak memilih untuk mengambil moratorium atau menangguhkan bayaran balik pinjaman). 
(ii) Kedua, memilih moratorium tanpa memberi kesan kepada tempoh pinjaman iaitu mula membayar balik ansuran pinjaman mulai Oktober sehingga tamat tempoh matang pinjaman. Namun, jumlah bayaran balik akan lebih tinggi kerana bank mengambil kira keuntungan atau faedah terakru selama tempoh 6 bulan moratorium diberikan. Maknanya bank akan caj lebih kepada pelanggan

(iii) Ketiga, memilih moratorium dengan melanjutkan tempoh pinjaman iaitu membayar balik ansuran pinjaman mulai Oktober dan ditambah tempoh bayaran balik selepas tamat tarikh matang pinjaman. Pelanggan juga akan dikenakan jumlah bayaran lebih tinggi sebagaimana pilihan kedua, cuma nilai ansuran mungkin lebih rendah kerana tempoh bayaran balik yang dipanjangkan. 
5. APA KESAN SHARIAH KEPADA KONTRAK PERBANKAN ISLAM

Prinsip Shariah adalah jelas, sekiranya ada apa-apa perubahan kepada terma dan syarat yang dipersetujui pada awalnya antara bank dengan pelanggan, maka persetujuan baharu antara kedua-dua pihak perlu dilakukan. Sebagai contoh, perubahan kepada cara dan kadar bayaran perlu dimaklumkan dan mendapat persetujuan yang jelas daripada pelanggan. 
Memandangkan perbankan Islam menggunakan pelbagai kontrak syariah seperti berasaskan jualbeli (murabahah) ataupun sewaan (ijarah) ataupun gabungan pelbagai kontrak (ijarah thuma al-bai, tawarruq, musharakah mutanaqisah), maka implikasi kontrak dan pengurusan prosedur mendapatkan persetujuan perlu diperhalusi dengan mengambil kira sifat, prinsip dan kesan kontrak-kontrak tersebut

Sebagai contoh, bagi kontrak murabahah yang bersifat tetap dan jelas dari segi harga pokok dan kadar keuntungan. Sebarang perubahan kepada kadar keuntungan atau kaedah bayaran balik bagi yang memilih moratorium, memerlukan persetujuan dan kontrak (aqad) baharu

Berasaskan butiran di atas, pandangan saya adalah seperti berikut:
1. Kerajaan punya niat yang baik untuk mengurangkan beban rakyat dengan mencadangan bank-bank tempatan menawarkan moratorium kepada para peminjam tatkala kegawatan pandemik covid-19 dan PKP melanda. Tindakan afirmatif kerajaan ini wajar dihargai mengambil kira maslahah rakyat yang lebih besar. Namun mekanisme dan pendekatan perlu dirancang dengan lebih kemas, sistematik dan berkesan. Komunikasi juga mesti kemas, jelas dan pantas

2. BNM sebagai antara pelaksana kepada dasar Kerajaan ini seharusnya mengambil kira semua faktor sejak daripada awal termasuk kesan jangka pendek dan panjang kepada industri perbankan dan kestabilan sistem kewangan negara secara keseluruhannya. Ini kerana kesan moratorium yang dilaksanakan berbeza antara satu bank dengan bank yang lain bergantung kepada portfolio perniagaan bank-bank terbabit yang berasaskan kepada kontrak-kontrak syariah yang pelbagai

3. Penerangan BNM perlu lebih jelas dan konsisten daripada awal bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat. Jika wujud kesilapan, BNM perlu berani tampil akui kekhilafan dan ambil peluang untuk memperbaikinya dengan menggunakan pelbagai saluran komunikasi secara sistematik dan efisyen

4. BNM juga perlu memberikan panduan dan penerangan yang jelas mengenai sifat dan keunikan produk-produk kewangan Islam agar tidak disalah-tanggapi sebagai suatu yang membebankan. Malah lebih parah apabila terbentuknya persepsi bahawa perbankan Islam hanyalah bertopengkan Agama dan istilah syariah bagi menghalalkan faedah yang membebankan. 
5. Inilah masanya perbankan Islam mesti ditampilkan berbeza daripada amalan konvensional dengan menzahirkan nilai-nilai ihsan dan rasa kebertanggungjawaban sosial yang tinggi terutamanya ketika umat dilanda musibah

Dr Asyraf Wajdi DusukiKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/05/banker-jaga-banker-perbankan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhir Sekali Putar Belit Perbankan Islam Terbongkar

Akhir Sekali Putar Belit Perbankan Islam Terbongkar

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 178 hits
I have written countless times that the whole idea of Islamic banking is false It is just re labelling conventional banking with Arabic names and calling it Islamic banking Its a joke The Quran does not say bank interest is riba There is no...
Ibu Jangan Terlalu Rajin Simpan Sedikit Kerja Rumah Untuk Anak Menjadi Lebih Bertanggungjawab

Ibu Jangan Terlalu Rajin Simpan Sedikit Kerja Rumah Untuk Anak Menjadi Lebih Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 457 hits
Tidak dinafikan bahawa bukan mudah untuk ibu ayah melalui proses mendidik anak anak yang semakin membesar Pelbagai ragam dan telatah perlu dihadapi terutamanya dalam membentuk anak rajin membantu melakukan tugas di rumah serta lebih berdika...
London Destinasi Mesra Muslim Dan Mempunyai Lebih Tiga Juta Populasi Umat Islam

London Destinasi Mesra Muslim Dan Mempunyai Lebih Tiga Juta Populasi Umat Islam

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 375 hits
Usah disangkal lagi dengan keramahan dan dan keterbukaan penduduk tempatan terhadap penduduk dan pelancong Muslim Lebih tiga juta populasi umat Islam di London maka tiada masalah jika kita mahu bercuti di sana Selain melawat London kamu bol...
Wow Senangnya Nak Jaga Kecantikan Untuk Nampak Lebih Naturel Musim Pkp Pun Boleh Apply

Wow Senangnya Nak Jaga Kecantikan Untuk Nampak Lebih Naturel Musim Pkp Pun Boleh Apply

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 342 hits
Untuk kekal cantik dan berseri tak susah pun bukan tunggu masa nak keluar ja kena cantik cantik gebu gebu dengan makeup Di rumah pun The post appeared first on
Moratorium Pelanggan Perbankan Islam Akan Dihubungi Bank

Moratorium Pelanggan Perbankan Islam Akan Dihubungi Bank

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 322 hits
Gambar HiasanPERSATUAN Institusi Perbankan Islam Malaysia menggalakkan pelanggan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada institusi perbankan Islam masing masing mengenai perubahan terma dan pelaksanaan proses moratorium Ini susulan pengu...
Pemimpin Kafir Lebih Bertanggungjawab

Pemimpin Kafir Lebih Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 130 hits
IBRAHIM MAT ISANegara luar pemimpin kafir lebih bermaruah Negara sendiri pemimpin Melayu Islam macam palat
Insentif Cukai Untuk Perbankan Islam Juga Perlu Untuk Moratorium

Insentif Cukai Untuk Perbankan Islam Juga Perlu Untuk Moratorium

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 241 hits
oleh Prof Dr Asmadi Mohamed NaimTerdapat gesaan supaya bank bank Islam memansuhkan caj tambahan khas atau cukai terakru Namun gesaan ini tidak memadai kerana ia memerlukan juga insentif daripada kerajaan berbentuk cukai Benar sebaiknya Perb...
Animal Crossing Nh Terjual Lebih 5 Juta Unit Di Bulan Mac Tertinggi Dalam Sejarah Permainan Konsol

Animal Crossing Nh Terjual Lebih 5 Juta Unit Di Bulan Mac Tertinggi Dalam Sejarah Permainan Konsol

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 220 hits
13 Kongsikan SuperData sebuah anak syarikat penyelidikan terkenal Nielsen mengeluarkan data mengenai statistik jualan permainan video digital untuk Mac 2020 Dari data tersebut apa yang menarik perhatian kami adalah mengenai statistik jualan...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Jalan Jalan Tengok Rumah Contoh Dekat Durian Tunggal 2024

Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi